SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

13 February 2009

Bukit Gantang - Tiada lagi calon luar

Umno Perak tidak akan mengulangi kesilapannya dalam pilihanraya umum tahun lalu apabila meletakkan calon luar untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Kesilapan tersebut telah menyebabkan Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, telah kehilangan kerusi Parlimen tersebut yang merupakan kubu kuatnya selama ini.

Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Sarani Ismail mengakui bahawa faktor calon luar merupakan punca utama kelahanan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Oleh itu, katanya, pihaknya tidak akan berbuat demikian lagi dalam pilihanraya kecil kali ini.
.
"Kita juga mendapat kekuatan baru di bahagian Bukit Gantang kerana Umno diterajui muka baru - bukan sahaja ketua bahagian, tetapi juga Wanita dan Pemuda," katanya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Abdul Azim yang juga bendahari Umno, tewas dengan majoriti 1,566 undi kepada calon PAS, Roslan Shaharum. Beliau mendapat 18,499 undi manakala Roslan mendapat 20,015 undi.

Seorang calon bebas - M Morgan - turut bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya umum yang lalu. Morgan 872 undi.Calon luarPandangan beliau turut dikongsi oleh beberapa ketua Umno cawangan dalam bahagian Bukit Gantang.

Ketua Umno cawangan Matang Road, Yusof Awang berkata, pengundi Bukit Gantang tidak mahu calon luar yang "hanya berada pada hari-hari tertentu sahaja dan bukannya separuh masa" sebagaimana yang dikehendaki penduduk tempatan.

Menurut mereka, jika meletakkan calon sedemiian rupa, Barisan Nasional (BN) akan kalah sekali lagi dalam pilihanraya kecil parlimen tersebut.Menurutnya, BN perlu mengambil kira faktor tersebut yang menjadi salah satu sebab kekalahan calonnya, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi.

"Datuk Azim jarang balik ke kampung (Bukit Gantang)... tetapi orang kampung suka kalau beliau datang sendiri jumpa pengundi."Orang kampung tidak sama dengan orang bandar. Calon kena datang kalau penduduk buat kenduri kendara atau majlis-majlis lain," katanya.

Yusof berkata, beliau tidak tahu bagaimana Roslan boleh menang kerusi Parlimen Bukit Gantang Mac lalu kerana ia merupakan kerusi tradisional BN sejak sekian lama.

65% peluang menang

Bagaimanapun, katanya, ramai pengundi bercakap bahawa faktor Azim yang jarang balik ke Bukit Gantang, menjadi penyebab utama kekalahan tersebut.

Manakala ketua cawangan Umno cawangan Pengkalan Aur, Kamaruddin Ayub pula berkata, pengundi Bukit Gantang mahu calon tempatan kerana mereka lebih tahu masalah mereka.

"Ramai yang tidak mengundi Datuk Azim kerana beliau orang Batu Gajah, kerana mereka tidak mahu orang luar.

"Silap Umno bahagian juga yang mencalonkan beliau bertanding di Parlimen Bukit Gantang, walaupun penduduk menolaknya," katanya.

Kamaruddin berkata, berdasarkan cakap-cakap orang Bukit Gantang, peluang Umno menang ialah dalam lingkungan 65 peratus.

Katanya, pengundi menilai apa yang kerajaan Pakatan Rakyat lakukan sepanjang memerintah Perak selama 10 bulan.
.