SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

02 October 2009

Lebih 1,000 penyokong Ibrahim Ali berdemo bantah desakan Pas

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini (2 Oktober 2009), satu perhimpunan aman dilakukan oleh penduduk-penduduk Pasir Mas di sebelah Mini Stadium Pasir Mas sebagai membantah tindakan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan beberapa kerat pemimpin Pas yang mendesak Dato’ Ibrahim Ali agar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.

Perhimpunan ini yang melibatkan lebih 1,000 orang pengundi dan penduduk Pasir Mas, merupakan satu reaksi balas terhadap tindakan pimpinan-pimpinan Pas berkenaan yang kebelakangan ini begitu galak mengecam dan memburuk-burukkan Ahli Parlimen itu.

Nik Aziz sendiri secara terbuka mengecam Ibrahim dan menggesa beliau agar segera meletakkan jawatan malah lebih teruk lagi tergamak mendakwa amal ibadat Ibrahim tidak akan diterima Allah selagi beliau tidak meletak jawatan.



Rakyat Pasir Mas yang hadir melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemimpin Pas yang telah menjadi semakin bongkak dan lupa diri itu. Perhimpunan hari ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap penghinaan kepada ahli parlimen mereka itu. Mereka melaungkan desakan agar Ibrahim Ali tidak tunduk kepada desakan itu dan terus mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.



Tindakan Pas mendesak Ibrahim berundur bermakna menghina pilihan rakyat dan menganggap undi yang mereka berikan kepada Ibrahim dalam pilihanraya umum lepas tidak berharga. Mereka juga mendesak agar Pas menghentikan provokasi mereka terhadap Ibrahim dan tidak mengganggu ahli parlimen itu meneruskan khidmatnya terhadap rakyat.



Perhimpunan ini juga melaungkan amaran akan bertindak balas terhadap tindak segelintir penyokong Pas yang telah membuang kain-kain rentang menyokong Ibrahim Ali.

Mereka menyatakan tidak akan teragak-agak untuk membuat perkara yang sama sekiranya perangai buruk ini diteruskan. Perhimpunan yang berlangsung kira-kira 45 berakhir dengan aman tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Gambar-gambar lain perhimpunan ini akan aku siarkan kemudian..
.

30 September 2009

Jemput Dr Mahathir ke Kelantan - Apa yang Nik Aziz boleh tunjuk?

Cekati Tembaga menulis..

Alkisah apabila Tun Dr. Mahathir kata kemunduran Kelantan adalah kerana kelemahan Nik Aziz mentadbir walaupun telah memerintah selama 20 tahun, maka Nik Aziz yang panas cuping telinga 'bingkas bangun' mengajak Dr. Mahathir datang tengok sendiri kemajuan Kelantan di bawah pemerintahannya.

Kata Nik Aziz di Kelantan sekarang macam-macam ada, KB Mall, Tesco, Parkson dan Nirwana. Kata Nik Aziz di Kelantan juga telah ada hotel-hotel besar seperti Hotel Renaissance. Juga Nik Aziz nak suruh Dr. Mahathir pergi tengok pembangunan yang rancak di Gua Musang dan Jeli.

Oleh yang demikian menurut Nik Aziz tidak betul dakwaan Dr Mahathir yang dia tidak berjaya membangunkan Kelantan walaupun telah 20 tahun memerintah. Jadi tak adil bagi Dr Mahathir mendesak Nik Aziz letak jawatan berkenaan.

Aku tergelak besar bila Nik Aziz nak suruh Dr. Mahathir datang tengok kemajuan di Kelantan. Benda-benda yang Nik Aziz sebut macam Tesco ke Hotel Renaissance ke macam lah Dr. Mahathir tak pernah tengok. Di KL lagi besar, tak dak pun Dr Mahathir nak ajak Nik Aziz tengok.

Tapi yang Nik Aziz kena tengok macam mana Dr Mahathir bina Putrajaya. Tengok juga macam mana hebatnya KLIA, Litar Sepang, Petronas, Proton dan sebagainya. Itu yang Nik Aziz kena contohi, bukan duk bangga dengan Tesco dan Parkson yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Bukan juga tumpang bangga apabila cawangan Hotel Renaissance dibuka di Kota Bharu.

Nik Aziz juga suruh Dr. Mahathir datang tengok pembangunan di Gua Musang dan Jeli yang pesat membangun sekarang. Tapi sedarkah Nik Aziz siapa yang bertanggungjawab membangunkan kedua-dua tempat tu? Kerajaan negerikah?

Gua Musang sejak zaman berzaman di bawah jagaan YBM Tengku Razaleigh, semakin berubah dari bandar mati pedalaman menjadi bandar baru yang gah. Dengan kebijaksanaan KuLi juga Gua Musang menikmati arus pemodenan yang pesat. Tapi apa yang Pas buat di sana?

Bandar Jeli, yang dulunya hanya sebuah bandar kecil yang hidup sekadar menjadi laluan untuk ke utara semenanjung, kini di bawah kepimpinan Dato' Mustapa Mohamed, berubah menjadi bandar ilmu yang pesat membangun.

Atas kebijaksanaan Dato' Pa, Jeli kini mempunyai sekolah-sekolah rendah dan menengah yang lengkap dengan segala kemudahan. Di Jeli juga terbina MRSM yang menempatkan anak-anak Kelantan dan luar Kelantan menuntut ilmu. Dan di Jeli juga akan dibina kampus cawangan Universiti Malaysia Kelantan.

Rakyat di Gua Musang dan Jeli sedar di bawah pentadbiran BN, kehidupan mereka lebih selesa dan masa depan anak-anak lebih terjamin. Sebab itu sehingga sekarang BN kekal memenangi hati rakyat di sana.

Jadi kalau Nik Aziz nak suruh Dr. Mahathir pergi ke Gua Musang dan Jeli untuk lihat pembangunan di sana, apa yang Nik Aziz nak banggakan sebab itu yang barisan nasional buat.

Yang Pas buatnya apa? Yang Nik Aziz buatnya mana?
.

28 September 2009

Nik Aziz vs Ibrahim Ali - Siapa patut letak jawatan?

Cekati Tembaga menulis..

1 Syawal baru seminggu berlalu. Suasana meriah dan hening Syawal masih terasa. Hiruk pikuk kenderaan kota yang balik beraya masih ada saki baki yang belum kembali ke bandaraya. 1 Syawal merupakan saat untuk sanak saudara yang berjauhan sekian lama berhimpun kembali dalam riang gembira. Majlis-majlis rumah terbuka juga masih galak diadakan oleh pimpinan kerajaan dan ahli-ahli politik.

Namun kemeriahan Syawal ini tercemar dengan perbalahan terbuka 2 tokoh di Kelantan yang semakin merebak. Nik Aziz Menteri Besar Kelantan yang sudah lama itu (1990-kini) hampir 20 tahun memerintah dan Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas saling cabar mencabar lawan agar meletakkan jawatan. Masing-masing ada alasan dan penyokong yang tersendiri.

Sejak Ibrahim Ali dianggap 'berpaling tadah' daripada Pas ekoran kritikan-kritikannya atas beberapa perkara, beliau sering dicerca sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam. Ibrahim Ali dilabel sebagai manusia yang tidak mengenang budi kerana kononnya lupa pada jasa pas yang telah memberikan laluan kepadanya bertanding di Pasir Mas atas lambang parti itu pada pilihanraya umum lalu.

" mu keno letok jawate berahim, kalu tidok amalanmu tuhe tidok terimo "

Ibrahim juga dianggap sebagai manusia derhaka kerana mengkritik kelemahan Nik Aziz dalam mentadbir negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini. Kemuncak kepada keadaan ini Ibrahim digesa meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.

Gesaan ini dibuat oleh beberapa pimpinan Pas yang beriya-iya sekali mempertahankan Nik Aziz walaupun semua orang tahu Nik Aziz telah gagal mentadbir Kelantan. Malah Nik Aziz sendiri turut menggesa Ibrahim Ali melepaskan kerusi parlimen Pasir Mas.

Kesungguhan Nik Aziz dijelmakan kelmarin, dalam kemeriahan umat Islam masih meraikan Aidilfitri Nik Aziz mengambil langkah mengulangi gesaan agar Ibrahim Ali melepaskan kerusi parlimen Pasir Mas. Nampaknya perjuangan Nik Aziz sekarang adalah bagi memastikan Ibrahim Ali tidak lagi menyandang kerusi parlimen Pasir Mas.

Sikap Nik Aziz ini menunjukkan seolah-olah tidak lengkap pemerintahan selama 20 tahun Nik Aziz di Kelantan sekiranya beliau gagal menumbangkan Ibrahim Ali dari kerusi Pasir Mas. Ia mencerminkan sikap busuk hati ekoran dendam yang tidak berkesudahan terhadap Ibrahim.

Apabila Nik Aziz sendiri yang jadi kepala kecam Ibrahim Ali, maknanya Nik Aziz angkat taraf Ibrahim sama macam dirinya, kata orang Kelantan.. pade gu. Jadi pengampu-pengampu Nik Aziz jangan pandang lekeh dengan Ibrahim.. Nik Aziz pun iktiraf dia, pendek kata malam-malam Nik Aziz asyik mimpikan Ibrahim Ali.

Sebab tu apabila Ibrahim balas gesaan Nik Aziz tu dengan menyuruh Nik Aziz yang letak jawatan kerana gagal menunaikan amanah mentadbir Kelantan, Nik Aziz begitu cepat menggelabah.

Gesaan Ibrahim ini telah buatkan Nik Aziz panas pedih kata orang Kelantan. Nik Aziz masuk perangkap dia sendiri. Dia syok-syok suruh Ibrahim letak jawatan sehingga dia lupa orang yang paling banyak alasan untuk letak jawatan ialah dirinya sendiri.

Ibrahim Ali telah berikan 10 hujah kenapa Nik Aziz mesti letak jawatan daripada menjadi Menteri Besar.

Semua orang tahu Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan yang paling lemah dalam sejarah. Sehingga hari ini, hampir 20 tahun berkuasa tidak ada pencapaian Nik Aziz yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kelantan.

Sebut saja apa pencapaian Nik Aziz dalam apa juga bidang, aspek kebendaan, fizikal, keagamaan, perpaduan rakyat, atau apa saja, pasti kita akan gagal untuk senaraikannya. Ini kerana walaupun 20 tahun Allah berikan peluang, ia gagal dimanfaatkan.

Walaupun dengan berada di puncak kuasa kerajaan negeri, Nik Aziz telah mensia-siakan tanggungjawab Allah itu.

Kelemahan Nik Aziz telah menyebabkan Kelantan terus ketinggalan di belakang.
Kelemahan Nik Aziz menyebabkan ratusan ribu rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke luar untuk mencari rezeki.
Sebab Nik Aziz juga ekonomi Kelantan lembab, apabila perbelanjaan kerajaan negeri jauh lebih besar daripada pendapatan. Kalau bukan dibantu oleh kerajaan Pusat nescaya ekonomi Kelantan akan lumpuh.
Sebab Nik Aziz infrustuktur Kelantan terus daif. Walaupun setelah bertahun Pusat beri pinjaman RM600 juta untuk baiki kualiti air, rakyat Kelantan sehingga kini masih terus menogok air karat.

Tak lemah lagi ke ketua kerajaan macam ni.

Jadi apabila Ibrahim nasihatkan Nik Aziz letak jawatan, sebenarnya Ibrahim telah berusaha selamatkan Nik Aziz daripada terus tanggung dosa atas kegagalan demi kegagalan tersebut.

Sekiranya Nik Aziz letak syarat untuk dia letak jawatan sebagai MB, Ibrahim Ali mesti letak jawatan sebagai MP Pasir Mas, aku rasa Ibrahim Ali tidak akan teragak-agak untuk bersetuju.

Bukan Ibrahim Ali saja setuju, aku pun setuju.
Malah ramai pemimpin Pas Kelantan pun sangat setuju, terutama orang yang dah lama sangat idamkan kerusi empuk Menteri Besar.

Ibrahim Ali tidak akan teragak-agak untuk berkorban demi rakyat Kelantan kerana dia tahu Kelantan sudah lama maju kalau bukan Nik Aziz yang jadi Menteri Besarnya.

.

17 September 2009

Ustaz Hishamuddin Abd Rashid Pengarah JASA Kelantan

Cekati Tembaga menulis..

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kelantan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia mendapat pengarah yang baru berkuatkuasa 16 September 2009.

Pelantikan Ustaz Hishamuddin Abd Rashid menamatkan penantian JASA Kelantan selama lebih 1 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Pengarah.

Satu majlis ringkas penyerahan tugas diadakan di Bilik Mesyuarat, JASA Kelantan pada jam 2.30 petang dengan disaksikan Pegawai dan seluruh kakitangan Ibu Pejabat JASA Negeri Kelantan.

Ustaz Hishamuddin Abd Rashid (kiri) menerima fail tugas Pengarah daripada Ustaz Mat Wi Abd Rahman, Pemangku Pengarah JASA Kelantan

Tahniah kepada Ustaz Hishamuddin Abd Rashid atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kelantan.

Cekati Tembaga mengucapkan Selamat Bertugas.
.

16 September 2009

16 September - Anwar rai ulang tahun pertama sebagai Perdana Menteri dalam khayalan

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini pada tahun 1963, sejarah mencatatkan peristiwa yang sangat penting, menyaksikan gabungan 11 buah negeri Melayu bersama Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara berdaulat bernama Malaysia. Walau bagaimanapun Singapura kemudiannya mengambil keputusan berpisah dengan Malaysia.

Penubuhan Malaysia disambut baik oleh tetangga di Borneo, Brunei walaupun negara pengeluar emas hitam itu tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia sebagaimana perancangan asal. Namun penubuhan Malaysia mendapat tentangan hebat daripada jiran serumpun, Indonesia dan Filipina atas alasan kononnya Malaysia hanya akan menjadi boneka penjajah British. Malah Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia sehingga tahun 1966.

Namun tentangan-tentangan ini semakin lenyap dalam lipatan sejarah, dan Malaysia kekal aman damai hidup dalam keluarga serumpun.

Di sebalik peristiwa bersejarah itu, tarikh 16 September juga mencatat sejarahnya yang tersendiri, yang tidak kurang menariknya.

Masih segar di ingatan kita, tarikh 16 September juga lah yang dijaja oleh Anwar Ibrahim ke seluruh negara, kononnya hari yang akan mencatat sejarah untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan digantikan dengan kerajaan baru pimpinannya.

Nyanyian dan irama gemersik dikumandangkan bagi meyakinkan rakyat betapa pada tarikh itulah Seri Perdana akan mempunyai penghuni baru. Dendangan demi dendangan diteruskan dengan mendakwa kononnya lebih 30 orang Ahli Parlimen BN akan berpaling tadah menyokong beliau. Ayat yang diratip diwirid Anwar masa tu "WE HAVE TTHE NUMBERS"..

Ahli-ahli Parlimen BN dipujuk dan dijanjikan tawaran lumayan untuk sebagai ganjaran untuk menyokong Anwar. Anwar yang semakin kelabu mata dan gian untuk menjadi Perdana Menteri.

Hari-hari menjelang 16 September 2008 menjadi debaran kencang bagi pimpinan dan penyokong pakatan pembangkang kerana menaruh keyakinan yang tinggi terhadap angan-angan Anwar Ibrahim ini.

Tetapi apabila tiba tarikh yang dijanjikan itu, Pak Lah masih lagi Perdana Menteri. Dato' Najib masih lagi Timbalan Perdana Menteri. Barisan Nasional juga masih menjadi kerajaan. Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN menyertai pembangkang, membuktikan kemunafikan Anwar Ibrahim. Anwar dan geng-geng dia tetap jadi pembangkang.

16 September 2008 berlalu dengan tenang tanpa ada apa-apa tetapi gelora di benak Anwar siapa yang tahu. Entah kat mana dia sorok muka hari tu.

Hari ini genap 1 tahun peristiwa itu.

16 September setiap tahun akan dikenang sebagai ulangtahun kemunafikan manusia bernama Anwar Ibrahim.. Marilah sama-sama kita ucapkan Selamat ulang tahun pertama sebagai Perdana Menteri dalam khayalan kepada Anwar Ibrahim.
.