Cekati Tembaga menulis..
Hasrat Nik Aziz untuk 'membersihkan' Pas dari beberapa kerat anasir yang tidak sekepala dengannya tetap diteruskan biarpun EGM yang dihasratkannya mungkin tidak akan kesampaian. Biarpun Nik Aziz kelihatan mengendurkan sedikit 'urat lehernya' ekoran sedari dirinya tiada kuasa untuk memanggil EGM, namun hasrat untuk menyingkirkan 3 orang pimpinan atasan itu (sebenarnya 4 orang termasuk Presiden) tidak pernah terhindar dari benaknya.
Justeru Mesyuarat Khas Pas yang dijadualkan esok bakal menjadi medan untuk Nik Aziz melepaskan peluru hidup pada sasaran yang sudah lama ditargetnya itu. Kalau ada antara pimpinan atau penyokong Pas berkira-kira isu EGM ini akan berakhir mereka bolehlah melupakannya.
EGM mungkin tidak berlaku tetapi api kemarahan Nik Aziz dalam hal ini tidak akan padam. Apatah lagi 'kayu-kayu api' di sekitarnya sentiasa membekalkan bara yang cukup untuk membakar.
Di keliling Nik Aziz juga, setelah 'perisai keramatnya' hilang peluang yang terbuka membolehkan makhluk langit yang dilaknati Allah memanah bisikan-bisikan halus ke telinganya. Sebab itu Nik Aziz kini tidak lagi dapat menggunakan akal waras sepenuhnya. Mungkin sebab itu juga sejak mutakhir ini lidah Nik Aziz semakin kuat getarnya menikam sesiapa sahaja yang tidak sependapat biarpun lilit serbannya lebih besar.
Di mana-mana tempat di Kelantan ini, kita seringkali ditayangkan poster Nik Aziz khusyuk menadah tangan berdoa dalam linangan air mata. Inilah imej yang dijaja seluruh ceruk rantau dan menjadi modal utama Pas meraih simpati pengundi. Doa yang dituju bukan ke hadirat Illahi tetapi disasarkan untuk memancing undi. Ayat lazim yang dibaca bukan lagi bukan lagi ayatul kursi, tapi 'kerusi pilihanraya'.
Hasrat Nik Aziz itu sebenarnya betul, menjadi tanggungjawabnya selaku orang tua dalam parti itu untuk memastikan unsur-unsur yang boleh merosakkan parti perlu dikikis dan dibuang dari parti. Memang itulah yang sewajarnya dilakukannya. Dalam hal ni hasrat Nik Aziz itu memang betul dan wajar disokong.
Tapi yang salahnya adalah orang yang disebutkan Nik Aziz itu (termasuk Presiden yang sekadar dikiaskan), bukannya golongan yang merosakkan parti. Tapi mereka sebenarnya adalah tokoh-tokoh yang diberi mandat sah secara demokrasi dalam Muktamar Agung parti itu. Mereka itu dipilih oleh perwakilan untuk menjadi teras kepada pepohon rimbun yang diberi nama Pas. Merekalah pokok yang menjadi tempat seluruh ahli Pas bawahan bernaung dari hangat mentari dan berteduh dari dingin hujan.
Mereka ini adalah pokok yang menyediakan akar tunjang mencengkam bagi membina dan mengukuhkan Pas. Mereka juga yang menjadi salur menghubung nyawa sehingga Pas masih boleh bertahan sehingga ke hari ini.
Nik Aziz harus sedar hakikat bahawa tidak semestinya mereka yang di sekelilingnya setia pada dirinya. Tidak semestinya orang yang setiap hari bertentang mata, sentiasa bertukar kata atau manis susun bicaranya akan selamanya mendokong Nik Aziz apatah lagi antara mereka itu juga yang bercita-cita untuk memanaskan kerusi empuk Menteri Besar Kelantan itu.
Memang semua orang tahu Pas sedang bermasalah tapi bukan 'pokok itu' yang menjadi masalah kepada Pas. Bukan mereka masalahnya. Menuduh mereka yang menjadi punca masalah adalah petanda kepada kelemahan ilmu mantiq tok guru Pas itu. Kelemahan Nik Aziz mentafsir ini menjadi kekurangan yang ternyata melemahkan saraf politiknya.
Memang masalah sebenar Pas adalah 'dua tiga kerat' tapi dua tiga kerat yang bergantung pada ekor lilit serban Nik Aziz. Mereka ini golongan yang direncana sejak awal dan dilatih agar mempengaruhi Nik Aziz berkiblatkan Anwar Ibrahim. Mereka ini umpama dahan kayu yang menumpang keramat Nik Aziz untuk terus menerima nikmat dan zat dari pokok yang rendang itu.
Tetapi apabila dahan merasakan ianya sudah semakin kukuh dan kuat, ia lupa pokok itu yang mengukuh dan menguatkannya. Dahan sepatutnya terus menguatkan pokok itu tetapi kerana hatinya busuk lantaran nafsu yang serakah, dahan itu sendiri menjadi haloba dengan nikmat duniawi sehinggakan pokok yang menjadi tempat bergantungnya dan dahan-dahan yang lain pun mahu dicantasnya.
Dahan inilah yang sebenarnya buruk dan perlu dicantas, bukannya pokok. Tapi Nik Aziz mahu menebang pokok. Mencantas dahan tidak akan menumbangkan pokok tapi menebang pokok bukan setakat dahan, daun dan akar, semua sekali akan tumbang.
Sememangnya keputusan Nik Aziz silap. Dan silapnya kali ini cukup besar sehingga akan melenyapkan sama sekali pokok yang berusia 60 tahun itu.
.