SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

12 October 2008

Mukhriz terus di depan, Mukhriz 29, Khairy 14, Khir 7

dipetik dari malaysiakini.com

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memperolehi 29 pencalonan sehingga ini untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Beliau meninggalkan seorang lagi calon bagi jawatan tersebut - Khairy Jamaluddin - jauh di belakang. Khairy mendapat 14 pencalonan sehingga ini. Manakala seorang lagi pencabarnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat tujuh pencalonan.

Sejumlah 53 daripada 191 bahagian Pemuda Umno di seluruh negara telah selesai bermesyuarat hari ini.

Mukhriz mendapat pencalonan daripada Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud dan Tuaran.

Ini bermakna Mukhriz memerlukan sembilan pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia. Setiap calon diwajibkan memperolehi 20 peratus atau 38 pencalonan dari 191 bahagian. Manakala calon naib ketua pula memerlukan 15 peratus atau 29 pencalonan.

Sementara Khairy pula dicalonkan oleh Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Kota Kinabalu. Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub dan Rompin,Khir mendapat sokongan dari Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam. Tumpat, Kapar, Cheras dan Taiping.

Bagi jawatan naib ketua Pemuda, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 27 pencalonan. Ini bermakna, beliau hanya perlu dua lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.

Setakat ini, pesaing terdekat beliau ialah Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Permatang Pauh Datuk Reezal Merican Naina Merican yang mendapat 18 pencalonan.

Manakala pesaing lainya ialah ketua Pemuda Kota Kinabalu Baharol Raza Chuprap (satu), Exco Pemuda Marzuki Yahaya (satu) dan ketua Pemuda Kapar, Selangor Faizal Abdullah (satu).