SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 August 2008

Jangan diuji ‘ amuk’ Melayu – Zahid

Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Malaysia dan cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim membuka ruang bagi kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM terus mencetuskan gelombang kemarahan masyarakat Melayu negara ini.

Khamis bertempat di Dewan Intekma UITM Shah Alam lebih 500 pelajar ahli GPMS cawangan UITM Shah Alam mendengar ucapan panas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada majlis perasmian Himpunan Pelajar Melayu Merdeka anjuran GPMS.

Mereka disertai Timbalan Naib Canselor UITM Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Timbalan Pengerusi Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) Datuk Abdul Rahman Palil.

Zahid dengan tegas memberi amaran agar tidak menguji 'amuk' orang Melayu, jangan soal kedudukan agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.

"Hentikanlah mempertikaikan hal itu, samada ianya dari orang Melayu sendiri ataupun bangsa lain kerana dua perkara itu kita tidak boleh kompromi," katanya.

Menurutnya, apabila orang Melayu disentuh tentang soal Islam, ianya telah menyentuh hati nurani orang Melayu kerana orang Melayu itu Islam dan Islam itu adalah Melayu di Malaysia."

Kata Zahid, "keharmonian harus diwujudkan, kesefahaman yang ada dalam politik, sosial dan pendidikan, ianya harus diterjemahkan dengan baik dan saya harap hentikanlah kerana orang Melayu tidak mahu menggunakan istilah 'amuk' semula sebagai termaktub dalam kamus Oxford dan kamus-kamus yang lain."

Semasa ditanya wartawan di luar dewan mengenai isu-isu tersebut dibangkitkan kerana kelemahan pemimpin Melayu, Zahid menafikannya tetapi menganggap ada pihak yang mencari ruang kosong untuk menikam orang Melayu dari belakang.

"Saya tidak mahu ada pemimpin Melayu digunakan oleh orang lain untuk menikam bangsanya sendiri, ini harus ada kesedaran daripada kita (orang Melayu)", tegasnya.

Mengulas kebangkitan orang Melayu ekoran isu-isu terkini, Zahid menyeru semua pihak tanpa mengira batasan politik Melayu Islam tetapi semua NGO dan institusi Melayu Islam harus bersatu sebab maruah serta status mereka telah disentuh samada dikalangan orang Melayu atau bukan Melayu.

"Kita harus pertahankan, tidak ada kompromi," tambahnya.

Dalam isu UITM, Zahid lebih suka Menteri Besar Selangor itu tidak minta maaf kerana pemimpin itu harus bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan.

Menurutnya, Khalid menyalahkan media dalam perkara ini tanpa beliau sedar bahawa sebagai pemimpin apa yang terlontar dari mulutnya adalah pertanggungjawapannya dan jangan salahkan media.

Kata Zahid, "kita tidak mahu menafikan hak bangsa dan kaum lain, itu juga hak yang termaktub dan kita tidak mahu menyentuhnya, bagaimana kita tidak mahu orang menyentuh hak kita."

Di awal ucapan Zahid memetik ungkapan mantan Presiden MIC merangkap Menteri Kerjaraya Pos dan Telekom mendiang Tun VT. Sambathan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 "… Saya bernasib baik dilahirkan di negara ini, dimanakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain dari bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapatkan layanan politik yang baik untuk kaum pendatang, di manakah dalam sejarah dunia…"

Zahid meminta semua pihak merenungi ungkapan itu yang merupakan mukkadimah untuk memperlihatkan betapa pemimpin-pemimpin bangsa lain yang pernah menjadi tonggak kemerdekaan Malaya ketika itu kepada Persekutuan Tanah Melayu dan mencatatkan dalam sejarahnya bahawa bangsa Melayu adalah bangsa induk yang bersopan santun dan menerima bangsa lain untuk jadi warga negara Malaysia.

"Saya tidak faham, kalau pemimpin bangsa lain boleh menghargai bangsa Melayu tapi mutakhir ini ada pemimpin bangsa Melayu yang menjolok 'sarang tebuan' kepada orang Melayunya sendiri," katanya.

Menurut Zahid, UITM telah diwujudkan kerana mahu memartabatkan Melayu dan atas sebab Melayu tertinggal maka kewujudannya telah dapat menyamatarafkan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain di negara ini.

Dengan mendapat tepukan gemuruh dan bersemangat dari para pelajar, Zahid menegaskan,"ini adalah soal maruah kita…ini bukan soal keistimewaan yang ada dalam perlembagaan, ini hak kita tanpa kita mengenepikan hak bangsa atau warga negara lain…ini hak kita, jangan sesiapa yang cuba menganggu-gugat Perkara 121 dan Perkara 153 dalam perlembagaan."

"Saya lihat pertama kali dalam sejarah politik tanahair semua pemimpin di dalam kepelbagaian parti politik dan NGO bersatu padu atas nama agama dan bangsa kerana kita tidak mahu ada orang lain mempertikaikan hak kita yang telah dipersetujui sebagaimana telah disebut oleh Tun Sambathan dan pemimpin-pemimpin lain, mereka ini pemimpin yang bertopengkan kekucing kurapan yang tidak pernah tahu sejarah," katanya.

Katanya,"kalau bukan bangsa Melayu yang jadi pemimpin jangan harap pemimpin-pemimpin itu, pertubuhan NGO itu menjadi profesional sebagai peguam. Kalau bukan kerana sopan santun orang Melayu, jangan harap ada peluang pendidikan diberikan pada mereka, jangan harap ada peluang ekonomi pada mereka… atas nama orang Melayulah mereka dimakmurkan dan diberikan kuasa politikdi negara ini. Tapi jangan, apabila betis telah diberi ianya sudah mula naik ke paha."

"UITM tidak ada agenda tersembunyi, ianya telah menterjemahkan apa yang tersirat dan tersurat untuk orang Melayu tanpa UITM tidak ada ramai professional Melayu yang akan menggerakkan dan memperkasakan ekonomi di Malaysia ini, hanya UITM menjadi wadah utama untuk memprofesionalkan orang Melayu di negara kita ini," katanya.

Beliau seterusnya mahu orang Melayu melihat bahawa terdapat duri dalam daging yang perlu dicabut kerana telah membusukkan orang Melayu.

"Jangan ajak orang Melayu mengamuk dan jangan ajar orang Melayu seperti 'Harimau yang makan daging', jangan sesiapa yang cuba menjolok sarang tebuan dan jangan sesiapa yang cuba bermain api dengan bangsa Melayu. Dan 'amuk' ini ada dalam darah orang Melayu tanpa diminta oleh sesiapa pun. Melayu akan mengamuk bukan dengan tidak ada emosi dan tidak ada inti intelektual tetapi itu sifat orang Melayu," kata Zahid.

"Jangan suruh orang Melayu mengamuk kerana apabila haknya dicabar, apabila maruahnya digadai maka orang Melayu akan menterjemahkan 'amuk' itu dalam makna yang sebenarnya. Saya harap bukan sekadar 5000 orang pelajar UITM berarak, saya mahu 200 ribu siswa dan siswi UITM agar bangun dan memperlihatkan pada mereka bahawa kita tidak boleh diperkotak-katikkan. Jiwa saya adalah jiwa Melayu yang tidak boleh dirobak-rabikkan semangatnya." ujarnya.

Sebelum Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya mengakui bahawa GPMS adalah badan milik Melayu yang memperjuangkan pendidikan anak-anak Melayu.

Beliau menegaskan tindakan sesetengah pihak yang menyentuh hak-hak orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan telah menimbulkan keresahan orang Melayu dan membangkitkan suasana 'marah' yang boleh meletuskan keadaan tidak tenteram dalam negara.

Reezal memberitahu para pelajar bahawa ketokohan Zahid perlu dicontohi kerana berani tampil ke depan dalam membela dan menyuarakan rasa resah gelisah orang Melayu dan Islam apabila perkara-perkara seumpama itu disentuh.

Reezal berkata, "dalam soal pendidikan dan martabat darjat orang Melayu, kepentingan orang Melayu dan hak-hak tertentu yang termaktub dalam perlembagaan, jangan sentuh…iktiraf ini bumi Melayu, iktiraf hak orang Islam dan iktiraf bahawa hak orang Melayu oleh bukan satu tapi semua kaum di negara ini".

"Semua kaum kena bersatu, tetapi pengiktirafan telah diberi dahulu bahawa ini bumi Melayu, fitrahnya ini tanah Melayu, penduduk yang ramai di sini komposisinya orang Melayu, hak keistimewaan orang Melayu telah dijanjikan termaktub serta dipersetujui, soal hak agama Islam dan keistimewaan akta-akta tertentu telah diputuskan dan jangan lagi disentuh, jangan diungkit-ungkit dan jangan dibuat atas nama apa jua pun ikon termasuk ikon akademik, kita tidak boleh terima kerana ianya mengundangkan perasaan yang cukup-cukup resah dikalangan orang Melayu." ujarnya.

.