Acu ngucap gak sikit, minta ALLAH buka hati Hadi Awang dengan Nik Aziz ni, jangan nampak bulan saja gak
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
Created by DAPATKAN DI SINI
10 January 2013
Ya Allah Jangan turunkan bala-Mu ke atas kami kerana mereka
Hadi Awang dan Nik Aziz tau tak kenapa kalimah Allah tidak boleh diguna bukan Islam ? Cuba tengok gambar-gambar di bawah ni. Minta tulung reti la sikit, main politik pon jangan sampai gadai agama.
Acu ngucap gak sikit, minta ALLAH buka hati Hadi Awang dengan Nik Aziz ni, jangan nampak bulan saja gak
Acu ngucap gak sikit, minta ALLAH buka hati Hadi Awang dengan Nik Aziz ni, jangan nampak bulan saja gak
Dewan Ulama Pas kata kalimah Allah khusus agama Islam
Harun Taib
KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Dewan Ulama Pas kekal dengan pendirian yang kalimah Allah hanya khusus bagi agama Islam justeru agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.
Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, pendirian itu hanya merujuk kepada penggunaan kalimah suci itu di dalam kitab Bible, versi bahasa Melayu kerana dalam agama Kristian, telah menyebut tuhan bagi seluruh penganutnya ialah Nabi Isa, bukannya Allah.
Bagaimanapun beliau mengelak daripada menyatakan pendirian dewan itu ketika diminta mengulas ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan keputusan parti itu bahawa kalimah Allah boleh dikongsikan bersama dengan bukan Islam.
Harun membayangkan beliau tidak mahu diseret dalam kontroversi baru yang tercetus kerana reaksinya yang mula dilihat bercanggah dengan pendirian parti sebenarnya hanya ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan awalnya.
* Apabila keputusan Hadi Awang dan Nik Aziz adalah diputuskan oleh Anwar Ibrahim,
masakan Ketua Dewan Ulama' PAS boleh campur tangan lagi. Silap-sila hari bulan kena
pecat macam Hassan Ali
Kalimah Allah untuk Islam SAHAJA - Mufti Kelantan
KOTA BHARU 9 Jan. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu.
Katanya, enakmen itu yang diwujudkan bagi mengawal dan menyekat penyebaran iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, secara jelas telah menyenaraikan 24 perkataan termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 enakmen sebagai hak eksklusif agama Islam.
Sehubungan itu, beliau secara sinis 'meminta' enakmen tersebut dipinda atau dimansuhkan sekiranya sudah lapuk dan tidak relevan lagi.
* Semakin ramai Ulama' bangkit,
Apabila Islam semakin dihina,
Apabila Hadi Awang dan Nik Aziz sudah buta hati
Apabila hukum agama PAS tolak ke tepi, lantaran akur pada kehendak DAP,
Demi Putrajaya, kuasa dan pangkat Menteri,
09 January 2013
Ketua Ulama PAS Tetap Tidak Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah
Cekati Tembaga memetik daripada Mstar
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya
sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan
penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.
Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan
pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi
tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam
sehingga menimbulkan kekeliruan.
Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah
merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut
agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada
menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.
"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya
kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka
kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya
mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.
"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.
"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana?
Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam... ia
akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.
Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul
Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu
untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.
Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan
kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal
seperti dalam al-Quran.
Sementara itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat
ketetapan bahawa kalimah Allah yang khusus untuk umat Islam tidak boleh
digunakan di negeri itu oleh mana-mana agama bukan Islam.
Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu
menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa
Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun
lalu.
Kelantan tuan rumah tilawah Al-Quran Kebangsaan 2013
Buat julung-julung kalinya Kelantan akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 yang berlangsung selama 5 hari bermula 2 sehingga 6 Mei depan.
Majlis yang akan diadakan di Kompleks Balai Islam, Lundang itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, manakala upacara penutupan majlis tilawah berkenaan akan disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada majlis berkenaan - UTUSAN
*********************************************************************
Gembira sekali rasanya kerana akhirnya Musabaqah Al-Quran akan diadakan di Kelantan pada pertengahan tahun ini buat julung-julung kalinya.
Walau bagaimana pun keputusan mengadakan Pertandingan Tilawah Al-Quran atau Musabaqah di Kelantan adalah pilihan yang tepat kerana sewaktu waktu dahulu, Kelantan merupakan kilang yang menghasilkan Juara Qari dan Qariah bukan sekadar peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa.
Nama-nama seperti Haji Ahmad Pergau, Haji Mokhtar Ahmad, Haji Mohammad Yusoff, Haji Abdul Rahim Ahmad, Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat - merupakan nama-nama besar yang menjadi lagenda dalam pertandingan Musabaqah Al-Quran sehingga mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Qari dan Qariah Kelantan sentiasa memukau perhatian juri dan disegani peserta negeri lain setiap kali Musabaqah. Nama mereka kerap meniti di bibir penggemar Musabaqah, dengan penguasaan pelbagai jenis taranum.
Haji Ahmad Pergau umpamanya, merupakan lagenda yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah Musabaqah Al-Quran ini. Beliau menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan kemudiannya peringkat antarabangsa pada 1961 dan menjadi johan Qari yang pertama.
Kebolehan Haji Ahmad Pergau menguasai ilmu taranum dan lajnah Arab menyebabkan salah seorang hakim tilawah yang disegani, Sheikh Mahmud Khalil Husairi menyangka beliau seorang yang berbangsa Arab. Beliau kemudiannya mencadangkan kepada Haji Ahmad Pergau agar menjadi hakim tilawah kerana ternyata kebolehan beliau tidak mampu ditandingi oleh orang lain.
Hajjah Faridah Mat Saman
Begitu juga dengan peserta Qariah, Kelantan bertuah kerana memiliki Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat, yang saling berganti mewakili Kelantan dalam Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan.
Hajjah Faridah Mat Saman merupakan Qariah yang paling berjaya dalam sejarah Musabaqah, merangkul johan Qariah sebanyak 8 kali iaitu pada 1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991.
Kehebatan Qari dan Qariah Kelantan memang tidak dapat disangkal dan sentiasa dihormati. Bermula dari awal musabaqah diadakan sehingga awal 90an, peserta Kelantan sering menyapu bersih kejuaraan.
Namun selepas 2 tahun Nik Aziz berkuasa, bermulalah episod malap kepada Kelantan apabila beliau mengharamkan penyertaan peserta wanita dengan alasan suara wanita adalah aurat, walaupun untuk membaca Al-Quran.
Sejak itu Kelantan hanya menghantar peserta lelaki. Tiada lagi peserta wanita. Dan yang lebih mendukacitakan adalah minat di kalangan wanita Kelantan untuk mempelajari seni taranum kian merosot.
Tetapi kini selepas lebih 20 tahun haram, Nik Aziz menyatakan Kelantan akan menghantar peserta perempuan mulai tahun ini. Maknanya hukum haram sudah jadi tidak haram.
Bukan mudah untuk mengembalikan kegemilangan yang sudah lebih 20 tahun malap. Sehingga kini pengganti Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat belum ada.
Apakah dengan keputusan membenarkan Tilawah Al-Quran diadakan di Kelantan (yang tentunya akan melibatkan peserta perempuan) dan Kelantan sendiri akan menghantar peserta perempuan, hukum haram yang dikeluarkan Nik Aziz dulu sudah berubah? Bukankah hukum agama tu adalah tetap dan tidak berubah, kecualilah hukum haram pada masa itu kerana qariah-qariah Kelantan masa itu adalah UMNO?
Satu perkara lagi, apakah faktor yang telah mengubah hukum Nik Aziz yang bertahan lebih 20 tahun ini?
Cekati Tembaga melihat kecenderungan Pas untuk memenangi hati pengundi wanita semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Tidak cukup dengan memberi laluan kepada beberapa orang kaum wanita dalam Pas sebagai calon pilihanraya, Pas berusaha menarik golongan artis wanita pula menyertai mereka.
Beberapa nama seperti Aisyah, Dayangku Intan dan Abby Abadi, kini menjadi ayam sabung Pas dan digunakan untuk berceramah menghentam UMNO dan kerajaan. Isu suara adalah aurat sudah tolak ke tepi, dengan harapan rakyat akan lupa kenyataan Nik Aziz itu.
Masakan Pas akan terus menyekat peserta tilawah perempuan sedangkan pada masa yang sama mengusung Abby Abadi untuk melalak berceramah (membebel) atas pentas ceramah mereka?
Jadi untuk nampak lebih logik menghalalkan suara Abby, wajarlah ditarik balik larangan melarang Qariah Kelantan menyertai musabaqah.
Dasar yang Nik Aziz pertahankan sejak lebih 20 tahun nampaknya berubah dengan kehadiran Abby dalam Pas.
Soalnya, apakah suara artis wanita itu berceramah politik atas pentas Pas lebih mulia daripada alunan taranum Hajjah Faridah Mat Saman mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran?
Jawapannya ada pada kita semua tapi itulah Nik Aziz !!
Subscribe to:
Posts (Atom)




