SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

09 March 2009

'Cubaan lumpuh kuasa Sultan' - Rais

Pencabulan berterusan terhadap institusi Raja, termasuk cubaan mengheret istana ke mahkamah, didakwa sengaja dicetuskan pembangkang sebagai rancangan besar untuk melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tindakan pembangkang kebelakangan ini menggambarkan mereka seolah-olah mahu melihat kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan secara menyeluruh, berbanding apa yang berlaku menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993.

"Sekarang ini semacam ada 'grand design' untuk melumpuhkan kuasa tradisi Raja, walaupun ketika ini masih ada kekangan yang mampu menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

"Pembangkang dengan cara politik, menghasut pihak tertentu supaya bersama mereka bagi memastikan Raja-Raja Melayu yang mempunyai kuasa tradisi tidak lagi berkesan... itu yang saya nampak," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra di kediaman Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Illias Hussin di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, dalam ucapannya pada perjumpaan itu, Rais menegaskan Umno perlu berani mengambil langkah drastik bagi mengubah situasi membimbangkan itu, termasuk mengembalikan imuniti Raja-Raja Melayu.

"Kita memerlukan kepemimpinan yang berkesan dan berani untuk menyelamatkan keadaan tidak menentu ini," katanya. Beliau berkata, bukan mudah untuk mengembalikan semula imuniti Raja-Raja Melayu selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 kerana peristiwa itu sudah melewati tempoh selama lebih 15 tahun.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memastikan kesatuan dalam Umno di semua peringkat, selain menggembleng semula kekuatan Umno yang menjadi tunjang bagi orang Melayu termasuk bangkit mempertahankan institusi beraja.

"Umno mempunyai lebih dua juta ahli, kita mesti menggunakan ahli yang sebenar-benarnya dalam perjuangan untuk membina semula parti yang diharap akan berlaku ketika kepemimpinan Datuk Seri Najib (Razak) nanti," katanya.

Rais berkata, peringatan tegas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mengenai penyatuan Melayu hendaklah dijadikan motivasi untuk Umno bangkit dalam isu ini.

"Kita tidak pernah ada pengalaman tiga Sultan ke depan dan bercakap soal penyatuan Melayu.. tetapi nampaknya ia berlaku sekarang," katanya.
.