Setelah menumpaskan Juara Pila FA N.Sembilan minggu lalu, Kelantan mengekalkan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila menumpaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad ke-iv Kota Bharu malam tadi dan membolehkan Kelantan mengutip tiga mata penuh dan memperbaiki kedudukan ke tangga ketiga Liga Super.
Dalam perlawanan ini Kelantan yang berjersi serba putih menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri dengan mempamerkan permainan mantap dengan dua gol dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama dan satu lagi menerusi Mohd Badhri Radzi di babak kedua.
Di depan lebih 10,000 penyokong setia, skuad The Red Warriors ini memperaga aksi penuh menghiburkan terutama dalam tempoh 60 minit pertama dan seharusnya lebih banyak gol boleh disaksikan jika penyudah lebih tepat mampu dijelmakan para penggempur Red Warriors.
Begitu pun seperti kata Tan Sri Annuar Musa Presiden KAFA, beliau begitu berpuashati dengan aksi dipamerkan barisan pemain Kelantan.
Perlawanan berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro di saluran Arena. Saksikan beberapa babak menarik perlawanan.