SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

17 October 2008

Lagi pencalonan untuk Mukhriz, Khairy

4.10 pm Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-42 hari ini dari bahagian Pendang. Khairy Jamaluddin pula mendapat pencalonan ke-22 dari bahagian Rantau Panjang.

3.55 pm Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-14 hari ini dari bahagian Kemaman petang ini.

Bahagian tersebut turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

Reezal juga mendapat pencalonan dari Rantau Panjang dan Pendang. Beliau kini mendapat 34 pencalonan.

Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan jawatan ketua Pemuda Umno apabila mendapat satu pencalonan dari bahagian Merbok semalam.

Berikutan itu, kini pencalonan yang diperolehi oleh exco pergerakan Pemuda Umno itu meningkatkan kepada 41 pencalonan.

Pencabar utamanya, Khairy Jamaluddin juga kini di tempat kedua, turut mendapat dua lagi pencalonan malam tadi - menjadi 22 setakat ini.

Mukhriz pencalonan daripada Pemuda Merbok manakala Khairy dicalonkan oleh bahagian Sekijang dan Rantau Panjang

Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo turut mendapat satu lagi pencalonan dari Petaling Jaya Selatan. Dengan itu, beliau kini memperolehi 13 pencalonan untuk menduduk tempat ketiga.

Seorang lagi calon iaitu timbalan ketua perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, kekal dengan satu pencalonan.

Bagi jawatan naib ketua Pemuda, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului kedudukan dengan mendapat 38 pencalonan.11 mesyuarat hari iniSemalam beliau mendapat dua lagi pencalonan dari Pemuda bahagian Merbok dan Sekijang.

Manakala Datuk Reezal Merican Naina Merican pula sebelum ini mendapat pencalonan dari Pemuda Petaling Jaya Selatan dan Pendang.

Empat lagi calon jawatan naib ketua Pemuda Umno ialah Bahrul Razha Chuprat, Faisal Abdullah, Marzuki Yahya dan Megat Firdaus Megat Junid.

Bahrul Razha mendapat dua pencalonan dari Kota Kinabalu dan Sepanggar, Faizal satu pencalonan dari Machang, Marzuki satu pencalonan dari Bagan dan Megat Fidaus satu pencalonan dari Gombak.

Sebanyak 11 bahagian Pemuda akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing hari ini.

Bahagian-bahagian berkenaan ialah Kubang Kerian, Kuala Nerus, Kemaman, Kuala Kedah, Pendang, Ledang, Batu Pahat, Sembrong, Putatan, Padang Terap, Tanjong Malim dan Selayang.

Mukhriz dijangka bakal mendapat tambahan pencalonan dari tiga bahagian Pemuda di Kedah iaitu Kuala Kedah, Pendang dan Padang Terap.

Khairy pula dijangka mendapat pencalonan tambahan dari Pemuda Perak iaitu Tanjong Malim, manakala Dr Mohd Khir dari Selayang.
.