SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

01 March 2009

Batal pewartaan guna perkataan 'Allah' tepat : Zahid

Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat pelbagai agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbezaan intepretasi di kalangan masyarakat, terutama bukan Islam terhadap pewartaan perintah itu sekarang sudah diperbetulkan melalui langkah berkenaan.

Sambil menyambut baik langkah itu, beliau mengingatkan pihak terbabit dalam penerbitan agama Kristian supaya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) berhubung perkara berkenaan.

"Langkah membatalkan pewartaan itu satu langkah baik kerana ketika mewartakannya, satu kesilapan sudah dilakukan terhadap keputusan Kabinet yang dibuat pada 1986.

"Kesilapan itu tidak mematuhi keputusan Kabinet," katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra calon Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) Umno di Bangunan Umno Sabah, di sini hari ini. Zahid bagaimanapun enggan mengulas bagaimana kesilapan itu boleh berlaku.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan `Allah' dalam penerbitan agama Kristian. Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi.
.