SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

20 February 2010

Lebih 1,000 ikuti Pidato Perdana di Pangkal Kala, Pasir Mas

Cekati Tembaga menulis..

Pada 12/02/2010 (Jumaat) Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas telah menganjurkan Majlis Pidato Perdana – Isu Royalti Minyak, Pembohongan dan Penyelewengan Pas. Program kali ini diadakan dalam DUN Tendong di rumah Penghulu Hamad, Pangkal Kala.

Ia adalah kesinambungan daripada beberapa siri ceramah anjuran UMNO Bahagian Pasir Mas melalui Biro Penerangannya yang sebelum ini telah diadakan di DUN Pengkalan Pasir dan DUN Chetok.

Menurut Hj Ahmad Rosdi Mahmad, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang juga menjadi tulang belakang dalam menggerakkan biro ini, program ceramah seperti ini akan diteruskan malah akan diperhebatkan bagi memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang isu-isu semasa yang berlaku di negeri dan negara ini.

Ahmad Rosdi juga melahirkan keyakinan UMNO akan menambat kembali sokongan rakyat di Pasir Mas ekoran kesedaran rakyat terhadap kelemahan dan kemelut dalam kerajaan Pas Kelantan sekarang yang tidak berkesudahan.

Program kali ini menampilkan 2 orang penceramah dari Bachok, iaitu YB Dato' Dr Awang Adek Hussain, Timbalan Menteri Kewangan dan Ustaz Omar Khalid, pendakwah yang juga bekas ahli dewan ulamak Pas di samping Dato Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas sebagai tuan rumah.

Majlis ini sekali lagi dipengerusikan oleh Hj Zainuddin Mohd Noor, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan ini.

Program dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Mohd Hussin, bekas Johan Qari Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Beliau adalah salah seorang yang layak menerima insentif bulanan RM 2,000 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Alunan dan kelunakan suara johan qari ini memukau lebih 1,000 hadirin yang memenuhi segenap ruang di perakarangan halaman rumah Penghulu Hamad ini.

Dato' Hanafi Mamat turut menyampaikan ucapan aluan selama kira-kira 15 minit dengan melahirkan penghargaan kepada kedua-dua penceramah undangan. Beliau juga melahirkan keyakinan terhadap kembalinya sokongan rakyat kepada UMNO terutama dengan kehadiran orang ramai dalam program-program ceramah seperti ini.

Ceramah Ustaz Omar Khalid hampir 1 jam menarik hati hadirin dengan pengalaman luasnya selama lebih 35 tahun bersama Pas. Kehadiran Ustaz Omar sememangnya dinanti-nantikan orang ramai yang mahu mendengar sendiri penyelewengan-penyelewengan Pas termasuk menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata.

Sementara Dato' Dr Awang Adek pula bercerita mengenai fakta-fakta isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Pas Kelantan yang tidak berasas sehingga tidak berani membawa tuntutan ini ke mahkamah.

Kehadiran berpusu-pusu hadirin sejak jam 8.30 malam menyebabkan jalan di hadapan rumah Penghulu Hamad tidak mampu menampung bilangan kenderaan yang ada sehingga memaksa pasukan keselamatan menutup laluan berkenaan. Ini memaksa orang ramai berjalan kaki agak jauh untuk sampai.

Berikut adalah detik-detik menarik program berkenaan.


Banner program..

3 orang penceramah

Johan Qari Tilawah Al-Quran memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Ucapan aluan dari Dato' Hanafi Mamat

Ceramah Ustaz Omar Khalid

Dato' Dr Awang Adek membahaskan tuntutan Pas tidak berasas

Sebahagian daripada hadirin wanita

Tekun mendengar ceramah Ustaz Omar Khalid

Sebahagian lagi hadirin..

Sebahagian besar hadirin adalah orang sekitar kampung ini