SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

06 May 2010

Adakah Pas Wahabi ?



05 May 2010

Sekitar Majlis Angkat Sumpah Dato' Rahim Abd Rahman sebagai Senator

Program : Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara
Lokasi : Dewan Negara, Parlimen Malaysia









28 April 2010

Dato' Abd Rahim Abd Rahman dilantik Senator

Cekati Tembaga menulis..

Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Abd Rahim bin Hj Abd Rahman (gambar) akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang Isnin ini.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, firma hartanah terkemuka di negara ini dilantik ke jawatan berkenaan bersama 3 lagi tokoh. Antaranya adalah Datuk G. Palanivel, Timbalan Presiden MIC, Mohamad Ezam Mohd Noor (bekas Ketua Angkatan Muda PKR) dan Noriah Mahat, Ketua Wanita UMNO Pagoh, Johor.

Sebagai anak jati Pasir Mas Cekati Tembaga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Hj Abd Rahim Abd Rahman atas pelantikan ini.

Selamat Bertugas

21 April 2010

Kelantan benam skuad warga kota 3-0

Cekati Tembaga menulis..

Setelah menumpaskan Juara Pila FA N.Sembilan minggu lalu, Kelantan mengekalkan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila menumpaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad ke-iv Kota Bharu malam tadi dan membolehkan Kelantan mengutip tiga mata penuh dan memperbaiki kedudukan ke tangga ketiga Liga Super.


Dalam perlawanan ini Kelantan yang berjersi serba putih menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri dengan mempamerkan permainan mantap dengan dua gol dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama dan satu lagi menerusi Mohd Badhri Radzi di babak kedua.


Di depan lebih 10,000 penyokong setia, skuad The Red Warriors ini memperaga aksi penuh menghiburkan terutama dalam tempoh 60 minit pertama dan seharusnya lebih banyak gol boleh disaksikan jika penyudah lebih tepat mampu dijelmakan para penggempur Red Warriors.


Begitu pun seperti kata Tan Sri Annuar Musa Presiden KAFA, beliau begitu berpuashati dengan aksi dipamerkan barisan pemain Kelantan.


Perlawanan berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro di saluran Arena. Saksikan beberapa babak menarik perlawanan.



Kelantan memulakan perlawanan menyerang dari kanan ke kiri, tidak sebagaimana biasa ketika bermain di stadium ini Kelantan akan bermula dari sebelah kiri

Petugas keselamatan berkawal memastikan perlawanan berjalan lancar

Norshahrul Idlan Talaha menjadi penggempur penting Kelantan

Kerajinan S.Chanturu mengejar bola menarik perhatian penyokong tetapi melepaskan banyak peluang keemasan

Norshahrul Idlan Talaha menerima umpanan....

....dan rembatan kencang menggegar jaring Kuala Lumpur

Sebahagian daripada 10,000 penyokong setia Kelantan

Beberapa minit kemudian Shahrul Idlan buktikan dia penyerang terhebat dalam Liga Super dengan jaringan kedua untuk The Red Worriors

Piya menamatkan saki baki semangat pemain KL dengan jaringan ketiga Kelantan dalam babak kedua perlawanan

24 March 2010

Tuduhan jahat... Dato' Him mesti saman

Cekati Tembaga menulis..

Tuduhan jahat Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang yang mendakwa Dato' Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) mempunyai saham dalam Ascot Sports, sebuah syarikat judi yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan adalah tuduhan yang amat serius.

Ia bukan sahaja mencemarkan imej bersih Dato' Him Adi Jagat, malah mempersendakan pilihan hati rakyat Pasir Mas yang memberi mandat kepada beliau sebagai wakil rakyat.

Kita minta Dato' Him jangan bermurah hati dengan Saifuddin kerana manusia seperti ini memang tidak boleh dibuat 'kira bicara'.

Jangan hanya kerana kita berstatus YB Ahli Parlimen, dengan suka-suka boleh menuduh dan memfitnah wakil rakyat lain yang tidak sehaluan dengan kita.

Juga jangan kerana status sebagai ahli Dewan Rakyat, kita boleh bercakap apa saja biarpun kita tahu apa yang kita tuduh itu hanya khayalan dan rekaan kita sendiri.

Kita cabar Saifuddin ulangi tuduhan ini di luar Dewan Rakyat, dan tunggulah laporan polis yang berduyun-duyun..

Sebab itu dalam bab ini kita minta Dato' Him bertegas, jangan bagi muka pada Saifuddin dan jangan sesekali beralah...

Rakyat Pasir Mas tidak akan tengok saja wakil rakyat yang dipilih mereka difitnah...