SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

11 October 2008

Kimanis, Machang pilih gandingan Najib, Muhyiddin

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pencalonan pertama - masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Pencalonan bagi gandingan Najib-Muhyiddin itu dibuat oleh Umno bahagian Kimanis, Sabah yang bermesyuarat hari ini.

Manakala Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dicalonkan untuk jawatan naib presiden, Ketua Umno Kimanis, Datuk Anifah Aman turut mengekalkan jawatannya tanpa bertanding.

Bahagian itu juga mencalonkan Anifah, abangnya Ketua Menteri sabah, Datuk Musa Aman; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun untuk kerusi Majlis Tertinggi.

Anifah yang juga ahli Parlimen Kimanis, timbalannya Datuk Abdul Karim Bujang (Ahli Dewan Undangan Negeri Bogawan) dan Naib Ketua, Mohd. Ariffin Mohd. Arif (Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut) juga kekal tanpa bertanding.

Di Machang, Najib dipilih secara majoriti sebagai calon presiden walaupun ketua Umno bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga dicadangkan oleh Perwakilan.

Bahagian itu sebulat suara memilih Muhyiddin untuk jawatan nombor dua.

Bagi naib presiden pula, Umno Machang mencalonkan pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang juga Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khalid Nordin.