SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

02 October 2009

Lebih 1,000 penyokong Ibrahim Ali berdemo bantah desakan Pas

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini (2 Oktober 2009), satu perhimpunan aman dilakukan oleh penduduk-penduduk Pasir Mas di sebelah Mini Stadium Pasir Mas sebagai membantah tindakan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan beberapa kerat pemimpin Pas yang mendesak Dato’ Ibrahim Ali agar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.

Perhimpunan ini yang melibatkan lebih 1,000 orang pengundi dan penduduk Pasir Mas, merupakan satu reaksi balas terhadap tindakan pimpinan-pimpinan Pas berkenaan yang kebelakangan ini begitu galak mengecam dan memburuk-burukkan Ahli Parlimen itu.

Nik Aziz sendiri secara terbuka mengecam Ibrahim dan menggesa beliau agar segera meletakkan jawatan malah lebih teruk lagi tergamak mendakwa amal ibadat Ibrahim tidak akan diterima Allah selagi beliau tidak meletak jawatan.



Rakyat Pasir Mas yang hadir melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemimpin Pas yang telah menjadi semakin bongkak dan lupa diri itu. Perhimpunan hari ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap penghinaan kepada ahli parlimen mereka itu. Mereka melaungkan desakan agar Ibrahim Ali tidak tunduk kepada desakan itu dan terus mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.



Tindakan Pas mendesak Ibrahim berundur bermakna menghina pilihan rakyat dan menganggap undi yang mereka berikan kepada Ibrahim dalam pilihanraya umum lepas tidak berharga. Mereka juga mendesak agar Pas menghentikan provokasi mereka terhadap Ibrahim dan tidak mengganggu ahli parlimen itu meneruskan khidmatnya terhadap rakyat.



Perhimpunan ini juga melaungkan amaran akan bertindak balas terhadap tindak segelintir penyokong Pas yang telah membuang kain-kain rentang menyokong Ibrahim Ali.

Mereka menyatakan tidak akan teragak-agak untuk membuat perkara yang sama sekiranya perangai buruk ini diteruskan. Perhimpunan yang berlangsung kira-kira 45 berakhir dengan aman tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Gambar-gambar lain perhimpunan ini akan aku siarkan kemudian..
.