SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

07 June 2009

Nasharudin kekal jawatan, Perwakilan Pas tolak ErdogaN

Hasrat ahli-ahli Pas untuk memastikan jawatan nombor dua dalam parti itu terus kekal di tangan golongan ulama menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55.

Nasharudin yang mewakili golongan ulama berjaya menewaskan dua lagi pencabar iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dalam pengundian yang dijalankan semalam dan keputusannya diumumkan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok memperolehi 480 undi menewaskan Husam yang mendapat 281 undi manakala Mohamad 261 undi.

Kejayaan Nasharudin itu sekali gus memberikan isyarat yang jelas bahawa perwakilan masih tetap mahu jawatan Timbalan Presiden dikuasai oleh ulama seperti mana usul yang diluluskan oleh Dewan Ulama Pas pada Rabu lalu.

Isu muqabalah dengan UMNO ternyata tidak menggugat peluang Nasharudin untuk mengekalkan jawatan berkenaan. Apatah lagi ketika merasmikan Persidangan Tahunan Dewan Pemuda Pas pada Rabu lalu iaitu dua hari sebelum pengundian, Nasharudin menjelaskan bahawa pucuk pimpinan parti tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO.

Bagi jawatan Naib Presiden pula menyaksikan gabungan antara golongan profesional, ulama dan aktivis. Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Ketua Pemuda Pas, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berjaya memenangi jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim memperolehi 871 undi, Salahudin (824 undi) dan Mahfuz (636 undi). Dua lagi calon yang bertanding iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa masing-masing mendapat 333 undi dan 277 undi.

Bagaimanapun Mujahid terpilih menduduki AJK Pas pusat selepas memperolehi 448 undi.

Untuk jawatan AJK Pas pusat pula, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin mendapat undi tertinggi iaitu 854 undi diikuti Idris Ahmad (799 undi). Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaaffar pula menduduki tempat ketiga dengan 769 undi manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di tempat keempat. Seramai 18 calon dipilih menduduki kerusi berkenaan.

Pemilihan kali ini terutamanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dianggap paling sengit dalam sejarah parti itu, malah beberapa budaya berkempen yang sebelum ini asing bagi Pas turut menular ke dalam parti berkenaan.

Sementara itu, Mustafa berkata seramai 1,026 perwakilan membuang undi semalam dan pengiraan undi hanya berakhir awal pagi ini.

Apa yang menarik, sebaik sahaja muktamar disambung pagi ini, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tersebar luas di kalangan wartawan bahawa Husam memenangi jawatan tersebut dengan majoriti tipis.

Bagaimanapun pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pemilihan berkenaan, Mustafa berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat berjaya menyimpan rahsia keputusan sehingga ia diumumkan secara rasmi

pada pukul 10 pagi ini.

''Tiada seorang pun yang mengetahui keputusan tersebut walaupun ada pihak yang cuba membuat pelbagai spekulasi dengan berasaskan kepada petunjuk tertentu.

''Semua ahli yang menganggotai jawatankuasa ini mempunyai tahap integriti yang amat tinggi dan kami juga sedar ini merupakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh parti dan ia perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya," kata beliau.