SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 October 2008

Muhyiddin tunggu keputusan Pak Lah

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mengumumkan jawatan parti yang akan ditandinginya sebaik saja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menetapkan sama ada beliau akan mempertahan atau tidak jawatan presidennya dalam parti itu.

Tan Sri Muhyiddin berkata beliau sedang menunggu isyarat jelas daripada Datuk Seri Abdullah, yang juga perdana menteri Malaysia, sebelum mengisytihar jawatan sesuai bagi dirinya.

Beliau, yang dijangka bertanding bagi jawatan kedua tertinggi parti itu, berkata tidak adil mengandaikan dua jawatan tertinggi Umno - presiden dan timbalan presiden - akan kosong apabila parti itu mengadakan pemilihan pemimpinnya dalam perhimpunan agung Mac depan.

'Namun, sama ada para anggota berasa saya sesuai bagi apa saja jawatan, mereka akan memutuskannya,' katanya kepada media di rumah terbuka Hari Raya perdana menteri dan ahli Islam kabinetnya di Pusat Dagangan Dunia Putra, kelmarin.

Mengenai jabatan tertentu yang sudah mencalonkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan beliau bagi dua jawatan tertinggi itu, Tan Sri Muhyiddin berkata ia tidak melanggar perlembagaan parti.

Namun, beliau berkata mungkin lebih baik beliau tunggu pengumuman Datuk Seri Abdullah mengenai keputusannya minggu depan.

Jabatan-jabatan Umno memulakan mesyuarat 9 Oktober dan akan membuat pencalonan bagi jawatan yang akan dipertanding dalam perhimpunan agung itu.

'Ini bermakna ia (kedudukan Datuk Seri Abdullah) harus jelas supaya jabatan-jabatan itu akan mendapat isyarat untuk mengatakan mereka boleh mencalonkan Najib, sama ada sebagai presiden, atau jawatan timbalan presidennya akan dikosongkan.

'Sememangnya orang akan kata anda akan mengisinya. (Tetapi) semua ini akan bergantung pada kenyataan akhir (Datuk Seri Abdullah),' katanya.