SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

24 February 2009

Kebebasan beragama tidak bermakna boleh keluar Islam sesuka hati - Nazri

Walaupun ada pihak-pihak masih lagi mempertiakikan kebebasan sesorang untuk menganut agama khusunya dalam kes Lina Joy yang hendak keluar Islam, kerajaan hari Isnin memberikan penegasan sekali lagi tidak akan meminda Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan yang dibuat oleh Mahakamah Persekutuan dalam kes Azalina Jailani atau Lina Joy jelas menunjukkan bahawa seseorang Islam tidak boleh keluar dariapda agama Islam sesuka hati.

"Hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidaklah boleh ditafsirkan dengan begitu meluas sehingga meliputi hak kebebasan seseorang Islam untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa sesuka hatinya,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan tidak bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ekoran keputusan kes itu, katanay ketika menjawab soalan Zulkili Nordin (PKR-Kulim Bandar Bharu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari Isnin.

Dalam soalannya, Zulkifli bertanya sama ada kerajaan bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk untuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut agama Islam yang hendak tertakluk kepada undang-undang dan Syariat Islam).

Menurut Nazri, sekiranya kebebasan untuk menukar agama sesuka hati kepada umat Islam diberikan sudah pasti akan huru-hara keadaan umat Islam dan akan menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Menjelas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, Nazri berkata, Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
.