SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

30 December 2012

Isu Amanat - Hadi Awang minta 1 jam dalam RTM

Cekati Tembaga menulis..

Setelah sekian lama menyepi diri sejak muncul kembali isu "Amanat Haji Hadi",  Presiden PAS Abdul Hadi Awang muncul di muka depan Sinar Harian Edisi Kelantan dengan memberi syarat untuk muncul di RTM secara langsung selama sejam untuk "memberi penjelasan" berhubung isu amanatnya yang diselar oleh para ilmuan Islam itu.

Itu syarat yang diberi bagi dirinya menjelaskan kepada umum kenapa dia mengeluarkan amanat itu.

Isu amanat Haji Hadi timbul kembali seperti biasa setiap kali menjelang pilihanraya sama ada umum atau pilihanraya kecil. 

Amanat ini jelas sekali propaganda yang Hadi Awang dan ia telah mengakibatkan berlaku pelbagai perpecahan dalam masyarakat. Usahkan perbalahan penyokong parti, lebih teruk apabila melibatkan soal agama seperti sembahyang 2 imam, sembelihan tidak sah, tidak boleh menjadi wali dan sebagainya.

Sebab itu Majlis Agama Islam Kelantan sendiri khabarnya pernah mengadakan muzakarah dengan ulama-ulama besar di Kelantan dan bersepakat menolak amanat itu. Tapi hal ini sengaja PAS sembunyikan takut-takut rakyat tahu. Cekati Tembaga pernah mengemukakan salinan surat MAIK berhubung perkara ini. 



Berbicara soal syarat Hadi Awang untuk muncul sejam secara langsung di RTM, Cekati Tembaga merasakan tidak ada masalah cuma mesti ada formatnya. Tak kanlah nak bagi Hadi Awang merapu sejam  dalam TV macam dia ceramah ke penyokong PAS.

Formatnya perlu dihalusi sama ada seperti forum atau soal jawab oleh ilmuan agama dari JAKIM atau pun Mufti. Baru la tak jadi ceramah.

Lepas ni jangan si Ngeh Khoo Ham, Cina DAP yang dikaitkan dengan skandal tanah rakyat Kelantan seluas lebih 10,000 ekar tu minta nak buat penjelasan di TV juga sudah la !!!

26 December 2012

Skandal tanah di Gua Musang - MSO kritik S/U Akhbar ambil tugas Nik Aziz

Cekati Tembaga menulis...

Nampaknya isu skandal tanah 4,200 hektar di Relai, Gua Musang semakin panas. Walaupun PAS cuba memberi jawapan melalui huraian panjang lebar Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar Nik Aziz, namun ianya tidak cukup menggabus persoalan yang ditimbulkan kerana isu ini ternyata tidak "semakan" dengan jawapan yang diberi S/U Akhbar Nik Aziz itu.

Blogger tersohor PAS Mohd Sayuti Omar pun turut mempersoalkan kewajaran Fadhli Shaari yang menjawab isu ini kerana dia hanya seorang Setiausaha Akhbar Menteri Besar yang MSO sendiri kata tugasnya "menggunting surat khabar" (rujuk sini)

Cubaan Fadhli Shaari yang cuba mengaitkan surat sokongan YB. Datuk Dr. Awang Adek dengan kelulusan yang diberi kepada syarikat Cina DAP itu disifatkan MSO sebagai "Ngor", Cekati Tembaga tak berapa jelas maksud Ngor tu tapi mungkin membawa maksud Ngok atau babuk.

Cekati Tembaga tidak mahu mengulas panjang kerana sudah persoalkan perkara ini sebelum ini. Boleh lihat di sini.

Berikut tulisan MSO berhubung perkara ini



Sesiapa sokong bukan Islam guna kalimah Allah adalah Syirik - Dato' Dr Haron Din'

Cekati Tembaga bawakan rakaman pandangan Prof Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS berhubung polemik penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. 

Mintak manusia seperti Anwar Ibrahim dengar molek benda ni. Nik Aziz pun jangan malu dengar sokmo rakaman ni



Kalimah Allah -Guan Eng nak selamatkan Nik Aziz dan Ngeh

Cekati Tembaga menulis...

Paparan di bawah adalah kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng, sahabat baik Nik Aziz berhubung penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam sedangkan larangannya sudah diputuskan oleh mahkamah.

Cina Godfather Junior DAP ni sengaja menimbulkan kembali isu kalimah Allah ini bagi mengalih pandangan umum terhadap skandal tanah yang melibatkan 2 ekor lagi Cina DAP Perak dengan PAS Kelantan berhubung pemilikan tanah seluas lebih 10,000 ekar di Gua Musang.

Barangkali bila melihat muka Nik Aziz pucat lesi dan 2 ekor Cina sepupu itu terkulat-kulat nak menepis penglibat mereka, Guan Eng sebagai godfather junior dalam DAP perlu memainkan peranannya dengan cuba mencungkil  sensitiviti orang Melayu dan isu kalimah Allah dilihat sesuai dengan ketika penganut Kristian merayakan hari besar mereka.

Guan Eng menggunakan sambutan krismas untuk menggesa kerajaan Malaysia membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. lihat kenyataan Cina Melaka ni di sini.

Kan bangang punya gesaan, di saat Pas mengiktiraf Lim Guan Eng umpama Khalifah Umar Abdul Aziz tiba-tiba dia mencetuskan polemik agama dan mengundang kemarahan umat Islam. 

Tapi apakan daya kalau tak buat begitu, Cina 2 ekor di Perak tu dah kian lemas dengan skandal tanah dan Nik Aziz sendiri pun semakin gelisah, nak tak nak dia berharap isu kalimah Allah ini akan mengalihkan pandangan orang Melayu khasnya di Kelantan terhadap isu skandal 10,000 ekar tanah itu.

Walaubagaimana pun meskipun kita tahu ia hanya helah mengalih perhatian tetapi ini menunjukkan kepada kita belang sebenar DAP semakin keluar, ini dalam keadaan tidak berkuasa di Pusat pun dengan bongkaknya menggesa hak umat Islam ini dirampas. 

Bagaimana kalau ianya ditimbulkan bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, dengan segala rahsia dalam kain Anwar ada pada DAP, dengan senang gesaan mereka akan dilayan mesra.

Usah kita membazir masa mengharapkan Nik Aziz akan menempelak Guan Eng kerana Nik Aziz tahu PAS perlukan DAP lebih daripada DAP perlukan PAS!!



4,200 ekar tanah kepada Upayapadu Plantation - Kenapa Nik Aziz tidak jawab sendiri ?


Cekati Tembaga menulis..

Dalam pada kita di Kelantan sibuk menghadapi musim tengkujuh, suasana politik  negeri ini tidak pernah sejuk dengan persekitaran yang dingin. 

Biarpun 3 4 hari kebelakangan hujan turun dengan lebatnya sehingga menyebabkan berlaku banjir di beberapa kawasan di negeri ini, namun isu 4,210.4 hektar atau 10,526 ekar tanah di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang, yang khabarnya menjadi korban strategi politik tetap hangat. 

Soal tanah bukan soal kecil kerana ia adalah maruah rakyat Kelantan. Sebab ini adalah tanah negeri, bukan tanah Nik Aziz yang dia boleh perintah sesuka hati. Tanah negeri adalah hasil kepada negeri dan ia dimiliki oleh seluruh rakyat Kelantan.

Umum mengetahui yang tanah rizab itu dianugerahkan kepada Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang mana Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming, 2 Cina DAP menjadi Pengarahnya. (dianugerahkan itu tidak bermakna bagi free tapi tidak dijelaskan jumlah transaksinya mana la rakyat tahu berapa ringgit harganya)

Lebih menarik ianya dikaitkan dengan isu tawar menawar pelantikan jawatan Menteri Besar Perak yang menyaksikan Si Nizar anak butir PAS berjaya menjadi MB Perak biarpun PAS hanya memiliki 6 kerusi berbanding DAP yang sepatutnya lebih layak kerana mengusai lebih banyak kerusi.

DAP dan PAS menemui jalan buntu kerana gagal meyakinkan masyarakat umum betapa urusniaga tanah tersebut adalah suci sesucinya. Nik Aziz sendiri pun tidak berani memberi kenyataan media, sekadar menyerahkan kepada setiausaha akhbarnya yang baru berumur awal 30an untuk mendada dalam isu ini. 

Bukan susah untuk diagak, kerana jika gagal memberi penjelasan sewajarnya dalam perkara ini, Nik Aziz akan dilihat seorang yang gagal mempertahankan harta negeri ini (walaupun banyak yang sudah dijual sepanjang pemerintahan Nik Aziz), dan jika kegagalan ini kerana penjelasan dibuat oleh anak buah yang hanya berumur awal 30an, alasan yang akan diguna kelak adalah pegawai Nik Aziz masih baru dan belum cukup pengalaman.

Isu tanah ini adalah isu besar yang perlu dijawab sendiri oleh Nik Aziz kalau benar dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kecualilah kalau dia bimbang tidak akan mampu menjawab soalan wartawan. Takut sangat soalan wartawan, soalan mungkar nangkir dalam kubur lagi patut dia takut!

Ataupun jika kita menerima hakikat memang Nik Aziz tidak mampu menjawab, sekurang-kurangnya ia perlu dijelaskan oleh seorang Exco kanan, yang bertanggungjawab dalam urusan tanah tetapi dia juga berdiam diri? Macam semua nak berlepas diri.

Nampaknya Setiausaha Akhbar Nik Aziz yang ikut suruh ni terpaksa menjadi pak pandir dalam hal ini. 

Semakin tua pemerintahan Nik Aziz, semakin banyak kemungkaran !!!