SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

17 September 2009

Ustaz Hishamuddin Abd Rashid Pengarah JASA Kelantan

Cekati Tembaga menulis..

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kelantan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia mendapat pengarah yang baru berkuatkuasa 16 September 2009.

Pelantikan Ustaz Hishamuddin Abd Rashid menamatkan penantian JASA Kelantan selama lebih 1 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Pengarah.

Satu majlis ringkas penyerahan tugas diadakan di Bilik Mesyuarat, JASA Kelantan pada jam 2.30 petang dengan disaksikan Pegawai dan seluruh kakitangan Ibu Pejabat JASA Negeri Kelantan.

Ustaz Hishamuddin Abd Rashid (kiri) menerima fail tugas Pengarah daripada Ustaz Mat Wi Abd Rahman, Pemangku Pengarah JASA Kelantan

Tahniah kepada Ustaz Hishamuddin Abd Rashid atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Kelantan.

Cekati Tembaga mengucapkan Selamat Bertugas.
.

16 September 2009

16 September - Anwar rai ulang tahun pertama sebagai Perdana Menteri dalam khayalan

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini pada tahun 1963, sejarah mencatatkan peristiwa yang sangat penting, menyaksikan gabungan 11 buah negeri Melayu bersama Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara berdaulat bernama Malaysia. Walau bagaimanapun Singapura kemudiannya mengambil keputusan berpisah dengan Malaysia.

Penubuhan Malaysia disambut baik oleh tetangga di Borneo, Brunei walaupun negara pengeluar emas hitam itu tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia sebagaimana perancangan asal. Namun penubuhan Malaysia mendapat tentangan hebat daripada jiran serumpun, Indonesia dan Filipina atas alasan kononnya Malaysia hanya akan menjadi boneka penjajah British. Malah Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia sehingga tahun 1966.

Namun tentangan-tentangan ini semakin lenyap dalam lipatan sejarah, dan Malaysia kekal aman damai hidup dalam keluarga serumpun.

Di sebalik peristiwa bersejarah itu, tarikh 16 September juga mencatat sejarahnya yang tersendiri, yang tidak kurang menariknya.

Masih segar di ingatan kita, tarikh 16 September juga lah yang dijaja oleh Anwar Ibrahim ke seluruh negara, kononnya hari yang akan mencatat sejarah untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan digantikan dengan kerajaan baru pimpinannya.

Nyanyian dan irama gemersik dikumandangkan bagi meyakinkan rakyat betapa pada tarikh itulah Seri Perdana akan mempunyai penghuni baru. Dendangan demi dendangan diteruskan dengan mendakwa kononnya lebih 30 orang Ahli Parlimen BN akan berpaling tadah menyokong beliau. Ayat yang diratip diwirid Anwar masa tu "WE HAVE TTHE NUMBERS"..

Ahli-ahli Parlimen BN dipujuk dan dijanjikan tawaran lumayan untuk sebagai ganjaran untuk menyokong Anwar. Anwar yang semakin kelabu mata dan gian untuk menjadi Perdana Menteri.

Hari-hari menjelang 16 September 2008 menjadi debaran kencang bagi pimpinan dan penyokong pakatan pembangkang kerana menaruh keyakinan yang tinggi terhadap angan-angan Anwar Ibrahim ini.

Tetapi apabila tiba tarikh yang dijanjikan itu, Pak Lah masih lagi Perdana Menteri. Dato' Najib masih lagi Timbalan Perdana Menteri. Barisan Nasional juga masih menjadi kerajaan. Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN menyertai pembangkang, membuktikan kemunafikan Anwar Ibrahim. Anwar dan geng-geng dia tetap jadi pembangkang.

16 September 2008 berlalu dengan tenang tanpa ada apa-apa tetapi gelora di benak Anwar siapa yang tahu. Entah kat mana dia sorok muka hari tu.

Hari ini genap 1 tahun peristiwa itu.

16 September setiap tahun akan dikenang sebagai ulangtahun kemunafikan manusia bernama Anwar Ibrahim.. Marilah sama-sama kita ucapkan Selamat ulang tahun pertama sebagai Perdana Menteri dalam khayalan kepada Anwar Ibrahim.
.

15 September 2009

Gantung keling hina Dr. Mahathir, tindakan MIC tidak serius..

Cekati Tembaga menulis..

Hampir semua media petang ini telah menyiarkan tindakan Samy Vellu menggunakan kuasanya sebagai Presiden MIC dengan menggantung serta merta keahlian seorang perwakilan parti itu yang mengesyorkan kalungan selipar pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Perhimpunan Agung MIC, Sabtu lalu.

Tindakan ini terpaksa diambil oleh Samy Vellu ekoran bantahan hebat seluruh pelusuk negara terhadap keceluparan anak keling itu terhadap Dr. Mahathir. Samy Vellu berharap dengan tindakan itu, isu ini akan selesai. Eh nak selesai macam tu aje.. Banyak cantik muka kau!!

Apa dia ingat dengan gantung keahlian keling dari Ampang itu, maka bolehlah MIC tutup buku. Bukan nak minta maaf. Kalau minta maaf pun tak berbaloi, apa lagi dengan mahu tutup buku begitu saja.

Aku marah ni.. Aku peduli apa Samy Vellu gantung keahlian keling tu. Kalau Samy Vellu pecat dia pun aku tak rasa apa-apa.. jauh sekali nak berpuas hati.

Ini bukan hal kecil, bukan isu ahli-ahli persatuan macam budak-budak sekolah tu. Bila buat salah, kena bagi amaran, kemudian gantung atau pecat keahlian.
.
Ini perkara besar dan amat penting.

Kalau seorang negarawan sehebat Dr. Mahathir boleh diperlaku seperti itu, orang Melayu lain macam hampas ajelah kat keling tu. Pemimpin bertaraf dunia seperti Dr. Mahathir, kuku jari kelingking dia pun lebih banyak jasanya kalau nak banding dengan kepala keling yang keling Ampang tu nak ampu tu.

Aku nak tanya keling Ampang tu, dia tak sekolah ke? Kalau sekolah takkan kepala hotak tak ada. Suka-suka dia cerca pemimpin Melayu. Suka-suka mak bapak dia aje main maki-maki pemimpin Islam.

Inilah jenis generasi keturunan pendatang yang tidak tahu kenang budi. Orang dah bagi kerakyatan pada kaum dia sekaligus dengan dia anak-beranak, bukan nak ucap terima kasih tapi siap maki lagi. Dia ingat ni negara India ke? Ini Malaysialah.

Malaysia ni negara yang ada tuan, bukan tanah hutan yang tiada pemilik.
Malaysia negara yang ada penduduk asal, bukan padang pasir yang tiada hidupan.
Malaysia ini negara berdaulat, bukan negara tempat pencacai seperti dia..

Kalau tidak mahu jadi rakyat Malaysia lagi, keluarlah ke tempat yang engkau idamkan itu. Tidak layak jadi seorang warga, yang kerjanya mencerca dan menghina kedaulatan negara sendiri.

Kami orang Melayu penduduk pribumi tidak pernah kedekut untuk kongsi kekayaan tanah ini tapi bila orang luar datang menggugat harta benda kami, kami pasti akan bangkit pertahankan maruah kami.
.
Raja Melayu adalah tuan kami..
Islam adalah agama kami..
Tanah ini harta kami..
Adat Melayu resam kami..
Bahasa Melayu kedaulatan kami..
Dr Mahathir adalah pemimpin kami..

Semuanya adalah MARUAH kami.
Sesiapa yang mengusik perkara-perkara ini, maknanya dia mencabar MARUAH kami.. dan kami tidak akan berkompromi dalam pertahankan MARUAH kami.. kami akan pertahankannya.. dengan apa cara sekali pun.
.

Mahu kalungkan selipar kepada Dr Mahathir, keling semakin melampau

Cekati Tembaga menulis..

Ramadhan Al-Mubarak kian tiba ke penghujungnya. Selepas Isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan cadangan pembinaan Kuil Hindu hasil 'ilham' kerajaan Selangor di Seksyen 23, Shah Alam tempoh hari, setiap umat Islam mengharapkan agar minggu terakhir Ramadhan ini tidak ada lagi apa-apa yang boleh menjejaskan tumpuan ibadat di hari-hari terakhir bulan mubarak ini.

Kiranya dalam seminggu ini juga umat Islam 1Malaysia boleh menumpukan perhatian membuat persiapan menyambut tibanya 1 Syawal untuk sama-sama bertakbir dan bertahmid bersama keluarga dan sahabat handai di masjid.

Tetapi pesanan orang tua-tua harus sentiasa jadi ingatan, biarpun tenang di permukaan jangan disangka tiada gelora di dasarnya.

Dan inilah yang terjadi hujung minggu baru-baru ini. Dalam keadaan umat Islam bersiap untuk menyambut perayaan Aidilfitri, perhimpunan Agung MIC menjadi medan untuk mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad - seorang negarawan yang menjadi kebanggaan seluruh dunia Islam.

Ekoran perbalahan besar sesama sendiri dalam pemilihannya, yang secara langsung telah menjatuhkan kredibiliti Samy Vellu akibat tentangan dalaman, keling-keling yang sedang mengintai perhatian berlumba-lumba menarik perhatian ketua yang tidak puas dengan kuasa itu.

Kritikan Dr. Mahathir terhadap kegagalan Samy Vellu selama memimpin kaum India walaupun telah diberi peluang yang cukup luas dan lama, telah didakwa sebagai mencampuri urusan dalaman parti itu.

Maka Samy Vellu pun melentinglah. Katanya selama menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah gagal membantu kaum India di negara ini. Kata Samy Vellu lagi, orang India bukan bencikan dia tapi mereka bencikan BN. Eh! bapak keling ni tahu ke apa dia cakap tu.

Dengan itu berlumba-lumbalah juak-juak keling yang sedang mengintai peluang menonjolkan diri ini mengecam Dr Mahathir, malah yang lebih teruk ada keling yang tak sedar diri telah mengusulkan agar gambar Dr Mahathir dikalungkan dengan selipar. Memang celaka!

Aku tak tahulah macam mana kepala keling tu, tapi pastinya orang macam ni lebih teruk daripada paria.

Kata keling itu, MIC tidak boleh dipisahkan dengan Samy Vellu. Samy Vellu dianggap sebagai 'pokok ara' dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang dan menyifatkan Samy Vellu sebagai penyelamat dan pengawal masyarakat India di negara ini.

Kalau itulah pegangan orang MIC kepada Samy Vellu, aku tidak hairanlah kenapa masyarakat India negara ini terus menolak MIC. Dan selagi itu BN akan kehilangan sokongan kaum India.
.

08 September 2009

Berunding dengan Pas tapi jangan libatkan Nik Aziz..

Cekati Tembaga menulis..

Semalam hari cukup bermakna kepada penduduk Manek Urai kerana menerima kunjungan pemimpin nombor 1 negara. Kunjungan Dato' Najib bukan sekadar lawatan biasa tetapi kehadiran ini dengan sendirinya menamatkan penantian berpuluh tahun penduduk di Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama untuk memiliki kemudahan jambatan yang lebih selesa.

Pengumunan Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM 8 juta untuk pembinaan jambatan baru menghubungkan dua kawasan berkenaan adalah tanda terima kasih kerajaan Pusat terhadap penduduk Manek Urai yang telah kembali menyokong Barisan Nasional. Pada masa yang sama Dato' Najib juga mahukan keselesaan jemaah di Masjid Temalir dipertingkatkan dengan meluluskan peruntukan RM 600,000.


Jambatan sempit menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama akan menjadi catatan sejarah. Dengan pembinaan jambatan baru berharga RM 8 juta nanti, kereta merah ini tidak lagi perlu berhenti menunggu giliran

Penduduk di sekitar Manjor pula dihadiahkan dengan kompleks sukan yang lebih baik dengan peruntukan mencecah RM 300,000. Semua keempat-empat kawasan ini dimenangi oleh Barisan Nasional dengan prestasi yang amat memberansangkan. Bagi penduduk di kawasan seperti Lata Rek yang masih taksub kepada Pas, tidak boleh merasa iri dengan kawasan lain kerana kesilapan mereka sendiri.

Dato' Najib datang ke Kuala Krai bukan sekadar untuk mengumumkan peruntukan yang hampir mencecah RM 9 juta itu, malah lebih penting dari itu secara terbuka Dato' Najib mengulangi kesanggupannya berunding dengan Pas dalam apa jua perkara demi untuk melihat nasib umat Islam negara ini terus dibela dan dipertingkatkan.

Kesediaan beliau ini menggambarkan keikhlasan hati seorang negarawan ulung yang sanggup melupakan rasa terkilan di hati akibat dikecam hina dan dikeji tokoh-tokoh Pas, semata-mata untuk melihat Islam bertambah maju dan terbilang di bumi sendiri.

Komitmen ini diluahkan beliau di hadapan lebih 4,000 rakyat jelata di Kuala Krai yang mana sebahagian besarnya adalah pengundi Manek Urai yang baru-baru ini hampir saja menyebabkan Pas tersungkur "di pintu syurga idaman mereka".

Namun tegas Dato' Najib, dalam usaha ke arah menjayakan muzakarah itu beliau tidak akan sama sekali redha melihat UMNO dihina dan akidah penyokong-penyokongnya menjadi bahan persendaan. Beliau rela mengambil tanggungjawab menjadi perintis ke arah kebangkitan semula umat Islam di negara ini, tetapi pada masa yang sama meminta pimpinan Pas jangan ghairah menilai dan memperlekeh akidah penyokong-penyokong UMNO.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang terutama Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa mempertikaikan UMNO dan mendakwa parti itu bukan Islam yang tulen kerana memisahkan agama dan politik malah Nik Aziz dengan angkuh mendakwa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

Sikap sombong Nik Aziz ini sedikit pun tidak membantu dalam meningkatkan syiar Islam malah menjadikan bukan Islam memandang sinis petentangan ideologi sesama Islam. Nik Aziz wajar dikenali sebagai tokoh politik kontroversi, bukannya sebagai tokoh ulama kerana pandangan dan fatwanya sentiasa melencong daripada pendapat para mufti dan tokoh ulama dalam dan luar negara.

Justeru, hasrat Dato' Najib untuk terus mengajak Pas berunding demi kepentingan Islam sangat wajar dan suatu langkah terpuji, tetapi sewajarnya apa jua perundingan jangan libatkan lagi Nik Aziz. Ramai lagi tokoh dalam Pas yang boleh berfikiran waras, yang sanggup meletakkan kepentingan agama melangkaui kepentingan politik parti. Tidak ada apa yang boleh diharapkan pada Nik Aziz.

Biarkan Nik Aziz dengan dunianya. Terjun Nik Aziz terjun.. biarkan.. biarkan..
.