SEJAK BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG, MOHD FAIRUS KHAIRUDDIN MELETAK JAWATAN SEBAGAI TKM DAN EXCO, KHABAR ANGIN AKAN BERLAKU PILIHANRAYA KECIL DI DUN PENANTI YANG DIWAKILINYA MULA BERTIUP KENCANG.
USAH KITA BUANG MASA BERFIKIR DAN MENGULAS KENAPA FAIRUS AKHIRNYA MELETAK JAWATAN SEBAGAI ADUN WALAUPUN PADA AWALNYA BERKERAS AKAN MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN TERSEBUT..
JUGA USAH KITA TERLALU MEMERAH OTAK MENCARI IDEA, APAKAH ADA ORANG LAIN DI BELAKANG KEPUTUSAN ITU ATAU SIAPAKAH YANG MENGARAHKAN BELIAU BERUNDUR.. KERANA KITA SEMUA DAH TAHU.
APA YANG MENJADI PERKARA PENTING UNTUK DIPERKATAKAN KINI ADALAH ADAKAH PERLU BN MENYERTAI PILIHANRAYA KECIL YANG BAKAL DIADAKAN NANTI?
PERKARA INI TIMBUL APABILA YAB PERDANA MENTERI MEMBAYANGKAN KEMUNGKINAN AKAN MENGKAJI SEJAUHMANA KEPERLUAN UNTUK BN TURUT SERTA BERTANDING DI PENANTI EKORAN PILIHANRAYA KECIL INI ADALAH SATU SANDIWARA TERBARU PKR.
TAMBAHAN PULA, SITUASI SEMASA EKONOMI YANG TIDAK MENYELERAKAN AKAN MENYEBABKAN KOS UNTUK MENGADAKAN SATU PILIHANRAYA KECIL TIDAK SEKECIL NAMANYA.
PELBAGAI PANDANGAN DIBERIKAN, ADA YANG MENYOKONG UNTUK BN TIDAK BERTANDING ATAS ALASAN TIDAK PERLU MENGIKUT RENTAK SANDIWARA PKR DAN ADA JUGA MEMBERIKAN ALASAN KOS YANG TINGGI.
ADA JUGA MEMBERI ALASAN SUDAH TERLALU BANYAK KALI PILIHANRAYA KECIL DALAM MASA TERDEKAT. PETUGAS PUN SUDAH KELETIHAN DAN MOTIVASI UNTUK BERTUGAS JUGA SEMAKIN BERKURANGAN.
SEKALI IMBAS ADA BENAR DAN BOLEH DITERIMA PANDANGAN SEBEGITU.
TETAPI BN TIDAK BOLEH LEMAH SEMANGAT. BERAPA KALI PILIHANRAYA KECIL PUN BILA DIADAKAN, ADALAH MENJADI KEWAJIPAN UNTUK BN SERTAI.
BERAPA BANYAK KOS PUN PERLU DIHABISKAN, BERAPA TERUK SITUASI EKONOMI SEMASA PUN, WALAUPUN TERNYATA PRK INI ADALAH EKORAN SANDIWARA PEMBANGKANG SEKALIPUN, BN SEKALI-KALI TIDAK HARUS MEMULAUKANNYA.
TIDAK PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH, BN TIDAK MENYERTAI MANA-MANA PILIHANRAYA. TIDAK PERNAH WUJUD KEMUNGKINAN BN MEMULAUKAN MANA-MANA KAWASAN.
KALAH MENANG PERKARA LAIN. INI SOAL MARUAH DAN NAMA BAIK BN. INI SOAL TRADISI MEMBELA RAKYAT YANG MENJADI WADAH BN SEJAK LAMA. MEMANG BN KALAH 2,219 UNDI TETAPI APAKAH BN AKAN KETEPIKAN 5,127 PENGUNDI YANG MENGUNDI BN.
SEKIRANYA BN TIDAK MENYERTAI PILIHANRAYA KECIL INI, APAKAH 5,127 PENGUNDI INI BERMAKNA TIDAK PENTING KEPADA BN? APAKAH MEREKA TIDAK AKAN BERKECIL HATI DAN MASIH AKAN TERUS MENYOKONG BN DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG?
DI KELANTAN ADA BEBERAPA KAWASAN YANG SEJAK MERDEKA SEHINGGA KINI, BN TIDAK PERNAH MENANG TETAPI SEHINGGA KINI BN KELANTAN TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA DAN TERUS BERTANDING. ADA KOMEN SINIS DI SATU DUA KAWASAN, SAMPAI KIAMAT PUN BN TAK AKAN MENANG TETAPI BN TIDAK PERNAH PUTUS ASA MENCUBA KERANA MENGHARGAI SOKONGAN SEBILANGAN PENGUNDI YANG MENYOKONG BN.
KITA JUGA TIDAK BOLEH TERLEPAS PANDANG TREND TARIKAN PENGUNDIAN SEMASA, EKORAN PILIHANRAYA KECIL DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU.
BETUL BN KALAH DALAM PILIHANRAYA BERKENAAN TAPI SEBAGAI CONTOH DI BUKIT GANTANG, SEBILANGAN BESAR PENGUNDI MELAYU MENYOKONG CALON BN. TREND YANG SAMA TIDAK MUSTAHIL BERLAKU DI PENANTI KERANA ORANG MELAYU CUKUP TERTINDAS DI BAWAH PEMERINTAHAN DAP SEKARANG.
ORANG MELAYU PULAU PINANG TIDAK PERNAH ASING DENGAN BN. MAJORITI YANG BESAR MASIH MENYOKONG BN, MALAH EKORAN BEBERAPA INSEDEN PENDERHAKAAN YANG BERLAKU DI PERAK TELAH MENYEMARAKKAN LAGI SOKONGAN ORANG MELAYU KEPADA BN.
DARIPADA 15,421 PENGUNDI DUN PENANTI, PENGUNDI MELAYU ADALAH SERAMAI 72.51%. BUKANKAH DALAM PILIHANRAYA UMUM 2004, BN MEMENANGI KAWASAN INI DENGAN 667 UNDI? MAKNANYA BUKAN TIDAK ADA HARAPAN UNTUK MENANG.
MALAH MELIHAT KEPADA TREND PENGUNDI MELAYU SEKARANG, TIDAK MUSTAHIL BN BOLEH MENCAPAI KEMENANGAN SEKIRANYA MELETAKKAN CALON YANG BOLEH MEMENANGI HATI SEMUA TERUTAMA ORANG MELAYU..
SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA KEPADA BN ADALAH UNTUK MEMILIH SIAPA CALON YANG PALING LAYAK DIPERTARUHKAN BERTANDING, BUKANNYA MEMILIH UNTUK TIDAK BERTANDING.
.