SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

07 November 2008

Ada 'Orang' mahu bawa semangat pemilihan Obama ke Malaysia…


dipetik daripada agendadaily.com

Kemenangan calon Demokrat Barrack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat bukan hanya disambut di negara ‘Uncle Sam’ kerana mencatat sejarah tersendiri tetapi turut menjadi bahan politik di negara ini.

Obama, Presiden pertama kulit hitam di Amerika Syarikat menjadi inspirasi untuk orang-orang politik mengemukakan hujah mereka dengan menjadikan beliau sebagai kayu pengukur.

Hari Khamis, Obama menjadi contoh kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang bagaimana senario politik negara ini seharusnya sudah mengalami perubahan.

Tee Kiat mengaitkan Obama dengan soal perlantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.

"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis. Presiden Transparensi Antarabangsa Tan Sri Ramon Navaratnam berkata pemilihan Obama boleh menjadi contoh dan pengajaran penting untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata bahawa adalah menjadi satu keistimewaan bagi seorang berketurunan Afrika dan Amerika mampu memenangi pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS).

"AS telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti dan malah untuk mengatasi halangan besar dan bagi memenangi jawatan tertinggi negara.

"Kita hendaklah membuang pandangan keagungan tanpa mengira bangsa dan berusaha mempromosikan kepimpinan terbaik, bagi mempromosikan pemimpin paling baik sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Nada yang hampir sama disuarakan oleh Kit Siang tetapi contoh yang diambil bukan Pemangku Pengurus Besar PKNS tetapi mendakwa UMNO menafikan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan sesiapa sahaja warganegara Malasyia untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya, kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat, seharusnya mengubah sikap kalangan pemimpin UMNO agar menerima hakikat Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri negara ini.

Beliau menghujahkan perkara itu semasa membahasakan rang Undang-Undang Perbekalan 2009 di peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Khamis.

Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Kit Siang itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz menafikan UMNO tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Amerika Syartikat tunggu lebih 200 tahun baru boleh dapat seorang Presdien kulit hitam. Di Malaysia sejak merdeka (1957), Ketua Menteri Pulau Pinang terdiri daripada orang Cina walaupun pernah UMNO menjadi parti majoriti di Dewan Undangan Pulau Pinang.

“Jadi mana bukti UMNO menafikan hak kaum lain. Saya nak tanya di Perak, DAP adalah majoriti tetapi kenapa Menteri Besar Perak tidak dilantik di kalangan orang DAP.

Adakah rakan-rakan DAP iaitu PAS dan PKR tidak setuju wakil DAP jadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Tidak puashati dengan sindiran dan penjelasan Nazri itu, Kit Siang terus membangkitkan isu tersebut dan berulang kali mengaitkan undang-undang tubuh negeri sebagai halangan.

Nazri dengan tenang bangun dan menjawab : Apakah Ipoh Timur (Kit Siang) mencadangkan bahawa Sultan Perak tidak setuju dengan perlantikan bukan Melayu sebagai Menteri Besar negeri itu”.

Mendengar jawapan itu, Kit Siang terus menafikannnya.

.