SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

06 November 2008

Obama dipilih Presiden Amerika ke-44


WASHINGTON: Barack Obama dipilih sebagai Presiden baru Amerika Syarikat, sekaligus mencatat sejarah sebagai warga berkulit hitam Afrika-Amerika pertama menduduki Rumah Putih.

Dengan menempah kejayaan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberapa negeri yang menjadi medan persaingan yang berpihak kepadanya, Obama mendahului langkah ke Rumah Putih berbanding pesaingnya, John McCain daripada Republikan.

Anak kepada lelaki kulit hitam dari Kenya dengan emaknya dari Kansas, Obama meraih undi popular selepas ucapan yang dianggap amat baik di Dewan Konvensyen Demokratik pada 2004 bagi mendapatkan kerusi Senat.


McCain mengakui kalah, ucap tahniah kepada Obama

Calon Republikan, John McCain, menerima keputusan pengundi yang tidak memihak kepadanya dan mengucapkan tahniah atas kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Bercakap secara langsung yang disiarkan CNN sebentar tadi, McCain berkata beliau sudah menghubungi Obama dan mengucapkan tahniah dan syabas kepadanya.

"Saya berharap rakyat Amerika menerima presiden yang baru ini. Walaupun apa juga perbezaan antara saya dan Obama, demi Amerika kita menyokong demi kemajuan negara," katanya.


Obama janji melakukan perubahan Amerika

Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Barack Obama berjanji akan melakukan perubahan dalam ucapan sulung selepas menjadi warga berkulit hitam pertama berkuasa di Rumah Putih.

“Ia satu perjalanan yang jauh. Tapi malam ini, tiba harinya dalam pilihan raya saat yang bermakna, perubahan sudah tiba bagi Amerika," katanya di hadapan lebih 65000 orang penyokongnya di sini.

Beliau turut berterima kasih kepada pasukan kempennya, iaitu isteri, anak dan mendiang neneknya yang meninggal sehari sebelum pembuangan undi, semalam.

“Saya tidak pernah bayangkan untuk ke Rumah Putih. Kami tidak bermula dengan banyak wang atau cadangan.

"Kempen kami tidak bermula di Washington, ia bermula di lorong belakang di Des Moines, bilik tetamu atau ruang depan Charleston.”

- AP
..