SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

12 October 2008

Aura Mukhriz kini mula dirasai...

Populariti Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat 29 pencalonan setakat semalam berbanding lawan untuk jawatan ketua Pemuda Umno menunjukkan ahli parti dahagakan seseorang pemimpin yang boleh membawa perubahan.

Menteri Luar dan juga Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau sendiri agak terkejut dengan jumlah pencalonan yang diterima oleh anak bekas perdana menteri itu.

"Ini sebenarnya mengembleng satu pandangan baru bahawa Umno di peringkat muda mahu perubahan dan sesungguhnya beliau (Mukhriz) dilihat sebagai seorang pejuang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Jelebu hari ini. Rais berkata bahang dan aura Mukhriz kini mula terasa dan beliau berharap ini akan memberi kebaikan kepada Umno.

"Kewibawaan Mukhriz sudah terbukti pada peringkat awal di mana beliau tidak memerlukan sokongan saudara mara di dalam parti untuk menjadi seorang pemimpin," katanya dalam laporan Bernama.

Setakat semalam, Mukhriz mendapat 32 pencalonan berbanding Khairy Jamaluddin, 17 dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 10 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Mac depan. Rais yang menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan naib presiden Umno hari ini mengulangi hasratnya untuk bertanding jawatan itu walaupun seorang lagi rakan senegerinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad juga menawarkan diri bertanding jawatan yang sama.

Mahu sistem lebih baik

"Tidak jadi masalah pasal kita harus (bersikap) terbuka, ada orang kata dari satu negeri harus ada satu sahaja calon. Ini idealistik tapi sebenarnya dibenarkan perlembagaan, kalau kita tidak tampilkan calon-calon lebih dari seorang dari satu negeri, bagaimana kita hendak buat perbandingan," katanya.

Dalam pada itu beliau juga mengulangi pendiriannya supaya sistem kuota untuk pemilihan jawatan dalam parti diganti dengan satu sistem yang lebih baik.

Beliau berpendapat sistem yang diamalkan oleh beberapa buah negara seperti pilihanraya parti mungkin sesuai untuk Umno di mana setiap anggota berpeluang mengundi calon pemimpin mereka.

"Ada pihak menyatakan seharusnya presiden dan timbalannya serta naib-naib presiden dipilih menerusi pilihan raya Umno di mana setiap anggota berhak memilih".

Mengenai cadangan penubuhan Kelab Barisan Nasional (BN) oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, beliau melihat cadangan itu sebagai sesuatu yang positif tetapi perlu diperhalusi akan kesan positif dan negatifnya.

"Saya fikir kita perlu halusi apa tanda campur (positif) dan tanda tolaknya (negatif) yang terhasil dari cadangan tersebut sekiranya direct membership atau keahlian terus menerus boleh melemahkan Umno kemudian, mungkin ahli pergi ke BN dan Umno ditinggalkan," katanya.

.