SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 September 2012

PKR belakangkan Sultan Selangor ?

Cekati Tembaga menulis...


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya.

Sebaliknya, beliau memberitahu, Sultan Sharafuddin hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan di Masjid Negeri di sini pada Jumaat ini.

"Sehingga saat ini, pihak Istana Selangor tidak menerima jemputan daripada kerajaan negeri untuk majlis itu. Baginda juga tidak pernah dimaklumkan mengenai sambutan tersebut.

"Sambutan itu adalah anjuran rasmi kerajaan negeri untuk rakyat Selangor. Maka, adalah wajar baginda dimaklumkan mengenainya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis sambutan yang menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Terima Kasih Rakyat, Selangorku Terus Maju' itu turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut diberi ruang untuk berucap.

Utusan Malaysia difahamkan sebelum ini, penganjuran majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri akan dimaklumkan kepada Sultan Selangor namun ia bergantung kepada keputusan baginda sama ada menghadirinya atau sebaliknya.

Dalam pada itu, difahamkan anggota ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan polis telah menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hotel Quality di sini petang ini mendapati anggota pasukan keselamatan berkenaan sedang giat mengemas kelengkapan mereka untuk meninggalkan hotel berkenaan.

Difahamkan tindakan itu dibuat kerana pihak penganjur telah membuat perubahan konsep sambutan di saat-saat akhir selain ia tidak disertai Sultan Sharafuddin.