SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

07 November 2008

The Star anjurkan bukan Melayu jadi PM Malaysia ?

dipetik daripada malaysiaaktif.com

APABILA Barack Obama memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, di lobi Parlimen Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut ditanya oleh salah seorang wartawan Malaysia sama ada boleh rakyat Malaysia dari kaum minoriti menjadi Perdana Menteri.

Akhbar The Star hari ini menjadikan jawapan Abdullah sebagai berita utama di muka 6 dengan promosi ketara di muka depan berbunyi: "It is possible for anyone from a minority group to be an nation's leader, the Prime Minister said while congratulating Obama on his election victory.''

Menurut Abullah, terpulanglah kepada rakyat (Malaysia) untuk menentukan, sebagaimana yang rakyat Amerika lakukan melalui proses demokrasi.

Sekali lagi peristiwa ini membuktikan bahawa AS mempunyai pengaruh yang besar ke atas dunia, sama melalui budaya, politik, ekonomi atau ketenteraan.

Di Malaysia, sudah ada rakyat bukan Melayu berangan-angan bahawa jika Obama boleh menjadi Presiden AS, di negara ini juga boleh berlaku peristiwa yang sama.

Tidak salah untuk berangan-angan, tapi biarlah ia berlandaskan realiti. Realitinya, ia tidak mungkin berlaku di Malaysia dalam tempoh terdekat, setidak-tidaknya selagi orang Melayu dan Islam menjadi penduduk majoriti. Ia samalah juga dengan menyatakan kemungkinan seorang Melayu menjadi Perdana Menteri Singapura. Apakah orang Cina Singapura sudah bersedia untuk memilih orang Melayu menjadi Perdana Menteri?

Realitinya juga, AS mencapai kemerdekaan pada 1776 dan hanya selepas 332 tahun barulah berlaku perubahan yang Obama catatkan.

Secara tidak langsung, keterujaan The Star itu sama ada ia mencerminkan hati nurani reaksi seluruh bukan Melayu atau hanya di kalangan kaum Cina, boleh menyinggung perasaan orang-orang Melayu.

The Star juga perlu sedar bahawa Obama tidak akan dipilih jika beliau mengaku atau disahkan beragama Islam. Malah soal agamanya telah dibangkitkan berkali-kali semasa kempen, sehingga memaksa Obama menegaskan beliau beragama Kristian walaupun berketurunan Islam dari sebelah bapanya. Namun penjelasannya tidak menyekat penentang-penetangnya daripada mempersoal pendiriannya terhadap Islam dan umat Islam.

Konteks yang sama juga wajar dibawa ke Malaysia oleh kalangan yang berangan-angan mahu melihat seorang minoriti menjadi Perdana Menteri. Mungkin tiba masanya kelak warna kulit tidak lagi menjadi isu untuk menjadi Perdana Menteri, tapi warna kepercayaan agamanya akan tetap menjadi perkiraan. Mudah cakap, seorang yang mahu menjadi Perdana Malaysia mestilah beragama Islam.

Malah sekiranya seseorang itu hanya berketurunan Melayu tapi bukan Islam, sekarang pun dia tidak akan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri.

Agak menarik, pada hari yang sama Utusan Malaysia (akhbar cermin fikiran Melayu) tidak menyiarkan laporan kemenangan Obama sebagai berita utama di muka depan. Tidak sebagaimana The Star yang melaporkan kemenangan Obama dengan tajuk "Change it is!'' atau dalam bahasa Malaysia boleh diterjemahkan sebagai ``Perubahan berlaku!''

Sebaliknya Utusan Malaysia menyiarkan peringatan Sultan Azlan Shah sebagai berita utama dengan tajuk besar "Henti guris Melayu.''

Dilaporkan bahawa "Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu."

Maka jelas apa yang The Star putarkan daripada kemenangan Obama adalah sesuatu yang boleh mengguris hati orang Melayu. Malaysia baru merdeka 51 tahun dan The Star sudah menganjurkan kaum minoriti menjadi Perdana Menterinya.

.