SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

07 February 2009

Penghinaan dan cabar maruah Sultan Perak - Najib

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin atau siapa sahaja daripada pakatan pembangkang hendak menyaman Sultan Perak sebagai satu penghinaan kepada Sultan Azlan Shah. Malah katanya, ia tidak wajar dilakukan sama sekali oleh sesiapa yang menyanjung tinggi sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.
.
''Keputusan yang dibuat oleh Tuanku berdasarkan pengamatan Tuanku bahawa ia menepati Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Jika sekiranya Mohammad Nizar dan pakatan pembangkang nak saman Tuanku, ia mempersoalkan maruah dan imej Tuanku sebagai raja pemerintah," katanya hari Jumaat.
.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nizar dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak kerana melantik ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Peak yang ke-11 ekoran berlakunya pergolakan politik di negeri Perak.
.
Sultan Azlan membuat keputusan tersebut kerana tiga ADUN kerajaan campuran sebelum ini iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rfakyat (PKR) dan ADUN Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong mengisytihar keluar parti amsing-masing dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
.
Malah ketiga-tiga mereka telah memberikan pengakuan menyokong kerajaan BN dan calon Menteri Besar yang dikemukakan oleh BN pada satu majlis mengadap Sultan Perak diadakan, Khamis lalu.
.
Menurut Najib, tindakan pembangkang tersebut jelas mempersoalkan maruah dan imej Sultan Azlan Shah sebagai raja pemerintah yang mempunyai hak membuat tafsiran dari segi perlembagaan berhubung kedudukan seseorang Menteri Besar. Ditanya perasaannya selepas kejayaan BN menguasai kerajaan negeri, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak menjelaskan, ia bukan merupakan satu kemenangan peribadi sebaliknya memberi peluang kepada BN untuk berkhidmat kepada rakyat negeri itu.
.
''Saya anggap ini bukan kemenangan peribadi tapi sebagai satu kemenangan kepada rakyat Perak untuk memulakan satu era baru demi masa depan mereka," katanya di Ipoh sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis angkat sumpah Dr. Zambry di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
.
Majlis angkat sumpah tersebut memperlihatkan sikap sebenar pembangkang apabila bukan sahaja mempertikaikan keputusan Sultan Perak, malah mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Masjid Ubudiah menyatakan protes mereka dengan membaling batu ke arah kenderaan yang lalu untuk ke Istana.
.
Banyak kenderaan orang-orang kenamaan termasuk kereta Raja DiHilir Perak mengalami kerosakan ekoran perbuatan melampau para penyokong pembangkang yang jelas mencabar keputusan Sultan Perak melantik Dr. Zambry menggantikan Nizar yang dititahkan meletakkan jawatan sesuai dengan Fasal XVI (6) kerana Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
.