SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

27 May 2008

Pisang tak berbuah dua kali di Pulau Pisang…

Kalau mengikut penjelasan yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ghani Othman nampaknya rakyat negara ini tidak perlu bimbang tentang kedudukan Pulau Pisang yang terletak di luar perairan Pontian.

Sebelum ini tanda tanya timbul mengenangkan adanya sebuah rumah api yang diuruskan oleh Singapura di pulau itu. Di pulau ini lain ceritanya berbanding Pulau Batu Putih yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa milik Singapura.

Menurut Ghani kedaulatan dan hak milik kerajaan negeri Johor terhadap Pulau Pisang adalah jelas. Menurutnya, kewujudan rumah api di pulau yang berkeluasan 178.4 hektar tersebut adalah menerusi perjanjian di antara Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris.

"Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor. Keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan, syarat itu hendaklah dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Huffaz Al-Quran Negeri Johor di Johor Bharu Isnin.

Beliau berkata, keluasan rumah api kendalian Singapura adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik tersebut turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api tersebut bagi kemudahan warganya. Ghani berkata demikian tentang kemungkinan wujudnya pertikaian tentang kedaulatan serta hak pemilikan negara terhadap Pulau Pisang berikutan pengurusan rumah apinya yang dikendalikan oleh Singapura.

Menurutnya, pada 2001 kerajaan Malaysia mengenakan syarat mengkehendaki warga Singapura yang bertugas di rumah api Pulau Pisang supaya mendaftarkan diri di Pejabat Laut dan Pejabat Imigresen di Kukup, Pontian. Pendaftaran itu perlu dilakukan dua minggu sekali ketika mereka memasuki dan keluar daripada pulau tersebut, katanya sambil menambah, kawasan rumah api itu berpagar dan merupakan kawasan larangan.

Mengenai rancangan membangunkan pulau terbabit, menurut Ghani, Pulau Pisang itu berpotensi untuk dibangunkan disebabkan keindahannya, tetapi tiada keputusan rasmi mengenai perkara itu setakat ini.

Selain Pulau Pisang, terdapat beberapa pulau lain yang terletak berdekatan dengannya iaitu, Pulau Tunda, Pulau Kemudi dan Pulau Sauh. Ghani juga berkata nelayan-nelayan negara ini dibenarkan menangkap ikan di Pulau Pisang, selain kebenaran terhadap penduduk tempatan Kukup untuk memungut hasil buah-buahan dari pulau itu.

- 26/5/2008