SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

13 August 2009

Hina Raja Melayu tidak layak jadi rakyat Malaysia

Cekati Tembaga menulis..

Aku cukup tertarik dengan kenyataan S.S Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar golongan yang menghina Raja Melayu dilucutkan kerakyatan mereka. Beliau turut mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi Raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya beliau lagi, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara ini.

Perkara kedua Rukun Negara, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, menuntut setiap rakyat negara ini agar memupuk kesetiaan kepada Raja dan menghormati institusi ini sebagai payung negara tetapi golongan yang tidak tahu bersyukur ini bukan sahaja tidak setia kepada Raja malah menghina dan mengcerca Raja kita.

Apakah orang seperti ini wajar dibenarkan menjadi sebahagian daripada rakyat negara ini? Apakah orang seperti ini - tidak kira Cina atau India, mahupun Melayu sendiri - layak terus bernaung di bawah payung negara?

Apabila menjadi warganegara Malaysia, tidak kira kaum apa sekalipun, wajib taat kepada Raja kerana Institusi Beraja adalah sebahagian daripada negara.

Sejarah telah menyimpan ikatan persetujuan kaum pendatang Cina dan India diterima sebagai warganegara dengan memberikan mereka hak kerakyatan. Ianya adalah pengorbanan terbesar orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

Sebagai balasannya orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera, Raja-Raja Melayu menjadi raja kepada seluruh rakyat dan menaungi semua kaum. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara dan Agama Islam menjadi agama rasmi. Dan ikatan ini menjadi persefahaman yang diterima semua kaum.

Tapi hari ini ikatan ini kian longgar. ada orang bukan Melayu tidak lagi iktiraf melayu sebagai penduduk asal negara ini. Malah seperti Anwar Ibrahim sendiri menjadi kepala dalam usaha mensamaratakan hak semua kaum di negara ini. Tidak akan ada lagi keistimewaan sebagai Bumiputera, Islam tidak lagi diletakkan sebagai agama rasmi negara kerana semua agama disamaratakan.

Melayu hanya ada Tanah Melayu, kerana kita penduduk asal tanahair ini. Golongan pendatang masih ada negara asal nenek moyang mereka. Orang Cina masih ada negara China, orang India ada negara India. Tapi bagi orang melayu, inilah saja bumi yang ada dan Melayu akan pertahankan tanahairnya ini sampai kiamat.

Orang yang tidak berminat lagi menjadi warganegara Tanah Melayu ini, lekaslah kemas kain baju pulanglah ke negara nenek moyang mereka atau mana-mana negara yang kamu suka. Tanah Melayu tak perlukan mereka yang tidak setia.
.