Nampaknya apa yang sepatutnya menjadi rahsia sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini, kini sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Hasrat rakyat Selangor yang sejak tahun lepas untuk kembali bernaung di bawah Barisan Nasional semakin hampir menjadi kenyataan. Rentetan daripada isu demi isu, masalah demi masalah yang terbit daripada kelemahan Khalid Ibrahim kian sampai ke kemuncak.
Kalau selama ini hanya rakyat marhean yang bersuara persoalkan pelbagai keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim dan Exco-ecxonya yang ternyata tidak menguntungkan Islam sama sekali, kini rasa tidak puas hati itu disuarakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat termasuk di kalangan yang berparti bulan purnama gerhana dan bulan sabit tidak cukup inci sendiri.
Inilah yang dikatakan kemuncak dalam demokrasi. Ahli-ahli YB walau di pihak kerajaan negeri sendiri pun apabila melihat Islam itu dipersenda, Islam dijadikan alas kaki dalam pemerintahan Khalid Ibrahim, akan bangkit bersuara menegakkan kebenaran.
Kelmarin ketika Khalid Ibrahim berpeluh-peluh dalam aircond mencari alasan apabila berdepan dengan soalan-soalan penduduk Seksyen 23, Dato' Dr Hassan Ali dititah mengadap Tuanku. Mulanya aku pun tidak dapat agak atas perkara apa biarpun media war-warkan Hassan Ali memberi penerangan berkaitan pelaksanaan beberapa peraturan berkaitan agama Islam. Tapi aku rasa masakan atas alasan itu sahaja, pasti ada benda lain yang lebih besar lagi penting.
Kemudiannya sahabat-sahabat blogger bercerita mengenai sms yang diterima menceritakan kemungkinan beberapa Adun Pakatan Haram di Selangor akan isytihar diri menjadi calon bebas. Jeng jeng jeng.. semakin menarik..
SMS dari rakan PKR
UNTUK SEBARAN SEGERA !TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.
Kemudian blogger RBF bagitahu maklumat yang dia perolehi tengah malam tadi 5 Adun Pakatan Haram di Selangor secara senyap-senyap membuat kunjungan mesra terhadap Perdana Menteri. Kenapa agaknya? Masakan 5 Adun ni saja nak ajak minum teh sambil makan colek bersama PM lepas terawikh di Masjid Putrajaya. Atau ada benda besar sedang dirundingi.
Menurut RBF juga sudah ada persetujuan di kalangan Adun-adun pakatan haram yang akan menjadi Adun Bebas ni untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Barisan Nasional di Selangor dengan kemungkinan besar Dato' Dr Hassan Ali akan dilantik menjadi Menteri Besar dan salah seorang daripada Adun BN sebagai Timbalan Menteri Besar.
Dato' Dr Hassan Ali bakal Menteri Besar Selangor ?
Walaupun apabila kerajaan campuran ini dibentuk BN mempunyai kerusi majoriti, namun pemilihan Dr Hassan Ali menunjukkan keikhlasan BN dalam bertolak ansur dan sebagai mengenang jasa beliau dalam menggerakkan perpaduan Islam di Selangor. Malah Hassan Ali juga dilihat sebagai tokoh paling layak kerana pengalaman luas beliau dan komitmen tugasnya sebelum ini.
Sama-samalah kita tunggu perkembangan seterusnya dalam masa terdekat ini. Aku percaya Anwar Ibrahim sedang bertungkus lumus sekarang ini untuk menyelamatkan kerajaannya tetapi semua orang tahu ia kini bagai telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja akan rebah.
Menyedari penentangan rakyat terhadap kerajaan Selangor turut berpunca daridapa kelemahan ketara Khalid Ibrahim, salah satu cara untuk Anwar memberi talian hayat kepada kerajaan Selangor adalah dengan memaksa Khalid Ibrahim berundur daripada kerusi MB dan digantikan dengan orang harapannya Azmin Ali.
Kalau dari dulu langkah ini diambil mungkin boleh redakan seketika kemarahan rakyat, tetapi sekarang semuanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur basi.
Apakah dalam masa terdekat ini Selangor akan mempunyai Menteri Besar baru atau kerajaan baru? Atau kedua-duanya?
.