SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

22 March 2010

Wajarkah Jom Heboh pada saat Tuanku masih gering ?

Cekati Tembaga menulis..

Istilah al-haramu untuk kamu wa al-halalun untuk aku, mungkin cukup sesuai dengan kerajaan Pas Kelantan terutama berkaitan penganjuran Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-iv, Kota Bharu pada 26 dan 27 Mac ini.

Kalau sebelum ini Pas begitu kuat melalak 'mengfatwakan' Jom Heboh sebagai haram atas alasan akan mewujudkan percampuran lelaki dan perempuan, juga kerana mendakwa Jom heboh menggalakkan percambahan budaya hedonisme tetapi apabila Kelantan dijadikan lokasi karnival ini, nadanya bertukar serta merta.

Kini tidak ada lagi kedengaran Jom Heboh sebagai pesta maksiat sebaliknya ia kini dianggap sebagai karnival riadah keluarga, bagi menghalalkan penganjuran karnival ini di negeri Nik Aziz. Kononnya penganjuran Jom Heboh di Kelantan menjadi bukti kerajaan Pas tidak pernah menolak hiburan bahkan sentiasa prihatin kepada perkembangan artis tanahair.

Kita tidak mahu persoalkan penganjuran Karnival Jom Heboh di negeri ini, apatah lagi mahu mempertikaikan dasar baru Pas Kelantan yang lebih liberal dan terbuka, tetapi apa yang dikesalkan apakah kena pada ketika dan saatnya program ini diadakan.

Apakah wajar pada saat KDYMM Tuanku Sultan sedang gering, kerajaan baginda menganjurkan pesta?

Apakah molek ketika Tuanku Sultan masih belum sembuh sepenuhnya, pimpinan kerajaan yang dilantik baginda terlopong di hadapan pentas, ralit ikuti persembahan konsert artis-artis undangan?

Sistem bunyi canggih yang dibawa khas dari Kuala Lumpur pasti akan bergema di segenap penjuru bandar Kota Bharu malah akan menembusi pagar dan kamar istana di Kubang Kerian kerana jaraknya yang sejengkal kera.

Apatah lagi Tuanku Sultan sendiri menitahkan semua acara Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan tahun ini dibatalkan dan diganti dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat. Tetapi kerajaan Pas Kelantan tetap bertegas akan meneruskan sambutan, termasuklah Jom Heboh.

Kalau inilah akhlak dan sikap pemimpin negeri lantikan Tuanku Sultan, pasti rakyat Tuanku tidak akan sampai hati melihat Rajanya diperlakukan sebegitu rupa.