Menteri Besar yang engkar arahan Sultan untuk meletak jawatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pergi ke pejabatn seperti biasa pagi ini dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum diarahkan keluar.
Nizar bersama barisan exconya tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup.
Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi pintu masih tidak dibuka.Nizar kemudiannya, keluar dari keretanya dan menemui pengawal di situ dan sejurus kemudiannya pintu pagar utama kelihatan dibuka.
Berikutan itu, Nizar dan kesemua exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu.Menteri besar kemudiannya menaiki lif ke pejabatnya dan diikuti dengan satu sidang akhbar di pejabatnya.
Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosong dan barang-barangnya telah diambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya.Beliau berkata, sepatutnya mereka menghormati kuasa menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat exco tanpa kebenaran Sultan.
.
"Saya meminta rakyat bertenang...," katanya dalam sidang selama kira-kira 10 minit itu.
.
Sidang akhbar Nizar diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.
Sidang akhbar Nizar diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.
Nizar juga enggan mengadakan pertemuan dengan Abdul Rahman dan kemudiannya beredar bersama yang lain ke kediaman rasminya di mana beliau dijangka mengadakan satu sidang akhbar.
Semua wartawan keluar dari bangunan itu.
Pada kira-kira jam 10.42 pagi, kelihatan kereta 'Menteri Besar' dan semua kenderaan 'exco' bergerak keluar dengan diringi oleh kereta polis.