"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
04 June 2009
Ulama selar 'musuh dalam selimut'
Ciri-ciri calon PAS di Manek Urai menurut Nik Aziz
31 May 2009
Apa PKR nak banggakan dengan Penanti...
Bolehkah Calon PKR, Dr. Mansor Othman merasa bangga apabila memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan mendakwa mendapat majoriti sebesar 5,558 undi?Beliau memperolehi 6,052 undi hasil 46.15% pengundi yang keluar mengundi berbanding sejumlah 12,467 pengundi berdaftar dalam kawasan DUN Penanti.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56) menjadikan jumlah pengundi yang turun untuk memilih menolak PKR adalah seramai 1,048 orang.
Ini bermakna majoriti daripada pengundi Penanti tidak memilih PKR.
Lebih menarik adalah undi yang diterima calon bebas, Aminah adalah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.
Di samping penyokong-penyokong UMNO memboikot pilihanraya kecil ini sehingga menjadikan peratusan mengundi paling rendah dalam sejarah, Aminah masih mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu yang lain.. mereka juga sama-sama menolak calon PKR.
Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).
Jadi, bolehkah Anwar Ibrahim dan PKR berbangga dengan kemenangan ini?
30 May 2009
Kontena UMNO bakal bertugas di Manek Urai

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima sumbangan dua buah lori kontena berlogo UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi kegunaan logistik parti itu dari Kumpulan Bintang di perkarangan Menara Dato Onn sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie memberitahu Agendadaily sebuah lori kontena 40 kaki dan 20 kaki itu merupakan kenderaan pengangkutan bagi kegunaan logistik parti terutama bagi menghadapi pilihan raya disamping tujuan lain.
“Ianya dijangka akan digunakan untuk pertama kalinya di pilihanraya kecil Manik Urai, Kelantan Julai depan.
Lori tersebut disediakan lengkap dengan pemandu dan segala penyelenggaraannya akan ditanggung oleh pihak syarikat, boleh digunakan pada bila-bila masa,” tambahnya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Taiping berkata, “kenderaan itu akan membantu parti melaksanakan projek-projek kemasyarakatan dan lebih efisyen dalam gerak kerjanya.”
Turut sama di majlis penyerahan ringkas itu Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Kerja Datuk Rauf Yusoff, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan anggota Majlis Tertinggi UMNO.
.
29 May 2009
Mustapa dilantik pengarah pilihan raya Manek Urai
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, yang akan diadakan Julai ini.Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, pula dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada Pas meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu, Perdana Menteri berkata:
"Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan. Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya.
- Bernama
.
