Cekati Tembaga tertarik dengan penulisan YB Zulkifli Nordin (The Riding MP) berhubung isu Nik Aziz menyambut Birthdaynya di rumah Karpal Singh (over my dead body). Sama-sama ikutinya di bawah ini.
(Datuk Nik Aziz memotong kek sempena menyambut hari lahirnya ke 82 
dirumah Karpal Singh dihari kaum kristian memenuhi gereja di hari Ahad 
sewaktu perayaan Taipusam oleh kaum hindu!)
Salam 2 all.
Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis daripada Saidina Ali karamallah huwajhah, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu:
"Nanti akan datang kepada manusia dalam waktu yang terdekat, suatu 
zaman dimana Islam tidak tinggal kecuali namanya sahaja, dan tidak 
tinggal pada Al Quran kecuali huruf dan tulisannnya sahaja. 
Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.
Ulama' mereka adalah sejahat-jahat 
makhluk yang ada dibawah langit ini. Daripada mereka datangnya fitnah, 
dan kepada mereka kembalinya fitnah itu!".
Rasulullah saw telah memberikan kita suatu gambaran dimana akan datang 
nanti satu masa, satu zaman dimana manusia yang paling buruk akhlak, 
yang paling rosak perangainya, yang menjadi punca dan penyebar fitnah 
ialah ulama'! Merekalah yang menjadi punca fitnah dan kekeliruan umat 
manusia termasuk Islam. Dan mereka kelak nanti akan ditimpa fitnah yang 
sama!
Semasa timbul isu kerajaan cauvinis biaDap Pulau Pinang berura-ura mahu 
membatalkan perarakan sambutan maulidurrosul peringkat negeri Pulau 
Pinang sekitar awal 2008, iaitu selepas PRU 12 yang menyaksikan Guaneng 
diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, umat Melayu-Islam bangkit 
menyatakan kemarahan dan bantahan mereka.
Isu itu mendapat liputan meluas media. Kemarahan umat Melayu-Islam 
terhadap sikap yang dilihat sebagai anti-Islam kaum cauvinis biaDap 
makin meluap-luap.
Dalam keadaan itu, Datuk Nik Aziz, selaku Mursyidul Am PAS, rakan 
sekongkol parti cauvinis DAP membuat suatu kenyataan pada 28 Mac 2008 
(bersamaan dengan Jumaat 20 Rabi'ul Awal 1429 iaitu bulan sambutan 
Maulidurrosul) dalam satu kuliah di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. 
Untuk lebih jelas, mike boleh klik sendiri rakaman kenyataan tersebut yang teman muat-turun diatas.
Secara verbatim, Datuk Nik Aziz menyatakan saperti berikut:
"Rasulullah adalah jawatan yang dilantik oleh ALLAH. ALLAH Ta'ala 
sendiri tengok, dalam ribu-ribu juta entah trillion manusia ni ada 
seorang atas dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah saw. Beliau telah 
dilantik jadi Nabi bila umor dia 40 tahun. Waktu dia beranak, jadi 40 
tahun belum dia jadi Nabi ni dia beranak, bonda dia pun tak tahu anak dia akan jadi Nabi.
Jadi kita ni dok sambut maulid Nabi maulid Nabi ni kerja tak sudah!
Kalau Nabi Muhammad ni waktu dia beranak
 tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Kampung kita ada Muhammad, ada Mat, 
orang Melayu ada panggil Mat. Mat anak kita, Mat budak kampung kita 
dengan Muhammad Bin Abdullah di tanah 'arab tu waktu dia beranak serupa 
je.
Yang jadi masalah yang jadi kita terikat rapat ni setelah 40 tahun 
kemudian, bila beliau menjadi Nabi dengan turunnya ayat "iqro' 
bismirobbikallazikholak" sampai 30 juzu', dalam masa 23 tahun Quran tu 
dibagi-bagi diagih-agih, tika tulah, sejak tu lah hubungkait kita dengan
 dia! " (na'uzubillah minzalik).
Ringkasnya kalau ikut kata Datuk Nik Aziz diatas, kita tidak perlu 
sambut Maulid Nabi! Kerana kelahiran Nabi Muhammad dengan Mat kampung 
kita sama sahaja sewaktu dia beranak! Malah ada puak yang lebih ekstrim 
menyatakan menyambut dan memperingati harijadi Nabi saw ini adalah suatu
 bida'ah, suatu amalan yang meniru kristian, na'zubillah minzalik!
Benarkah kelahiran Nabi Muhammad saw dengan Mat kampung kita tu sama sahaja? Jom kita perhatikan sirah kelahiran Rasulullah saw.
1. Betul-betul sebelum sebelum kelahiran Nabi saw, terjadi peristiwa 
tentera bergajah Abrahah daripada Yemen menyerang bumi Makkah untuk 
meruntuhkan Ka'bah. Tentera ini dimusnahkan saperti api memakan daun 
kering dan dikisahkan oleh ALLAH didalam Surah Al-Fiil. Tahun itu adalah
 tahun kelahiran Nabi saw, dan dipanggil Tahun Gajah;
2. Di pagi kelahiran Rasulullah saw, suatu bintang yang terang muncul 
menerangi alam sehingga diriwayatkan ianya saperti terang matahari 
diwaktu siang. Kemunculan bintang terang itu tercatat dalam kitab 
terdahulu sebagai tanda kelahiran Nabi akhir zaman yang mereka 
nanti-nantikan. Diriwayatkan bagaimana kaum Yahudi di Yathrib meraikan 
kemunculan bintang itu dengan menceritakan kepada penduduk Yathrib kaum 
Auz dan Khazraj bahawa itu tanda Nabi yang mereka tunggu sudah 
dilahirkan. Sebab itulah kaum Auz & Khazraj mudah menerima kenabian 
Rasulullah saw apabila Baginda membawa risalah Islam;
3. Diwaktu subuh kelahiran Nabi saw, empat belas lingkungan gerbang 
istana Kisra telah bergegar dan retak, api yang disembah oleh kaum 
majusi begitu lama terpadam dan gereja-gereja sekitar Bahirah Sawah 
telah runtuh setelah ia mendap kebumi.
4. Sewaktu Nabi mencapai umur sekitar 6 tahun, Baginda dibawa bapa 
saudaranya oleh Abu Tolib dalam misi perdagangan, dan sewaktu singgah di
 Buhara, seorang pendita Yahudi mengecam Raulullah dengan tanda-tanda 
kenabian ditubuh Rasulullah saw;
5. Antara tanda kenabian Rasulullah sejak bayi lagi ialah apabila 
keluarga Halimatussa'adiah yang menyusukan Nabi dapat melihat mukjizat 
Baginda dengan ternakan mereka yang kurus menjadi gemuk dan mengeluarkan
 susu yang banyak.
Sebenarnya kita boleh bariskan senarai yang panjang untuk membuktikan 
bahawa kelahiran Rasulullah saw sehinggalah Baginda mencapai umur 40 
tahun tidak sama macam Mat-Mat kampung kita saperti kata Datuk Nik Aziz.
 Malah kelahiran Baginda penuh dengan rahmat dan keberkatan diiringi 
dengan mukjizat yang membuktikan tanda-tanda kenabian Baginda!
Ringkasnya, pada teman kenyataan Datuk Nik Aziz didalam videoklip diatas
 jelas telah menimbulkan fitnah keatas hari kelahiran Rasulullah saw. 
Fitnah kerana kelahiran Nabi saw disamatarafkan dengan kelahiran Mat-Mat
 kampung.
Sehingga ada pengikut yang taksub dan fanatik mengiyakan kenyataan 
tersebut, malah sehingga menyokong dan mempertahankan ura-ura tindakan 
kerajaan cauvinis rasis Pulau Pinang untuk melarang perarakan sambutan 
sempena memperingati hari kelahiran Nabi saw. Sambutan Mauliddur Rosul 
menerima bahana fitnah dari mulut seorang yang diangkat sebagai tok guru
 oleh partinya! Seorang yang ditabalkan sebagai ulama' oleh pengikutnya!
Lima tahun berlalu sejak kenyataan Datuk Nik Aziz tersebut. Tiba-tiba 
pada hari Ahad 27 Januari 2013 berlaku sesuatu yang kita tidak pernah 
terfikir akan berlaku!
Di hari Ahad, hari pengikut agama kristian memenuhi gereja, dihari kaum 
Hindu menyambut perayaan Taipusam, tiba-tiba Datuk Nik Aziz muncul 
dirumah Karpal Singh di Pulau Pinang. Dan dirumah pemimpin DAP yang 
disanggah oleh ahli Majlis Syuro PAS yang dipecat Ustaz Nasharuddin Mat 
Isa sebagai kafir harbi yang anti-Islam, pemimpin yang pernah membuat 
kenyataan dan masih berpegang kepada kenyataan "Islam over my dead body", Datuk Nik Aziz menyambut harijadinya yang ke 82.
Datuk Nik Aziz, yang lahir pada 10 Januari 1931, meraikan harijadinya 
dirumah seorang kafir yang tegar dan konsisten menentang penubuhan 
sebuah negara Islam dan perlaksanaan hudud yang kononnya diperjuangkan 
(tetapi kini dilongkangkan) oleh parti Datuk Nik Aziz!
Pemimpin kafir yang menyelar keputusan Majlis Syuro PAS yang mana Datuk 
Nik Aziz menjadi mursyidnya dalam isu kalimah ALLAH; pemimpin harbi yang
 mendesak Presiden PAS supaya meminta Majlis Syuro PAS menarik balik 
"patwa" yang dibuat pada 13 Januari 2013 melarang penggunaan kalimah 
ALLAH oleh non-muslim termasuk kaum kristian!.
Dirumah Karpal Singh itulah dipagi Ahad hari kaum kristian memenuhi 
gereja dihari sambutan Taipusam oleh kaum hindu Datuk Nik Aziz meraikan 
sambutan hari lahirnya yang ke 82!
Persoalannya ialah, apakah hadis yang disabdakan Rasulullah saw itu 
telah berlaku didepan mata kita? Apakah kata-kata Datuk Nik Aziz 
menyamatarafkan kelahiran Nabi saw dengan Mat-Mat kampung telah kembali 
semula kepada Datuk Nik Aziz apabila dia sendiri menyambut harijadinya 
dirumah seorang kafir harbi dihari gereja dipenuhi kaum kristian dalam 
keadaan kaum hindu sedang meraikan Taipusam!!!
Adakah fitnah keatas maulidurrosul telah kembali menjadi fitnah maulid 
Datuk Nik Aziz? Adakah ALLAH telah membayar tunai kepada Datuk Nik Aziz 
tak sampai lima tahun yop?
Na'uzubillah mkin zalik - moga ALLAH menjauhkan kita daripada 
fitnah hidup dan mati, fitnah alam barzakh, fitnah neraka jahanam, dan 
fitnah Dajjal Al-Masih!
Kepada Datuk Nik Aziz, cuba perhatikan dan hayati semula hadis riwayat Al-Baihaqi tersebut. Perhalusi hadis itu dengan 'ainul-iman, dan berdoalah semoga ALLAH memberikan petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk bermuhasabah diri dikala umur yang sudah senja ini!
Kepada pengikut tegar yang taqsub dan fanatik, ingatlah bahawa tiada 
ulama' yang maksum, yang kebal dari kesalahan dan kesilapan. Jangan kita
 ulangi kesilapan umat dahulu yang tersesat dan disesatkan oleh rahib 
dan pendita mereka, sehingga akhirnya mereka menjadi kaum PBB - Pekak, 
Bisu & Buta kepada yang haq dan kebenaran!
Berhentilah "mempertuhankan" agamawan dan pemimpin mike yop! Kembalilah kepada Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.
Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman 
sendiri. Semoga ALLAH terus memperkukohkan iman dan aqidah kita, dan 
memberikan kita anugerah istiqomah dalam iman! Ameen!
Aamantu billah summastaqeem!
Adios amigos, grasias senorita!
 
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Rabi'ul Akhir 1434
19 Februari 2013