SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

22 June 2012

Anwar perlu pulangkan RM3b

Cekati Tembaga menulis...


KUALA LUMPUR 19 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak memulangkan semula wang sebanyak RM3 bilion yang didakwa diperoleh hasil tindakannya mengawal 20 akaun induk semasa berkhidmat dengan kerajaan pada 1990-an kepada rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu perlu memandangkan jika dakwaan itu benar, ia adalah penyalahgunaan wang rakyat melibatkan jumlah sangat besar.

Katanya, adalah mustahil untuk Anwar mempunyai wang sebanyak itu ketika dakwaan tersebut dibuat selain percaya bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tidak berbohong mengenainya apabila sanggup membuat akuan bersumpah.

"Bagaimana Anwar memperoleh wang RM3 bilion itu menjadi persoalan.

"Sudah tentu wang berkenaan diperoleh menerusi cara yang boleh dipertikaikan seperti amalan kronisme dan sebagainya. Tetapi Anwar perlu ingat ia adalah wang rakyat dan beliau perlu memulangkannya segera kepada rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada 1999, Abdul Murad membuat akuan bersumpah dengan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang bernilai lebih RM3 bilion.

Menurut Mohd. Puad, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan Anwar untuk memulangkan semula wang rakyat itu dan beliau boleh memulakannya di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

"Mereka kata mampu beri pendidikan percuma sekiranya memerintah, jadi Anwar gunakanlah RM3 bilion yang diperoleh itu untuk beri pendidikan percuma di Selangor.

"Selain itu, wang RM3 bilion itu juga boleh digunakan untuk menyelesaikan isu air di Kelantan yang sampai sudah tak dapat dilakukan kerajaan negeri," jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Puad turut mendesak Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap dakwaan penyelewengan wang berkenaan.

Katanya, tindakan itu tidak boleh ditangguhkan memandangkan banyak laporan polis berhubung pendedahan tersebut dibuat pelbagai pihak.