Pas menunjukkan sikap hipokrit yang nyata apabila menggesa Dato' Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas meletak jawatan atas alasan sering mengkritik dasar parti itu.
Kelmarin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.
Mursyidul Amnya, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang pada mulanya enggan mengulas gesaan itu kemudiannya mengubah fikiran dan turut mendesak Ibrahim meletak jawatan. Inikah yang dikatakan sebagai contoh kepimpinan yang sentiasa menjadi idola penyokong-penyokong Pas?
Adilkah mendesak Ibrahim meletak jawatan hanya kerana beberapa dasar parti dikritik, lagi pun yang dikritik itu adalah perkara-perkara yang wajar, agar Pas dapat membaiki kesilapan dan kembali ke jalan yang benar. Salahkah Ibrahim menegur dengan membawa suara rakyat. Begitu maksumkah Pas sehingga haram bagi sesiapa menegurnya? Adakah betul dasar Pas yang berikat erat dengan PKR dan DAP ketika ini, yang seluruh dunia tahu dasar kawan-kawan mereka itu terhadap ISLAM?
Sedangkan pada hari yang sama Nik Aziz meminta Exco Selangor yang cukup popular ketika ini, Elizabeth Wong agar tidak meletak jawatan dengan alasan jika meletak jawatan, pilihanraya semula hanya akan melibatkan kos yang tinggi dan membazirkan wang rakyat.
Tetapi petangnya, Nik Aziz pula meminta Ibrahim meletak jawatan.
"PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka.
Memang ternyata hipokrit sekali.
.