SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 September 2012

Pemimpin Pas enggan ulas isu Nasharudin

Cekati Tembaga menulis...

Para pemimpin Pas Pusat enggan menyatakan pendirian peribadi mereka berhubung kemelut dihadapi bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu itu langsung tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.

''Kita sudah serah kepada Majlis Syura Ulama, jadi tanya merekalah. Saya sendiri tiada pandangan peribadi berhubung isu ini," katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Pas Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.





Bagaimanapun, Nasharudin tidak kelihatan di lokasi berkenaan sepanjang majlis berlangsung mulai pukul 2 petang hingga 5 petang.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memberitahu, beliau tidak mahu mendahului keputusan Majlis Syura Ulama yang dijadual mengadakan mesyuarat malam ini.
''Saya tidak mahu komen secara peribadi. Saya akur kepada keputusan parti menyerahkan isu ini kepada Majlis Syura Ulama," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad berkata, Nasharudin seharusnya akur dengan apa juga keputusan.

Jelas beliau, Ahli Parlimen Bachok itu juga tidak sepatutnya mengulangi perbuatan mengkritik parti atau mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian Pas secara terbuka.

''Kita berharap masalah dicetuskan Nasharudin dapat diselesaikan secara baik dalam pertemuannya dengan Majlis Syura Ulama," katanya.

Tambah beliau, walaupun Nasharudin dilihat mempunyai niat ikhlas untuk menyatupadukan umat Islam, Pas tetap dengan keputusannya untuk bersama dengan pakatan pembangkang.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu dikatakan bakal berdepan dengan 'hukuman' berikutan tindakannya meminta parti tersebut mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang.