SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 October 2008

HINDRAF: MENGAPA MESTI DILAYAN TUNTUTAN SAMY VELLU

Presiden MIC Samy Vellu menyatakan keyakinannya bahawa tahanan ISA penyokong-penyokong Hindraf akan dibebaskan setelah beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Abdullah Badawi. Jika ini berlaku pastinya memberikan implikasi terhadap kredebiliti kerajaan bahawa pembebasan mereka itu adalah untuk kepentingan politik, untuk populariti Samy Vellu dan juga untuk mengembalikan pengaruh MIC.

Samy Vellu tidak membantu memperbaiki imej kerajaan dan khususnya Perdana Menteri, Abdullah Badawi apabila beliau bercakap seolah-olah mendapat jaminan daripada kerajaan mereka itu akan dibebaskan.

Supremacy ISA telah pun tercemar baru-baru ini kerana digunakan dengan sewenang-wenang untuk penahanan wartawan Akhbar Sin Chew Daily yang tanpa perlu telah menjadikannya popular dan juara kebebasan media. Pembebasan Teresa Kok yang pernah menjatuhkan maruah negara di mata masyarakat antarabangsa dan menghina tulisan jawi yang dianggap sebagai tulisan Al-Quran oleh masyarakat Islam juga menimbulkan keraguan.

Dalam pada itu masa yang bagitu lama telah diambil bagi menggunakan ISA terhadap Raja Petra yang bankrap yang bermaharajalela melanggar undang-undang menerusi dunia siber dengan menyebarkan khabar angin, fitnah dan memutar belitkan fakta.

Jika kerajaan membebaskan tahanan Hindraf, persoalan akan timbul kenapa tuntutan pembebasan dari MIC yang dilayan tetapi tuntutan yang sama dari parti-parti pembangkang dan Majlis Peguam tidak dilayan.

MIC cuba untuk mendapatkan political mileage atas isu yang tidak sepatutnya diperjuangkan. Hindraf adalah NGO Hindu yang memperjuangkan isu-isu sensitif yang diketahui sendiri oleh MIC tidak selari dengan dasarnya malahan orang orangnya telah mencemarkan majlis Hari Raya bersama Perdana Menteri dan Menteri yang amat menyinggung perasaan orang Islam di seluruh negara dengan berdemonstrasi dan mengemukakan tuntutan untuk pembebasan orang Hindraf.

Demikian juga seorang Timbalan Menteri dari MIC yang secara tidak lagnsung mengesahkan makanan kepada tahanan ISA sebagai tidak wajar berasaskan kepada kos menu yang kecil. Nampak benar semua parti-parti komponen BN telah gentar dan goyang, tidak lagi berpegang kepada prinsip dan dasar parti dan semangat setiakawan Barisan Nasional sebalikya mahu mencari pengaruh atas isu popular yang diperjuangkan oleh parti-parti lawan. Mereka juga percaya kepada apa yang dipercayai oleh parti pembangkang terutama dalam isu-isu yang sensitif.

Dari segi perang saraf menampakan kelakuan politik MIC dan juga Gerakan adalah kemenangan kepada parti pembangkang kerana telah berjaya membuat parti-parti komponen Barisan Nasional menari mengikut rentak gendang paluan mereka.

Jika sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan Samy Vellu atas keyakinan untuk membantunya memulihkan sokongan kepada MIC maka pastinya akan merosakan lagi imej kerajaan sendiri. Menampakkan kerajaan juga menjadi deparado politik, terus yakin kepada dasar memberi kepada rakyat yang tidak tahu berterima kasih untuk mendapatkan sokongan dan tidak percaya kepada ketegasan dan kewibawaan menjalankan undang-undang atas prinsip dan dasar negara untuk memulihkan meyakinkan rakyat.

Masih tidak terlalu lewat untuk kerajaan menyedari bahawa kekalahan besar BN dalam pilihanraya Mac lalu adalah kerana berganjak dari tunggak kekuatan negara yang mengawal kebebasan yang ternyata kepada suatu pihak tidak mencukupi dan di satu pihak berada dalam kebimbangan akan kehilangan apa yang telah terjamin selama ini bagi keselamatan bersama.

Akibatnya majoriti rakyat hilang keyakinan kepada kepimpinan Abdullah Badawi.Singapura terus meyakinkan dunia dan rakyat dalam negara kerana sekali pun telah menjadi negara yang paling mantap di dunia dengan rakyat bermentaliti kelas pertama tetapi tetap mengamalkan dasar kebebasan dunia ketiga.Malaysia yang menurut Perdana Menteri, Abdullah Badawi bermentaliti dunia kelas ketiga tetapi telah mengamalkan kebebasan demokrasi setaraf dengan dunia kelas pertama.

Untuk itu Barisan Nasional dan khususnya UMNO telah membayar harga dengan melihat rakyat menjijak apa yang telah diasas dan dibina selama lebih 50 tahun.

Pada pandangan saya yang ikhlas demi untuk masa depan rakyat dan negara tuntutan MIC tidak sewajarnya dilayan, kemenangan politiknya sangat kecil tetapi wabaknya akan menambah pekung Barisan Nasional.
.