SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 May 2012

Azmin perlu bersihkan "Aiskrimnya"

Cekati Tembaga menulis...


GUA MUSANG 4 Mei - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu membersihkan namanya selepas dikaitkan dengan skandal seks selepas gambar yang dikatakan miripnya didedahkan oleh beberapa laman blog.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Azmin perlu tampil untuk memberikan penjelasan mengenai gambar-gambar tersebut.

"Itu terpulang kepada Azmin, saya tidak boleh komen apa, dia sendiri kena bela dan bersih diri dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat Kelantan di padang Pusat Sivik di sini hari ini.

Sementara itu, Najib melahirkan rasa gembira apabila kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar yang dilaporkan diculik ditemui semula semalam.

"Saya begitu gembira sekali sebab sebelum kanak-kanak itu dibebaskan, saya sudah telefon bapanya bahawa saya sudah tugaskan pegawai saya jadi perantara di antara kerajaan, pihak polis dengan keluarga berkenaan.

"Dengan kerjasama erat ini, Nayati telah selamat dan dapat kembali kepada keluarganya, Alhamdulillah kita bersyukur perkara ini selesai," katanya.

Nayati yang dilaporkan diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara pada Jumaat lalu, ditemui selamat di Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Nayati, 12, dibebaskan oleh penculiknya setelah keluarga kanak-kanak itu membayar wang tebusan berjumlah RM300,000 pada tengah hari semalam.



29 April 2012

Pihak Berkuasa nak tunggu apa lagi??

Cekati Tembaga menulis...

Himpunan haram menamakan diri Bersih 3.0 walaupun penuh kotor, jijik dan busuk, akhirnya berakhir dengan pelbagai kekecohan. Sekalipun ditawarkan beberapa lokasi yang lebih sesuai dan luas, penganjur anak haram tetap berkeras mahukan jalanan.

Kereta dan motosikal polis dirosakkan, anggota polis parah dibelasah bahkan wartawan juga dibelasah, harta benda awam dirosakkan sesuka hati, menunjukkan inilah matlamat sebenar perhimpunan ini untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara dalam negara.

Dan seperti biasa, pemimpin mereka berlepas tangan. Si Ambiga penyokong LGBT tanpa segan silu dan kesal menyatakan tidak mampu mengawal sikap penunjuk perasaan. Lebih teruk lagi Anwar Ibrahim setelah mengapi-apikan emosi perusuh terus menghilangkan diri dan berlindung dalam aircon, membiarkan penjilat-penjilatnya yang sudah dirasuk setan menghura-harakan KL.

Melihat pelbagai rakaman video dalam internet, tentang perangai "beruk-beruk kuning" istilah yang sesuai untuk perusuh ini, sudah cukup menggerunkan orang ramai. Kalau inilah perangainya perusuh-perusuh ni, macam mana Menteri Dalam Negeri boleh kata Bersih 3.0 tidak menggugat keselamatan negara?

Kalau polis dipukul dan khabarnya pistol turut dirampas belum cukup bahaya keselamatan lagi ker?
Kalau wartawan yang bertugas dibelasah perusuh sampai berdarah kepala, masih tidak bahaya, bahaya apa lagi yang Hishamuddin boleh gambar dalam kepadanya?

Bila keadaan dah jadi seperti ini, siapa nak bertanggungjawab? bagaimana kalau sampai meragut nyawa? tak bahaya jugak ker?

Cekati Tembaga tidak mahu buang masa desak Hishamuddin letak jawatan, tapi kalu dia ada batang hidung dia patut malu dengan kegagalannya mencegah huru-hara ini. 

Malaysia perlukan seorang Menteri Dalam Negeri yang tegas dan berani membuat keputusan terbaik. Kalau keselamatan dalam negara kita tidak terjamin, apa perlunya jawatan Menteri Dalam Negeri?

Alangkah bagus kalau Menteri Dalam Negeri masih TUN GHAZALI SHAFIE...

25 April 2012

BERSIH 3.0 MENCELARUKAN FIKIRAN WARAS NIK AZIZ

CEKATI TEMBAGA menulis...

Hujung bulan ni Ambiga dan sekutunya dengan restu "fatwa" terbaru Nik Aziz yang penuh bangga dan konfiden menghukum WAJIB atas setiap pengikut dan pencacainya agar hadir berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyokong Ambiga.

Himpunan ini adalah hidup mati pakatan pembangkang terutama kepala berjambul mereka yang semakin ditibai dengan pelbagai isu moral itu, untuk meraih sisa-sisa sokongan menjelang PRU-13.

Ironisnya tawaran kepada Ambiga untuk sekali lagi mengetuai Bersih biarpun ramai orang PAS sendiri yang pertikai kerana menjuarai LGBT baru-baru ini namun disebabkan ianya arahan Anwar Ibrahim, Nik Aziz terpaksa merelakan diri menjadi loud speaker Anwar sahaja.

Memang sekali fikir agak simpati pada Nik Aziz kerana pada usia senjanya sekarang masih dibebani dengan perangai pelik Anwar yang sukar dikawal. Sepatutnya Nik Aziz diberi ruang istirahat yang selesa agar tidak celaru fikirannya.

Sikap keras kepala Ambiga bersama kecelaruan moral Anwar Ibrahim telah menyebabkan kekeramatan ilmu Nik Aziz semakin tawar ketana terpaksa melayan karenah 2 penyokong aliran seks bebas itu atau nama komersilnya Seksualiti Merdeka.

Moga Allah selamatkan Nik Aziz dari terus terpukau dengan aura AnuWar dan AmBiga

24 October 2011

Anwar kata Himpunan Sejuta Umat melalaikan?

Cekati Tembaga menulis...

Bengong! Itulah kiranya ungkapan yang sesuai buat Anwar anak lelaki Pak Ibrahim yang bukan sekadar tidak hadir dan tidak benarkan pengikut partinya menghadiri Himpunan Sejuta Umat sabtu lalu, bahkan mendakwa perhimpunan umat Islam itu sebagai melalaikan.

Apakah tindakan berhimpun untuk menyuarakan desakan agar kerajaan lebih bertegas terhadap golongan yang cuba memurtadkan umat Islam adalah perbuatan yang melalaikan?

Kejayaan awal perhimpunan ini adalah ianya terus mendapat perhatian Perdana Menteri bahkan Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama menyatakan kerajaan memandang serius Deklarasi Himpunan Sejuta Umat itu.

Seterusnya kemungkinan ianya akan disusuli oleh himpunan serupa di peringkat negeri di seluruh negara bagi membolehkan lebih ramai anggota masyarakat terlibat menyuarakan sokongan mereka. Bukankah ini kejayaan daripada himpunan Sabtu lalu?

Kalau kejayaan inilah terhasil daripada himpunan umat Islam yang disifatkan oleh Anwar anak lelaki Pak Ibrahim itu sebagai melalaikan, menunjukkan dia langsung tidak ambil kisah terhadap gejala murtad di negara ini.

Ini yang menghairankan ramai orang, kecualilah beliau restu kegiatan memurtadkan umat Islam berleluasa...

Deklarasi tuntutan 10 perkara HIMPUN

Cekati Tembaga menulis....

 

Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berjaya menarik penyertaan lebih 10,000 umat Islam di Stadium Shah Alam petang semalam sepakat mengemukakan 10 deklarasi berikut :
  1. Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.
  2. Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
  3. Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.
  4. Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
  5. Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tiada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.
  6. Meminta kerajaan supaya mengadakan program penerangan menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
  7. Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha menggugat kesucian Islam.
  8. Menyeru semua institusi dalam masyarakat teruatamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas mendidik anak-anak dan waris terdekat daripada terjebak dalam aktiviti pemesongan akidah.
  9. Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada media cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
  10. Menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir,melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan memandang serius deklarasi tuntutan 10 perkara oleh Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, semalam.

Katanya, kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab dan memberi keutamaan untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan itu yang antara lain mendesak penggubalan undang-undang khusus bagi membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam.