SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

14 May 2009

Rasuah Dalam Pas

dipetik daripada blog MSO

MUNGKIN kalau bukan Ketua Dewan Ulama yang menimbul perkara ini saya tidak berhajat untuk mengulasnya. Perkara ini adalah sangat sensitif dan memberi kesan buruk kepada Pas. Tetapi kerana Muhamed Daud Iraqi sudah memulakannnya maka elok juga kalau saya turut memblogkan perkara ini setidak-tidaknya sebagai rekod.

Perkara yang dimaksudkan itu ialah mengenai rasuah dalam politik Pas. Kononnya sudah berlaku politik wang dalam Pas untuk tujuan mendapatkan kuasa dan kedudukan dalam parti itu menjelang muktamar Jun depan.

Muhamed Iraq mendedahkan perkara ini semasa merasmi mesyuarat Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang kelmarin. Menurutnya sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan. Dalam nada bergurau tetapi pernuh bermakna katanya, kalau sudah diberi baju dan dijamu makan maka senanglah perwakilan membuat pengundi.

Apa yang beliau ingin analogikan manusia kalau sudah perut kenyang senanglah untuk dicucuk hidungnya dan ditarik ke mana saja yang disukai!

Dalam kes ini bukan soal kita ingin mencari jawaban kepada perkara itu apakah benar atau tidak! Itu tidak perlu dipersoalkan. Atas kapasitinya ketua dewan ulama, tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu. Sebagai seorang yang arif dengan hukum beliau tentu tahu apakah hukum membuat fitnah.

Saya yakin beliau diberikan maklumat dan laporan tepat mengenai kejadian. Boleh jadi juga pemberian baju sebagai hadiah dan acara jamuan itu berlaku di kawasannya sendiri, di Kubang Kerian.

Saya yakin seratus peratus Muhamed Irqa ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkan hal itu. Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus.

Di sini saya ingin kemaskan sedikit pandangan Mat Iraq itu dengan dua kejadian yang dilaporkan berlaku pada sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini. Kedua-dua kejadian ini kalau ditilik dan dihalusi ia berunsur rasuah.

Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu.

Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.

Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlak di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana Pas miskin.

Kejadian ini katanya sudah menjadi buat mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas. Bagaimana pun Pas tidak memberi reaksi serius kepada masalah ini kerana ingin melindungi Pas dari ditohmah sebagai turut sama mengamalkan rasuah. Tetapi amalan demikian sudah sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Pas.

Kedua, semasa muktamar kawasan baru-baru ini ada orang-orang tertentu menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk menggugut ketua-ketua cawanagn atau para perwakilan. Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tetentu kemudahan yang parti anugerahkan akan ditarik balik.

Salah satu anugerah kepada ahli ialah saham skim Ladang Rakyat. Mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap Ladang Rakyat ialah kepimpiann Pas peringkat kawasan dan juga wakil rakyat. Pemimpin yang bertanding jawatan tertentu inilah telah menjadikan kemudahan itu sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan jawatan.

Kerana ugutan ini menyebabkan perwakilan atau ketua-ketua cawangan yang mula mempunyai pilihan lain terpaksa terus mengundi orang tertentu itu kerana bimbang takut kehilangan kemudahan mendapat saham Ladang Rakyat yang berjumlah kira-kira RM250 sebulah itu.

Berdasarkan kepada dua kejadian itu maka jelas elemen rasuah semasa semasa pemilihan pemimpin peringkat kawasan ini seperti mana disebut Mohamed Iraq itu benar-benar berlaku.

Pendeknya gejala rasuah ini benar-benar berlaku cuma ia tidak diketengahkan lagi. Mereka yang melakukannya ialah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak dan ada kuasa untuk mendapatkan wang panas. Gejala ini sungguh bahaya dan wajar disekat segera. Jangan sesekali bertunas dalam Pas.

Jadi pada saya apa yang didedahkan Mat Iraq itu ialah sebagai amaran agar Pas tidak bermain wang dalam menentukan kedudukan seseorang. Tujuan Mat Iraq dedahkan itu baik untuk menyelamatkan Pas dan demi menjaga maruah Pas sebagai parti Islam.

Justeru tidak timbul desakan supaya Mat Iraq perlu membuat laporan rasmi berhubung dakwaan itu. Desakan itu saya kira makin membuka pekong Pas yang kini sudah mula 'terkebek; itu.

Laporan rasmi seperti mana yang diminta itu akan meroskakan Pas sahaja. Ingatlah sekiranya satu kes sahaja terbukti wujud politik wang dalam Pas ia akan memberi natijah buruk kepada Pas. Rakyat akan membuat tanggapan Pas sama saja dengan Umno.

Cuma, kepada mereka yang termakan lada atau sengaja makan lada rasuah tentulah merasa pedas. Apa yang Mat Iraq mungkin harapkan kepada pamakan lada itu hendaklah cepat-cepat cari penawar ataupun minum air siuam sepupaya rasa pedas lekas hilang dan jangan berdesis-desis menjeler lidah ke sana ke mari kena tak tahan pedas.
.

11 May 2009

Ketewasan Nik Abduh buktikan kepimpinan Ulama dalam Pas hanya Sejarah

Dewan Pemuda Pas Kelantan membuktikan betapa "Kepimpinan Ulama" dalam Pas kini hanya tinggal slogan semata-mata. Ini dibuktikan dengan 'kekalahan seperti dijangka' anak Mursyidul Am PAS - Nik Abduh Nik AbdulAziz - yang gagal merebut jawatan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu 3 hari lepas.

Nik Abduh seorang yang mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama, yang juga bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS negeri dan juga dilihat sebagai seorang yang paling layak menerajui kepimpinan pergerakan itu, tewas kepada ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman yang jelas sekali pro-endorgan.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Abdul Latiff mendapat 78 undi untuk menewaskan Nik Abduh yang mendapat 56 undi.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya, yang juga ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankannya kerana usia melepasi 40 tahun.

Dalam pengundian pemilihan itu hanya satu undi perwakilan rosak.

Diminta mengulas kekalahan itu, beliau menyifatkan kekalahannya adalah disebabkan kelantangan beliau bersuara dan menghasilkan beberapa tulisan yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu.

Ternyata Pas hari ini bukanlah menjadi wadah sesuai kepada golongan agama kerana lebih berkiblatkan Anwar Ibrahim.

Ekoran daripada penulisan kontroversi menerusi tulisan dalam blognya yang bertajuk 'Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas', mengakibatkan pelbagai reaksi dan kritikan dilemparkan segelintir pemimpin PAS terhadapnya.

Disebabkan tulisan kontroversinya itu juga beliau dihadapkan ke tribunal Dewan Ulama PAS Kelantan dan selain turut ditegur bapanya sendiri.

Bagaimanapun, Nik Abduh yang juga ahli Jawatakuasa PAS pusat berkata beliau akan terus mengkritik dalam blognya bagi menyedarkan ahli-ahli parti.

"Saya tewas kerana kritikan mengkritik menerusi blog dan saya perlu membayarnya dengan harga yang mahal. Saya harap barisan kepimpinan yang baru dipilih ini akan membawa Pemuda PAS ke tahap yang lebih tinggi,"katanya kepada pemberita sebaik keputusan pemilihan diumumkan.
.

Kisah Husam Musa, Cincin dan Burung Kakaktua

dipetik daripada nukilan mso

SEBAIK saya dan Husam turun ke lobi hotel untuk bertolak ke lapangan terbang Polinia, Medan, taukeh burung kakaktua sudah tercegak di situ seperti dijanjikan dengan Husam. Ditangannya tergantung sarang burung yang ditutup kemas dan rapi dengan kertas. Di dalamnya ada burung kakaktua berbulu emas.

Tanpa memegang sangkar itu Husam mengarah taukeh itu serahkan kepada saya.

“Biar bapak Sayuti saja yang bawa,” kata Husam bercanda. Taukeh itu menghulurkan kepada saya. Urusan bayar membayar sudah pun dilangsung petang semalam, ketika Husam bersendirian. Jadi berapa harga exactlynya saya tidak tahu.

Dengan membimbit sangkar seberat kira-kira dua kilo itu dengan tangan kiri dan menarik beg dengan tangan kanan saya menuju ke teksi. Husam jalan berlenggang dengan sebuah beg saja. Perjalanan ke lapangan terbang memakan masa hanya 15 minit saja.

Saya dengan sangkar burung kakaktua berada di depan. Husam masuk awal di belakang. Husam memang suka duduk belakang kalau naik kereta.. bukan lagak, tetapi kerana kateh (anggota)nya panjang. Kalau duduk di depan kurang selesa. Sebab itulah bila naik kapal terbang jarang Husam duduk di kelas ekonomi kerena sempit, dia suka pilih ruang bisness clas. Selesa.

Sepanjang perjalanan 15 minit itu macam-macam berserabut dalam kepala. Saya sudah merasakan urusan untuk membawa kakaktua berbulu emas itu bukan mudah. Bawa benda hidup katakan, mana boleh nak sembunyi-sembunyi. Lainlah kalau bawa batu permata ataupun tungul kayu mati, senang boleh disorot dan disembunyikan di mana-mana. Ia tidak bergerak atau berbunyi.

Sambil berfikir sendiri saya melihat-lihat cincin di jari yang disarungkan Husam malam tadi. Cantik! Rasa ingin memilikinya begitu tinggi. Detik emi detik cincin itu makin serasi pula dengan jari saya.

Sampai di Polinia Husam berjalan laju ke depan, menuju ke kounter tikit. Saya mengekori belakang. Sampai di pintu untuk masuk ke tempat checking tikit saya disekat tidak boleh jalan terus kerana ada barang.

“Pak sini dulu..!.” panggil pengawal yang menjaga mesin pengimbas. Dada sudah mula bergeduk geduk, cemas.

“Apa ni pak?” tanya pengawal itu mesra. Husam sudah di kouter tikit. Saya tidak ternampak pun dia ada menyilau kepada saya.

“Barang pak, kado…,” balas saya. Kado itu bahasa Indoensia bermaksud hadiah. Kalau hadiah mungkin bapa pengawal itu mengira benda, kek atau pun apa-apa cendermata dan akan dilepaskan begitu saja tanpa banyak soal.

“Imbas dulu.. ya!” katanya sambil meminta saya meletakkan sangkar burung di mesin pengimbas.

“Apa perlu pak..?, saya mula mencari dalih mengelak daripada diimbas bimbang rahsia akan pecah.

“Iya… kena imbas dulu. Bapak letak di sini, dan bapak masuk ke pintu itu..” ajarnya kepada saya satu persatu.

Dengan Bismilllah dan tidak pun mengharap cahaya dari cincin saya meletakkan sangkar burung berkenaan ke dalam mesin pengimbas itu. Kemudian meletakkan beg saya. Saya melangkah memasuki ke pintu di sebelah dan menunggu di sebelah dalam. Debaran di dada makin kencang.

Rekkkkkk…. siupppp…. rekkkkk! Imbalas berlaku. Kedua barang itu melepasi mesin pengimblas. Muka saya mungkin menjadi putih ketika ini. Lepas. Tidak ada apa-apa terhalang. Pengawal itu hanya tersenyum sahaja. Saya bukan main lagi, rasa lega semacam ruang dalam masjid negara.

Saya cepat-cepat membawa sangkar itu ke kaunter tikit mendekati Husam yang sedang urusan tikit. Passport saya ditangannya. Melihat sangkar ditangan saya Husam tersenyum puas. Dia mengira batu cincinya telah menyelamatkan segalanya.

“Apa barang itu mahu masuk luggage , pak…?” tanya si manis yang di kaunter tikit bila melihat saya membawa sangkar itu.

“Oh tak… mahu di bawa sendiri…!” bilang saya seramah yang boleh mahu melalikan pemandangan dan pemerhatian pengurus tikit itu kepada sangkar burung itu.

Husam tidak terkata apa-apa.

“Tapi barang ini kebesaran pak, tidak boleh di bawa ke dalam kabin…. harus dimasukkan ke dalam luggage …,” pinta si manis di sebelahnya. “Apa ni pak… bisa lihat?” aju yang seorang pengawal lelaki dengan suara kuat.

“Kado.. pak…!“ jelas saya dengan perasaan mulai gugup.

“Bisa dilihat dulu…,.” minta pengawal itu dan cuba membuka kertas yang menutupi sangkar berkenaan. Saya terpaksa mengalah sebab dia sudah mula mengopeknya. Sebaik saja kertas itu terkopek tiba-tiba…”Selamat pagi pak… selamat pagi pak….” si burung kakak tua itu bersuara memberi salam. Saya lihat pengawal itu sedikit terkejut.

“Oh… burung…. burung hidup ni, pak? Masih hidup!” kata pengawai itu. Saya sudah mulai panik dan gelabah tidak tahu nak menjawab macam mana.

“Ada dokumentasinya, pak?” tanya pengawai itu mengenai surat keizinan.

“Dokumentasi apa pak?” tanya saya buat-buat bodoh.

“Begini burung ini dilindungi, harus ada surat keizinan daripada pemerintah. Kalau tak ada, tidak boleh dibawa keluar,” balas seorang pegawai lebih tinggi. Burung kakaktua itu sudah menjadi perhatian umum. Ramai pengawal dan petugas airport yang tidak kena mengena turut melingkungi kami. Semuanya terpesona dengan suara selamat pagi, selamat pagi… si kakatua itu.

Husam sudah gelisah. Dia macam nampak nak melarikan diri saja. Dia menghampiri saya dan menghulurkan boarding pass, passport dan seberkas wang rupiah sebesar lutut. “Enta uruslah, ana naik dulu… dan tunggu di atas,” katanya sambil berlalu memasuki ke ruang menunggu dan meninggalkan saya dengan burung kakaktua.

Saya cuba bersilat dan mempengaruh pengawai itu namun tidak berhasil. Seorang pengawai mencadangkan supaya saya menemui pihak pejabat veterinar yang terletak di sebrang jalan berderketaan lapangan tebang itu.

“Baik bapa ke jabatan veteriar dan uruskan dulu dengan pihaknya. Dapat surat keizinan… kalau tidak, burung ini tidak bisa dibawa..,” kata pengawai itu jujur mengajarkan saya.

Tidak ada pilihan lain saya terpaksa membawa burung itu ke pejabat veterinar seperti ditunjukkan. Di sana ada dua orang pengawai, keturunan batak. Kedua-duanya bermisai tebal bertubuh gempal. Macam biasalah orang batak, giginya jarangan digosokan menjadikan wajahnya menakutkan.

“Boleh dibantu pak…. ?” sapa salah seorangnya.

Saya menangkat sarang burung dan dilihatnya.

“Kenapa pak,?” tanyanya tanpa mengetahui keriuhan yang berlaku di lapangan terbang tadi.
“Saya mahu bawa burung ini ke Malaysia, Pak…. !” jelas saya.

“Tidak boleh pak, burung ini dilindungi, salah dibawa keluar….,” jelasnya tanpa habis mendengar cakap saya.

Serentak itu itu tunjukkan jenis-jenis burung bersama gambar yang terpampang di pejabat itu. Pegawai itu turut menyebut denda dan hukumannya sekali kalau engkar.

“Saya tahu pak, tetapi saya sudah terdesak untuk membawa baliknya pak. Burung ini raja (Sultan) saya yang mahu…,” saya memberi alasan.

“Tetapi tidak boleh pak, harus ada surat keizinan dulu…” pengawai itu menjelaskan duduk perkara sebenarnya.

“Aduh… pak… bagaiman ya…. Sultan saya mahukan burung ini. Kalau saya gagal membawa baliknya nanti saya dimurkai,” saya terus berhelah. Gementar usah dicerita lagi lah.

“Sutlan yang mana? “ tanya yang seorang lagi sudah dapat mengesan pembohongan saya.

“Sultan Kelantan,” balas saya.

“Kapan sultan kamu melihat burung ini, atau dia ada bersama?” soal pengawai itu.

“Tidak…. Sultan di Malaysia, kelmarin semasa ke kedai burung ini saya memotretnya dengan kamera telefon bimbit kemudian menghantar kepadanya. Sultan saya minat sama burung, Pak. Jadi sebaik dia mlihat gambarnya dia menyuruh saya membawa balik,” daih saya panjang lebar.
Nasib baik kedua-dua pengawai itu tidak mahu melihat gambar dalam telefon bimbit. Kalau dimintanya, naas jadi saya kerana gambar itu tidak ada.

“Tak boleh, pak… kami menjalankan tugas. Maaf.. harus ada surat dulu. Kalau ada surat kami bisa membantunya,” kata pengawai itu tetap berkeras.

“Begini saya cadangan bapak bawa surat daripada Sultan itu ke mari, kami akan cuba menguruskannya. Makannya kita akan kelasifkasikan burung ini sebagai hadiah dari sini,” usul yang seorang lagi memberi jalan penyelesaian.

Saya nampak semakin rumit dan susah. Saya cuba berkeras juga dengan berbagai helah. Akhirnya teringat kepada seberkas wang Rupiah yang dihulurkan Husam tadi.

“Jadi pak, enggak ada cara lain lagi?” saya masih mencuba memancing minat kedua pengawai itu.

“Cara lain bagaimana?,” tanya salah seorangnya.

“Pak bagaimana kalau saya membayar untuk membolehkan saya bawa balik burung ini hari ini juga..?” usul saya. Sumpah memang tidak pernah terbuat saya kerja-kerja haram macam ini, itulah kali pertama dan terakhir.

“Maksudnya?” tanya pengawai itu sudah boleh mengagak.

“Iya saya.. saya …..bayar…!” kata saya sambil mengelurakn wang dan diletakkan atas meja pengawai itu. Begitu melihat wang itu muka pengawai itu saya tengok jadi merah padam. Dia marah.

“Pak… saya kata tidak bisa, tidak bisa pak! Ini bukan soal wang. Bapak nampak ini..!” pengawal itu tersinggung dengan apa yang saya lalukan sambil mengangkat gari ke muka saya. “Bapa mahu saya garikan, bapak..sekarang,” katanya lagi tegas dan marah. Dia sudah serius.

Aduh… saya jadi lemah gemulai. Tubuh terasa seram sejuk. Tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Saya mencuba hubungan handset Husam berkali-kali tetapi dia tidak diangkat. Haru dan biru jadinya.

Saya membawa semula burung itu ke lapangan terbang. Hendak tidak hendak burung itu terpaksa ditinggalkan. Sah tidak boleh bawa balik. Semua usaha baik cara baik dan cara haram dilakukan, tetapi tidak berhasil. Cincin Husam tidak membantu, wang rausah juga tidak mahu diterima.

Selepas beberapa kali menghubungi akhirnya dapat dan saya minta dia keluar dari bilik berlepas mendapatkan saya di bawah.

“Macam mana?” tanyanya selamba saja.

“Macam mana apa, ana nasib baik tak kena gari. Kalau kena gari tak fasal-fasal ana kena meringkuk dalam lokap,” balas saya. Husam hanya tesengih tanpa menunjukkan sedikitpun wajah kecewa.

“Burung ini kena tinggalkan, dia mahu surat kebenaran,” jelas saya.

“Enta uruskanlah..” katanya sambil menarik tangan saya dan mengambil semula cincin yang disarungkan itu. “Kena ambil cincin ini sebab enta gagal,” katanya berlalu naik ke atas semula ke bilik menunggu.

Nasib baiklah pengawai MAS Medan sedia untuk uruskan burung kakaktua berkenaan. Pengawai MAS itu berjanji akan menghantarnya balik ke kedai burung sementara kami akan datang mengambilnya dilain kali. Sehingga ke hari ini saya tidak tahu nasib kakaktua itu. Apakah ianya sudah berada di istana Kelantan ataupun masih di Medan?

"Kesimpulan daripada perisitwa itu yang dapat saya simpulkan; Husam seorang tidak bertanggungjawab kepada kerja-kerja tidak baiknya. Beliau akan melarikan diri bila terjempit. Dia akan memperalatkan sesiapa saja untuk kepentingannya. Dia tidak sayang kepada wang dan harta benda asalnya jiwanya puas. Itulash Husam alis Abdul Malik."
.

06 May 2009

Husam, jelaskan dulu 'hala tuju PAS', kata Nasrudin

dipetik daripada malaysiakini

Timbalan ketua Pemuda PAS menyahut seruan Datuk Husam Musa untuk berbincang dengannya susulan penerbitan artikel menggesa naib presiden PAS itu mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasrudin Hasan berkata beliau bagaimanapun juga bersedia memohon maaf kepada Husam jika artikelnya "Datuk Husam Wajar Tanding Presiden" mengguris hati exco kerajaan Kelantan itu.

"Jika sekiranya tulisan saya itu mengguris hati dan menimbulkan perasaan tidak gembira kepada beliau, saya secara peribadi memohon maaf.

"Saya masih lagi menghormati beliau sebagai naib presiden," katanya kepada Malaysiakini.

Nasrudin juga menuntut Husam, yang disebut-sebut ingin bertanding jawatan timbalan presiden PAS, menjelaskan maksud "hala tuju PAS yang tidak jelas" di blog pemimpin Kelantan itu.

"Saya bersedia berjumpa dengan beliau bila-bila masa untuk menarik balik kenyataan itu, tetapi beliau harus memberi penjelasan kenapa beliau menyatakan hala tuju PAS tidak jelas dan tidak nyata," katanya.
.
"Ini kerana, (kenyataan Husam) itu juga menimbulkan rasa tidak jelas kepada parti."Kalau tulisan saya menimbulkan perasaan tidak gembira, di sana ada ahli tidak gembira dengan kenyataan beliau, di kalangan mereka yang ikhlas dengan perjuangan parti."
.
Nasrudin berkata, sewaktu beliau membaca kenyataan Husam itu, beliau sendiri turut berasa "terpukul dan tersinggung" dengan kenyataan pemimpin itu.
.
Timbalan ketua Pemuda PAS diminta mengulas kenyataan Husam hari ini yang dilaporkan "jelas tidak senang hati" dengannya dan menggesa pemimpin Pemuda itu bersemuka, bukannya membuat kenyataan sinis.
.
Menurut Bernama, Husam berkata Nasrudin tidak sepatutnya menggunakan blog untuk membuat kenyataan sehingga dipetik oleh media yang menggambarkan suasana tidak harmoni dalam PAS.
.
Dalam blognya Episode Sebuah Perjuangan, Nasrudin hujung minggu lalu berpendapat Husam tidak wajar bertanding mencabar Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PAS, di muktamar Jun ini.
.
Menurutnya, jika Husam yakin hala tuju parti itu tidak jelas - khususnya ada usaha berunding dengan Umno - maka jawatan presidenlah yang harus direbutnya.
.
"Tetapi saya tidak bersetuju beliau bertanding ke jawatan timbalan presiden. Kerana jawatan timbalan presiden tidak akan banyak membantu beliau untuk membetulkan kembali arah tuju parti yang kini telah kabur dan pudar malah meragukan ahli parti (seperti didakwa Husam).

"Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang hebat dan berwibawa seperti Datuk Husam ialah jawatan presiden PAS itu sendiri," coret Nasrudin di blognya 3 Mei lalu.
Artikel itu sebagai reaksi tulisan blog Husam penghujung bulan lepas. Naib presiden itu menjelaskan sebab-sebab beliau berminat mencabar Nasharuddin bagi jawatan penting itu.
.

SENARAI KETUA PEMUDA UMNO NEGERI KELANTAN

KETUA PEMUDA UMNO KELANTAN : Sdr. Anuar Safian
NAIB KETUA PEMUDA :



KETUA-KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN


TUMPAT
SDR ROSIDI HJ MAHMUD KAMARUDDIN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN TUMPAT
LOT 2481, KAMPUNG TELAGA BATA
16210 TUMPAT, KELANTAN

PENGKALAN CHEPA
SDR. CHE OTHMAN CHE WIL
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN PENGKALAN CHEPA
LOT 5-11, BANGUNAN MARA
JALAN DATO' PATI
15000 KOTA BHARU
KELANTAN

KOTA BHARU
ROSMADI BIN ISMAIL
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN KOTA BHARU
472, LORONG CHICA, JALAN BAYAM
15200 KOTA BHARU, KELANTAN
.
PASIR MAS
SDR. NAJIB RASHDAN BIN ABDUL RAHMAN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN PASIR MAS
L-2, TINGKAT 5, WISMA ILMU, BANGUNAN TABUNG HAJI
JALAN DOKTOR
15200 KOTA BHARU, KELANTAN

RANTAU PANJANG
HJ. MOHD AFANDI BIN YUSOFF
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN RANTAU PANJANG
LOT 1315, CABANG EMPAT SALAM,
17200 RANTAU PANJANG
KELANTAN

KUBANG KERIAN
ANUAR BIN SAFIAN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN KUBANG KERIAN
PT 862, LEVEL 1, SPJ PASIR HOR
JALAN SULTAN YAHYA PETRA
15200 KOTA BHARU, KELANTAN

BACHOK
MUHAMMAD ZAIDI BIN SIDEK
PEMANGKU KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN BACHOK
LOT 559, ARAS 2, MUKIM TELOK PANJI
16150 KOTA BHARU, KELANTAN.

KETEREH
SDR. MOHAMMAD ABDULLAH
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN KETEREH
LOT 1051, KAMPUNG MACHANG BUBUK PERINGAT
16400 KOTA BHARU, KELANTAN

TANAH MERAH
SDR. MOHD ALMIDI JAAFAR
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN TANAH MERAH
KAMPUNG GOBEK17500 TANAH MERAH
KELANTAN
.
PASIR PUTEH
SDR. AMINUDDIN MOHAMAD
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN PASIR PUTEH
KAMPUNG JELOR,
16800 PASIR PUTEH
KELANTAN

MACHANG
SDR ARIANDI DATO' ISMAIL
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN MACHANG
LOT 246, KAMPUNG KEMUNTING
18500 MACHANG, KELANTAN

JELI
SDR. KHAIRUL IKHWANIZA MOHD ZAHARI
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN JELI
395, BLOK MACHANG, AIR LANAS
17700 JELI, KELANTAN

KUALA KRAI
YM TUAN AZIZ TUAN MAT
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN KUALA KRAI
611 GUCHIL
518000 KUALA KRAI, KELANTAN

GUA MUSANG
SDR BAZLAN BIN BAHARUDDIN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN GUA MUSANG
NO 184-B, JALAN PULAI,
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
.