SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

07 September 2009

MB baru atau kerajaan baru di Selangor ?

Cekati Tembaga menulis..

Nampaknya apa yang sepatutnya menjadi rahsia sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini, kini sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Hasrat rakyat Selangor yang sejak tahun lepas untuk kembali bernaung di bawah Barisan Nasional semakin hampir menjadi kenyataan. Rentetan daripada isu demi isu, masalah demi masalah yang terbit daripada kelemahan Khalid Ibrahim kian sampai ke kemuncak.

Kalau selama ini hanya rakyat marhean yang bersuara persoalkan pelbagai keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim dan Exco-ecxonya yang ternyata tidak menguntungkan Islam sama sekali, kini rasa tidak puas hati itu disuarakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat termasuk di kalangan yang berparti bulan purnama gerhana dan bulan sabit tidak cukup inci sendiri.

Inilah yang dikatakan kemuncak dalam demokrasi. Ahli-ahli YB walau di pihak kerajaan negeri sendiri pun apabila melihat Islam itu dipersenda, Islam dijadikan alas kaki dalam pemerintahan Khalid Ibrahim, akan bangkit bersuara menegakkan kebenaran.

Kelmarin ketika Khalid Ibrahim berpeluh-peluh dalam aircond mencari alasan apabila berdepan dengan soalan-soalan penduduk Seksyen 23, Dato' Dr Hassan Ali dititah mengadap Tuanku. Mulanya aku pun tidak dapat agak atas perkara apa biarpun media war-warkan Hassan Ali memberi penerangan berkaitan pelaksanaan beberapa peraturan berkaitan agama Islam. Tapi aku rasa masakan atas alasan itu sahaja, pasti ada benda lain yang lebih besar lagi penting.

Kemudiannya sahabat-sahabat blogger bercerita mengenai sms yang diterima menceritakan kemungkinan beberapa Adun Pakatan Haram di Selangor akan isytihar diri menjadi calon bebas. Jeng jeng jeng.. semakin menarik..


SMS dari rakan PKR

UNTUK SEBARAN SEGERA !TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.


Kemudian blogger RBF bagitahu maklumat yang dia perolehi tengah malam tadi 5 Adun Pakatan Haram di Selangor secara senyap-senyap membuat kunjungan mesra terhadap Perdana Menteri. Kenapa agaknya? Masakan 5 Adun ni saja nak ajak minum teh sambil makan colek bersama PM lepas terawikh di Masjid Putrajaya. Atau ada benda besar sedang dirundingi.

Menurut RBF juga sudah ada persetujuan di kalangan Adun-adun pakatan haram yang akan menjadi Adun Bebas ni untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Barisan Nasional di Selangor dengan kemungkinan besar Dato' Dr Hassan Ali akan dilantik menjadi Menteri Besar dan salah seorang daripada Adun BN sebagai Timbalan Menteri Besar.

Dato' Dr Hassan Ali bakal Menteri Besar Selangor ?

Walaupun apabila kerajaan campuran ini dibentuk BN mempunyai kerusi majoriti, namun pemilihan Dr Hassan Ali menunjukkan keikhlasan BN dalam bertolak ansur dan sebagai mengenang jasa beliau dalam menggerakkan perpaduan Islam di Selangor. Malah Hassan Ali juga dilihat sebagai tokoh paling layak kerana pengalaman luas beliau dan komitmen tugasnya sebelum ini.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan seterusnya dalam masa terdekat ini. Aku percaya Anwar Ibrahim sedang bertungkus lumus sekarang ini untuk menyelamatkan kerajaannya tetapi semua orang tahu ia kini bagai telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja akan rebah.

Menyedari penentangan rakyat terhadap kerajaan Selangor turut berpunca daridapa kelemahan ketara Khalid Ibrahim, salah satu cara untuk Anwar memberi talian hayat kepada kerajaan Selangor adalah dengan memaksa Khalid Ibrahim berundur daripada kerusi MB dan digantikan dengan orang harapannya Azmin Ali.

Kalau dari dulu langkah ini diambil mungkin boleh redakan seketika kemarahan rakyat, tetapi sekarang semuanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur basi.

Apakah dalam masa terdekat ini Selangor akan mempunyai Menteri Besar baru atau kerajaan baru? Atau kedua-duanya?
.

06 September 2009

Azan 5 kali sehari jadi alasan pembinaan kuil..

Cekati Tembaga menulis..

Aku percaya ramai sudah tengok klip di bawah, betapa kita dapat saksikan sendiri situasi di negara kita sekarang sudah sampai ke peringkat ada 'orang lain' sudah secara terbuka berani mempersoalkan apa yang menjadi hak mutlak kita selama ini.

Budak India yang ntah berapa usianya, tapi yang pasti akal fikir tidak sebanyak umurnya begitu lancang sekali kaitkan azan dengan hasrat bersungguh-sungguh Khalid Ibrahim untuk membina kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Si India ni kata mereka selama ini boleh terima gema laungan Azan 5 kali sehari, maknanya mungkin pada dia apalah salahnya kalau orang Melayu juga bertolak ansur dengan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk membina kuil Hindu di kawasan orang Melayu itu.

Mungkin juga dia berharap agar orang Melayu Seksyen 23 Shah Alam dapat akur dengan hasrat seorang 'Melayu' yang jadi kepala kerajaan negeri sekarang yang mahu orang Melayu menerima hakikat kewujudan kuil di perumahan mereka.


Bila orang Melayu bawa kepala lembu berarak mereka bising, tapi mereka secara terang-terangan persendakan hak kita. Yang lebih malangnya bila kepala lembu diarak, bukan orang India saja bising. Beberapa kepala-kepala parti berlogo mata lebam dan bulan purnama gerhana pun saling berlumba-lumba mengutuk dan mengeji penduduk Seksyen 23 yang berdemo Jumaat minggu lepas itu. Roket tak payah masuk bukulah.

Kononnya tindakan penduduk itu hanya mendatangkan suasana tidak tenteram dan menghina agama orang lain. Tahukah kepala-kepala pembangkang ni perasaan penduduk Seksyen 23 ni bila tiba-tiba Kuil Hindu nak dibina dekat rumah mereka? Kalau aku pun marah bila orang nak bila kuil dekat rumah aku.

Tapi ada kita dengar ke kepala-kepala pembangkang yang sama juga kritik si India ni bila dia terang-terang hina Azan? Mana boleh kritik, Malaysiakan amal kebebasan beragama.. mungkin inilah jawapan berlegar dalam kepala hotak mereka.

Mana si Anwar Ibrahim. Mana Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar? Kenapa senyap sunyi, tak mahu masuk surat khabar ke tv ker cakap pasal hina Azan ni? Korangkan suka publisiti-publisiti ni. Bagi lah komen sikit, tak kira lah nak kritik ke nak sokong ker.. rakyat pun nak tahu pandangan korang dalam hal ni.

Tetapi aku sebenarnya sangat berminat untuk mendengar fatwa Nik Aziz dalam hal ni. Macam mana "Tok Guru" isu si India ni hina Azan, salah ke tidak? Tapi aku agaklah lebih kurang jawapan dia, tak salah dia hina Azan sebab dia bukan orang Islam. Yang salah adalah Barisan nasional sebab sebagai kerajaan dia tak amalkan Islam sebenar. Tak gitu "Tok Guru"?

Eh macam pernah dengar pulak jawapan ni kan, tapi di mana yer?

.

01 September 2009

Kepala lembu untuk Khalid Ibrahim, bukan hina sesiapa

Cekati Tembaga menulis..

Isu tunjuk perasaan mengarak kepala lembu selepas Solat jumaat minggu lepas menjadi semakin hangat diperdebatkan. Kenapa apabila kepala lembu diarak oleh penduduk Seksyen 23 menjadi isu besar sehingga mengundang perdebatan peringkat nasional?

Kenapa ahli-ahli politik pembangkang termasuk yang berbangsa Melayu juga berlumba-lumba membuat kenyataan mengkritik penggunaan kepala lembu berkenaan?

Memijak kepala lembu gambaran tidak syukuri rezeki nikmat Allah

Aku juga tidak setuju apabila ada penunjuk perasaan memijak-mijak kepala lembu itu kerana lembu itu adalah rezeki Allah kepada kita sebagai makanan. Memijak kepala lembu itu dengan sendirinya menunjukkan rasa tidak bersyukur dan penghinaan terhadap rezeki Allah.

Tetapi kepala-kepala pembangkang Melayu ini bukannya pertikaikan penghinaan terhadap rezeki Allah itu tetapi duk sibuk-sibuk membela agama lain dengan menuduh orang Islam melakukan penghinaan tersebut. Inilah dikatakan terlebih laju dari lajak.

Itu hanya kebetulan kepala lembu yang dibawa, kalau kepala kambing kira menghina agama mana pulak? Kalau kepala ayam ke kepala biawak ker macam mana pulak?

Aku tidak setuju apabila penduduk yang mengarak kepala lembu itu dituduh mahu menghina Hindu. Bukan mereka nak marah pada Hindu pun. Usahkan kuil Hindu, tempat-tempat ibadat agama lain pun akan mereka bantah apabila dibina di kawasan yang tidak sesuai seperti itu. Masakan kawasan yang hampir keseluruhan didiami orang Islam tiba-tiba mahu didirikan pusat ibadat agama lain. Di mana lojiknya.

Gambar hiasan - Tokong lebih tinggi dari pokok kelapa di Kelantan

Contohnya macam di Kelantan ni bersemarak dengan tokong-tokong Buddha yang dibina di kawasan masyarakat Siam itu. Orang Islam tidak bantah pun. Cuma bila tokong-tokong ni lebih besar dari masjid, biar Nik Aziz jawablah kenapa. Tapi jika tokong Buddha dibina di tengah bandar Kota Bharu yang mana sebahagian besar penduduknya Islam, bantahan serupa juga akan dibuat. Bukan sebab orang Islam nak hina agama orang lain.

Samalah halnya di Selangor, isunya adalah keputusan kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim yang tiba-tiba mahu bina pusat ibadat bukan Islam di situ. Alasan mereka bukan bina baru, tapi pindahkan kuil sedia ada di seksyen 19 ke situ. Nak pindah ke, nak bina baru ker sama saja.

Pokoknya di Seksyen 23 tu daripada tidak ada kuil akan jadi ada kuil. Kalau di Seksyen 23 tu kawasan orang Hindu, tiada siapa yang bantah, tapi yang jadi masalahnya sebahagian besar penduduk di situ orang Islam, jadi apa rasionalnya perlu ada kuil Hindu.

Umat Islam mesti pertahankan Islam

Aku percaya penduduk Seksyen 23 tu marahkan kepala kerajaan negeri mereka kerana tidak mengambil kira bantahan penduduk kawasan itu. Sebab tu mereka bawa kepala lembu, sebab orang yang dibantah adalah kepala kerajaan. Jadi tepatlah status kepala kerajaan negeri dengan kepala lembu tu.

Penduduk juga marahkan kepala parlimen Shah Alam di dewan rakyat, sebab bukan setakat tidak endahkan bantahan mereka malah mempersenda tanggungjawab dan bersikap lepas tangan. Ahli Perlimen Shah Alam bertanggungjawab membantu penduduk selesaikan masalah mereka, bukan memberi masalah kepada rakyat.

Penduduk Seksyen 23 mahukan suara mereka didengar

Kepala lembu itu berkait rapat dengan peribahasa Melayu yang umpamakan lembu dicucuk hidung sebagai pemimpin yang boleh dibeli dan mengikut telunjuk orang lain. Kenapa Khalid Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah Batu Tiga begitu cepat melenting? Apakah terasa kepala lembu tu ditujukan kepada mereka?

Cuba bandingkan apa yang berlaku baru-baru ini apabila kepala babi disangkut oleh pihak tidak bertanggungjawab di pagar orang Islam. Atau cuba bandingkan juga kepala babi dicampak dalam surau di UM. Siapa yang hina agama siapa?

Kenapa masa tu pemimpin politik seperti Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah Batu 3 tidak menyinga?

TAKE BEER! TAKE BEER!
.

28 August 2009

Pas tolak permohonan seorang sahabat dapatkan "tiket ke syurga"

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini aku ingin bawakan kisah seorang sahabat lama semasa di UKM dulu.. Nama dia Mohd Khairul Azam Hj Abdul Aziz (orang Perak), tapi orang lebih kenal dia sebagai Buzze. Seorang peguam yang dulunya semasa student bergiat aktif dalam gerakan mahasiswa sehingga dipilih sebagai Presiden Tindakan Siswa Bersatu UKM, sebuah pertubuhan politik Mahasiswa yang disegani di kampus. Sekarang disamping bertugas sebagai peguam, beliau masih aktif dalam gerakan kepimpinan pelajar sebagai Presiden Gabungan Graduan Melayu Malaysia (GGMM).

Kisah bermula apabila Dato' Nik Abdul Aziz dengan Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas menyatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

Mungkin bertitik tolak daripada hasrat tidak mahu ketinggalan "menempah tiket ke syurga" bersama rombongan Nik Aziz, Mohd. Khairul Azam menyatakan hasrat untuk menyertai Pas dengan menghantar sendiri borang permohonannya menyertai parti itu di Ibu Pejabat pas di jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.


Perjalanan "memohon tiket ke syurga"

Malangnya akibat Buzze ni yang dikenali ramai sebagai penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditentang Pas, hasratnya menjadi ahli Pas telah dinafikan oleh parti tersebut. Beliau yang menghantar sendiri borang keahlian itu berasa kecewa dan malu di atas tindakan parti tersebut dan menurutnya sekaligus telah menafikan haknya untuk masuk "syurga".

Menurut Buzze lagi, jika betul menjadi ahli dan mengundi Pas boleh menjamin seseorang itu masuk syurga, beliau juga tidak mahu melepaskan peluang tersebut, tetapi hairan kenapa haknya untuk menjadi ahli Pas dinafikan.

“Ini bermakna hak saya untuk masuk syurga juga telah dinafikan oleh Pas dan ini sangat mengecewakan saya”, tegasnya ketika ditemui pemberita di hadapan pejabat Agung Pas.


Buzze menunjukkan borang permohonannya untuk mendapatkan "tiket ke syurga"

Beliau berkata demikian berikutan Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa sesiapa yang menyokong dan mengundi Pas akan masuk syurga.


Buzze menunggu seorang petugas Ibu Pejabat Pas menghubungi Setiausaha Agung Pas

Katanya, beliau menghantar borang keahlian itu dan berurusan dengan seorang lelaki, Saripudin Yatim yang berada di kaunter pertanyaan ibu pejabat parti itu. Tambahnya, lelaki itu kemudiannya terus menghubungi Setiausaha AgungPas, Dato' Mustaffa Ali melalui telefon.

Buzze persoalkan keengganan Pas terima permohonan keahliannya

“Dato' Mustaffa mengarahkan Saripudin supaya jangan menerima langsung borang permohonan dari saya tanpa memberi alasan yang munasabah,” katanya.

Menurut beliau, telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap orang yang cukup syaratnya berhak memilih mana-mana persatuan yang mereka ingin disertainya. Buzze turut mempersoalkan mengapa keahliannya ditolak kerana beliau sudah sedia faham dengan syarat-syarat untuk menjadi ahli Pas dan bersedia untuk memenuhi segala syarat berkenaan.

Kecewa gagal dapatkan "tiket ke syurga"

“Saya tidak faham, sedangkan saya sudah memenuhi semua syarat tersebut, jadi kenapa permohonan saya ditolak mentah-mentah tanpa sebarang alasan yang kukuh,” ujarnya.

“Saya dilayan seperti warganegara kelas ketiga dan sangat malu dan terhina dengan tindakan mereka ini, sedangkan prinsip mereka sendiri menyatakan bahawa Pas itu untuk semua,” jelas beliau.

Buzze termenung kesal di depan Pejabat Agung Pas di jalan Raja Laut

Beliau yang ditemani empat rakannya meluahkan rasa kecewa mereka dengan bertindak menggantung poster serta kain rentang di hadapan ibu pejabat parti tersebut. Antara ungkapan sinis yang tertulis pada poster itu adalah ‘Pas untuk semua’, ‘Pas for Muslim Only’, ‘Kami sokong Hudud’ dan ‘Islam way of life’.

Buzze meluahkan kekesalannya atas dasar double standart Pas yang enggan menerima permohonan keahliannya

Selesai menemui pihak media, Buzze bersama rakan-rakannya terus ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadu tentang haknya untuk berpersatuan yang dinafikan oleh Pas. Beliau memohon supaya Suhakam menjalankan siasatan terhadap Pas kerana telah melanggar dua hak asasi manusia dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 8 dan Perkara 10.

Menurutnya, dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang harus diberi layanan sama rata, tetapi haknya untuk menyertai Pas dinafikan dan ini bermakna parti itu tidak memberikan layanan sama rata kepadanya.

Tambah beliau, dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan kebebasan untuk berpersatuan dan Pas sekali lagi telah melanggarnya dengan menafikan keahlian beliau. Buzze yang sebelum ini dengan lantangnya menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyatakan beliau rela untuk tidak menyokong akta tersebut jika itu merupakan syarat utama untuk menjadi ahli Pas. Beliau lebih bersedia menolak akta tersebut sekiranya itulah yang menjadi syarat yang dikenakan Pas sebagai tukaran kepada "tiket untuk ke syurga" yang dipohonnya.

.

15 August 2009

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas meriah

Cekati Tembaga menulis..

UMNO Bahagian Pasir Mas telah selesai mengadakan Mesyuarat Perwakilannya pada hari Jumaat 14-08-2009 bertempat di Dewan Besar SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas.

Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri. Kehadiran perwakilan dan penyokong UMNO mencecah 1,000 orang, cukup memberansangkan menandakan angin perubahan semakin bertiup kencang di bumi Pasir Mas.

Hishamuddin tiba tepat jam 3.00 petang disambut oleh Dato' Hj Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian dan Dato' Hj Abd Rahim Abd Rahman, Mantan Ketua UMNO Bahagian serta seluruh jawatankuasa 4 peringkat, diiringi oleh paluan rebana ubi yang menghangatkan lagi suasana.

Ketibaan Naib Presiden UMNO itu turut disambut dengan gema laungan "Anwar Pengkhianat" oleh Pemuda UMNO.

Dalam ucapannya Hishamuddin meluahkan rasa bangganya dengan semangat yang ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Pasir Mas dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat di negeri ini kepada UMNO.

Menurut Hishamuddin juga, kejayaan di Manek Urai baru-baru ini menunjukkan betapa sokongan rakyat sudah kembali kepada UMNO dan apa yang perlu adalah memastikan momentum ini dapat diterus dan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

Berikut dibawakan suasana pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas.


Dato' Seri Hishamuddin tiba di pintu masuk SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas


Hishamuddin disambut kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas


Perarakan Pemuda mengiringi Hishamuddin dengan laungan "Anwar Pengkhianat"


Antara banner menyokong Timbalan Perdana Menteri


Lagi banner menyokong Timbalan Perdana Menteri


UMNO Pasir Mas turut kecam Anwar sebagai pengkhianat bangsa


Pasukan rebana ubi mengalun irama meraikan kedatangan Hishamuddin


Antara motosikal klasik yang dipamerkan


Sebahagian lagi motosikal klasik

Para perwakilan khusyuk mengikuti amanat Naib Presiden UMNO


Sebahagian daripada lebih 1,000 yang hadir


Ucapan Hishamuddin penuh semangat


" 1Malaysia - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"
.