SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

26 June 2011

Penganjur Himpunan Haram wajar dikenakan ISA

Cekati Tembaga menulis...

Mengambil iktibar daripada perhimpunan yang sama pada 2007, kerajaan tidak wajar terus mengambil sikap tunggu dan lihat dalam menangani penderhakaan terbuka segelintir individu yang terus berdegil meneruskan perhimpunan berkenaan di ibu negara Julai nanti.

Dengan kerahan yang dibuat di seluruh negara, setiap kawasan parti PAS khabarnya akan menghantar wakil meramaikan himpunan berkenaan, pastinya himpunan ini bukan sekadar menyerahkan memorandum sebagaimana yang didakwa penganjurnya.

Himpunan kecil dari setiap pelusuk pinggir Kuala Lumpur sebelum bercantum menjadi gelombang kuning besar di tengah-tengah ibu kota menunjukkan mereka semakin serius mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi haram sebegini.

Menyedari mereka tidak akan terdaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pilihan majoriti rakyat sejak sebelum merdeka sehingga kini melalui peti undi, mereka menjadikan jalanraya sebagai langkah terakhir.

Hidup mati pakatan pembangkang kini bergantung sepenuhnya kepada himpunan haram ini. atau lebih tepat lagi, ianya merupakan penentu karier politik manusia bernama Anwar Ibrahim.

Dengan pelbagai isu moral yang melingkari kehidupan, berdepan dengan tarikh beliau ditetapkan membela diri dalam kes bersama Saiful Bukhari yang semakin dekat, kes pendedahan video seksnya yang menggemparkan seluruh negara oleh rakan baiknya sendiri dan kehilangan kepercayaan oleh orang Melayu; Anwar sangat berharap himpunan haram ini nanti disamping mengalih perhatian ramai terhadap kes-kes moralnya yang teruk, beliau mengharapkan agar Ambiga, kambing hitam yang digunanya untuk mengepalai perhimpunan ini menjalankan perintahnya dengan baik, agar perhimpunan ini kelak akan merosakkan imej negara di mata masyarakat luar negara.

Ambiga tidak lain sekadar boneka yang dicucuk hidung oleh Anwar bagi menarik penyertaan masyarakat India dalam perhimpunan ini kerana menyedari masyarakat India semakin menerima tranformasi yang dibawa Dato' Seri Najib Tun Razak.

Strategi Anwar menggunakan Ambiga juga adalah umpan untuk NGO-NGO Melayu menyerang wanita India itu dan berharap ianya akan meraih simpati masyarakat India.

Biarpun seluruh negara mengecam hasrat mengadakan perhimpunan ini jika dilihat daripada lebih 1,000 laporan polis yang dibuat di seluruh negara, ianya tidak bermakna sekiranya Kementarian Dalam Negeri (KDN) masih segan bertegas dalam hal ini.

Kerosakan nama baik negara di mata masyarakat luar adalah perkara kedua, tetapi yang lebih penting adalah kerugian yang bakal ditanggung para peniaga yang tidak dapat berniaga akibat himpunan itu.

Iktibar daripada himpunan sama pada 2007, aktiviti perniagaan terjejas, kedai-kedai yang dirosakkan, pemandu-pemandu teksi hilang rezeki pencarian, aktiviti-aktiviti orang ramai tergendala kerana terperangkap dalam himpunan kuning; semuanya kerana mengejar matlamat peribadi dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan.

Golongan pendemontrasi ini begitu galak terpekik terlolong di jalanraya konon menuntut hak mereka, tetapi bagaimana dengan hak mereka yang terjejas secara langsung akibat perhimpunan ini.

Peribahasa Melayu mengatakan, lebih baik mencegah dari mengubati.

Himpunan ini adalah penyakit yang perlu dicegah dan ubatnya yang paling mujarab adalah ISA. Tidak ada gunanya kita memiliki ubat yang baik jika tidak digunakan sedangkan penyakit semakin merebak.

Kita tidak mahu peristiwa 2007 berulang. KDN perlu lebih bertegas, bukan sekadar memberi amaran. Dalang perhimpunan ini perlu ditahan segera, tidak kira berapa ramai pun bilangan mereka. Rakyat mahu lihat tindakan, bukannya amaran.

Menteri Dalam Negeri perlu lebih tegas. Tidak ada gunanya sekadar mencium keris sedangkan musuh semakin berpesta memporak-perandakan negara.

Waktu seperti ini pastinya kita merindui ketegasan Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie sewaktu menjadi Menteri Dalam Negeri dulu. Adakah Menteri hari ini seberani beliau ?