SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

01 September 2009

Kepala lembu untuk Khalid Ibrahim, bukan hina sesiapa

Cekati Tembaga menulis..

Isu tunjuk perasaan mengarak kepala lembu selepas Solat jumaat minggu lepas menjadi semakin hangat diperdebatkan. Kenapa apabila kepala lembu diarak oleh penduduk Seksyen 23 menjadi isu besar sehingga mengundang perdebatan peringkat nasional?

Kenapa ahli-ahli politik pembangkang termasuk yang berbangsa Melayu juga berlumba-lumba membuat kenyataan mengkritik penggunaan kepala lembu berkenaan?

Memijak kepala lembu gambaran tidak syukuri rezeki nikmat Allah

Aku juga tidak setuju apabila ada penunjuk perasaan memijak-mijak kepala lembu itu kerana lembu itu adalah rezeki Allah kepada kita sebagai makanan. Memijak kepala lembu itu dengan sendirinya menunjukkan rasa tidak bersyukur dan penghinaan terhadap rezeki Allah.

Tetapi kepala-kepala pembangkang Melayu ini bukannya pertikaikan penghinaan terhadap rezeki Allah itu tetapi duk sibuk-sibuk membela agama lain dengan menuduh orang Islam melakukan penghinaan tersebut. Inilah dikatakan terlebih laju dari lajak.

Itu hanya kebetulan kepala lembu yang dibawa, kalau kepala kambing kira menghina agama mana pulak? Kalau kepala ayam ke kepala biawak ker macam mana pulak?

Aku tidak setuju apabila penduduk yang mengarak kepala lembu itu dituduh mahu menghina Hindu. Bukan mereka nak marah pada Hindu pun. Usahkan kuil Hindu, tempat-tempat ibadat agama lain pun akan mereka bantah apabila dibina di kawasan yang tidak sesuai seperti itu. Masakan kawasan yang hampir keseluruhan didiami orang Islam tiba-tiba mahu didirikan pusat ibadat agama lain. Di mana lojiknya.

Gambar hiasan - Tokong lebih tinggi dari pokok kelapa di Kelantan

Contohnya macam di Kelantan ni bersemarak dengan tokong-tokong Buddha yang dibina di kawasan masyarakat Siam itu. Orang Islam tidak bantah pun. Cuma bila tokong-tokong ni lebih besar dari masjid, biar Nik Aziz jawablah kenapa. Tapi jika tokong Buddha dibina di tengah bandar Kota Bharu yang mana sebahagian besar penduduknya Islam, bantahan serupa juga akan dibuat. Bukan sebab orang Islam nak hina agama orang lain.

Samalah halnya di Selangor, isunya adalah keputusan kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim yang tiba-tiba mahu bina pusat ibadat bukan Islam di situ. Alasan mereka bukan bina baru, tapi pindahkan kuil sedia ada di seksyen 19 ke situ. Nak pindah ke, nak bina baru ker sama saja.

Pokoknya di Seksyen 23 tu daripada tidak ada kuil akan jadi ada kuil. Kalau di Seksyen 23 tu kawasan orang Hindu, tiada siapa yang bantah, tapi yang jadi masalahnya sebahagian besar penduduk di situ orang Islam, jadi apa rasionalnya perlu ada kuil Hindu.

Umat Islam mesti pertahankan Islam

Aku percaya penduduk Seksyen 23 tu marahkan kepala kerajaan negeri mereka kerana tidak mengambil kira bantahan penduduk kawasan itu. Sebab tu mereka bawa kepala lembu, sebab orang yang dibantah adalah kepala kerajaan. Jadi tepatlah status kepala kerajaan negeri dengan kepala lembu tu.

Penduduk juga marahkan kepala parlimen Shah Alam di dewan rakyat, sebab bukan setakat tidak endahkan bantahan mereka malah mempersenda tanggungjawab dan bersikap lepas tangan. Ahli Perlimen Shah Alam bertanggungjawab membantu penduduk selesaikan masalah mereka, bukan memberi masalah kepada rakyat.

Penduduk Seksyen 23 mahukan suara mereka didengar

Kepala lembu itu berkait rapat dengan peribahasa Melayu yang umpamakan lembu dicucuk hidung sebagai pemimpin yang boleh dibeli dan mengikut telunjuk orang lain. Kenapa Khalid Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah Batu Tiga begitu cepat melenting? Apakah terasa kepala lembu tu ditujukan kepada mereka?

Cuba bandingkan apa yang berlaku baru-baru ini apabila kepala babi disangkut oleh pihak tidak bertanggungjawab di pagar orang Islam. Atau cuba bandingkan juga kepala babi dicampak dalam surau di UM. Siapa yang hina agama siapa?

Kenapa masa tu pemimpin politik seperti Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah Batu 3 tidak menyinga?

TAKE BEER! TAKE BEER!
.