SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 November 2008

Mesyuarat Tanah Merah, Pengkalan Chepa ditangguh


Persidangan perwakilan Umno Bahagian Tanah Merah dan Umno Pengkalan Chepa yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan. Persidangan Umno Bahagian Tanah Merah itu ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian ekoran masalah teknikal.

Ia berikutan dakwaan wujud ahli hantu pada pemilihan peringkat cawangan manakala persidangan Umno.

Bahagian Pengkalan Chepa turut ditangguhkan bagi memberi laluan untuk menyelesaikan mesyuarat di peringkat cawangan yang perlu diadakan semula, demikian menurut laporan Bernama.

Di Tanah Merah, keputusan itu disampaikan oleh peguam parti dari ibu pejabat Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengenai masalah teknikal ekoran ada pihak yang menyerahkan satu permohonan mahkamah menghalang 32 perwakilan daripada menyertai persidangan bahagian itu kerana didakwa tidak layak menyertai mesyuarat kerana gagal menjelaskan yuran tahunan sebelum 31 Disember lalu.

Manakala Utusan melaporkan mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan atas arahan Ibu Pejabat Umno. Ini ekoran seorang ahli jawatankuasanya, Abdul Rahman Ibrahim mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu kelmarin bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz bersidang.

Ikmal Hisham sepatutnya diumumkan sebagai ketua bahagian yang baru hari ini setelah menang tanpa bertanding.Lantik peguamMereka didakwa tidak membuat pembayaran yuran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Sementara itu Hasfanizam berkata, keputusan menangguhkan mesyuarat bahagian itu dibuat setelah beliau merujuk kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, berdasarkan permohonan yang difailkan seorang AJK Umno Bahagian Tanah Merah, Ab Rahman Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kota Bharu 6 November lalu itu, 32 ahli Umno terbabit dilarang menggunakan hak mereka daripada bercakap, mengundi, dan memilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu sehingga kes mahkamah diselesaikan.

Perintah itu akan dikuatkuasakan sehingga 20 November akan datang apabila 32 ahli itu diberi hak untuk melantik peguam masing-masing, katanya semasa memberi penjelasan mengenai penangguhan itu.

"Dan setelah melihat perintah mahkamah ini dan bercakap dengan timbalan presiden, setiausaha agung Umno dan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, saya telah beri nasihat dan atas nasihat itu mereka arahkan saya supaya meminta persidangan ini ditangguhkan kerana perintah mahkamah ini ada permohonan iaitu sekiranya 32 anggota ini ambil bahagian, maka mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.

"Jadi untuk pastikan ketelusan dan memastikan persidangan perwakilan bahagian ini tidak tercemar dengan tindakan mahkamah yang telah diambil, adalah lebih baik mesyuarat ini ditangguhkan sehingga kes ini selesai," katanya.

Katanya, Tengku Adnan juga memaklumkan kes itu akan dirujuk kepada ibu pejabat Umno dan juga akan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Umno Malaysia yang akan diadakan Rabu ini.

Antara ahli Umno bahagian Tanah Merah yang terlibat dengan perintah itu ialah Ketua bahagian yang menang tanpa bertanding, Ikmal Hisyam Abdul Aziz, ahli jawatankuasa Umno bahagian, Ali Akbar Mayim, Bakri@Mohd Bakri Mustafa, Yahya Mustapha dan Rasdi Mohamad.

Ada di antara mereka yang akan bertanding pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah itu yang sepatutnya berlangsung pukul 9 pagi hanya bermula jam 10.10 pagi, dan sedikit tegang dipercayai disebabkan tindakan pihak yang mendapatkan perintah mahkamah cuba menyerahkan perintah injuksi kepada 32 anggota terbabit.

Umno Pengkalan Chepa Bagaimanapun, mesyuarat itu ditangguhkan kira-kira 40 minit kemudian sebaik ucapan perasmian oleh naib ketua Umno Bahagian Zakaria Hamad, selesai, apabila pengerusi tetap sementara, Ali Akbar Mayim mengumumkan mesyuarat yang dipantau Umno bahagian Rantau Panjang itu disambung semula pada jam 1 tengahari untuk mendengar penjelasan Hasfanizam.

Mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu selesai diadakan semalam.

Di Pengkalan Chepa, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar berkata pihaknya akur dengan keputusan ibu pejabat Umno yang mengarahkan bahagian itu mengadakan semula mesyuarat peringkat cawangan berikutan adanya bantahan.

"Kita akur dengan keputusan itu dan malam ini kita akan adakan taklimat kepada ketua cawangan mengenai mesyuarat itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Umno Bahagian Pengkalan Chepa mempunyai 107 cawangan dan dijangkakan mesyuarat cawangan akan selesai dalam tempoh tiga hari yang akan diurus oleh Badan Perhubungan Umno Kelantan dan dipantau wakil dari Ibu pejabat Umno.

"Kita akan mengadakan mesyuarat cawangan pada waktu malam selain pada masa ini berikutan musim cuti sekolah ramai perwakilan yang ada," katanya.