SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

02 March 2009

DUN Perak ditutup, elak sidang tergempar

Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya. Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.
.
Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.
.
Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.

Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.

Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.

Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.
.

01 March 2009

Batal pewartaan guna perkataan 'Allah' tepat : Zahid

Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat pelbagai agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbezaan intepretasi di kalangan masyarakat, terutama bukan Islam terhadap pewartaan perintah itu sekarang sudah diperbetulkan melalui langkah berkenaan.

Sambil menyambut baik langkah itu, beliau mengingatkan pihak terbabit dalam penerbitan agama Kristian supaya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) berhubung perkara berkenaan.

"Langkah membatalkan pewartaan itu satu langkah baik kerana ketika mewartakannya, satu kesilapan sudah dilakukan terhadap keputusan Kabinet yang dibuat pada 1986.

"Kesilapan itu tidak mematuhi keputusan Kabinet," katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra calon Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) Umno di Bangunan Umno Sabah, di sini hari ini. Zahid bagaimanapun enggan mengulas bagaimana kesilapan itu boleh berlaku.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan `Allah' dalam penerbitan agama Kristian. Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi.
.

Nik Aziz : Bukan Islam boleh guna "Allah", tapi serah pada Pusat

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam, yang kini menjadi kontroversi, dibolehkan.

Bagaimanapun, kata Menteri Besar Kelantan itu, ia terserah kepada Kerajaan Pusat untuk menentukannya.

"Saya tidak mahu campur tangan dalam perkara ini, Kerajaan Pusat yang membuat keputusan, kerana sebelum ini mereka anggap penggunaan God itu Allah, itu salah," kata beliau dipetik Bernama.

Sehubungan itu, tambah beliau, terserah kepada Kerajaan Pusat menentukan tindakan dan berharap ia tidak menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa ia telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian berkuat kuasa serta merta.

Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.
.
Sementara itu, Nik Aziz berkata, kejayaan rakyat Kelantan dalam bidang ekonomi adalah kerana semangat setelah kecewa dengan sekatan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.

Nik Aziz berkata, sikap pemimpin Pusat mempertikai keinginan pelabur ke Kelantan menyebabkan rakyat naik muak dan semangat diguna untuk berusaha sendiri sehingga berjaya.
.
"Apabila pelabur datang dan bertanya hendak ke Kelantan dia (menteri) akan tanya balik... why Kelantan? (mengapa Kelantan?), why Kelantan?... u know la... (anda tau la)," katanya ketika mengulas kejayaan dalam bidang ekonomi oleh rakyat Kelantan sekarang.

Kata beliau, matlamat utama kerajaan negeri juga mahu melihat rakyatnya memperoleh kekayaan secara halal.

"Bagaimana dia buat, apa yang dia hendak usaha, sama ada depu (gaharu) atau tanam lain, janji dibuat secara halal," katanya.

Bagaiamanapun beliau kesal dengan sikap rakyat yang suka membina rumah besar dan berkereta besar kerana boleh menyebabkan ekonomi tidak berkembang.

"Saya bimbang dengan rumah besar, kereta besar yang sepatut buat lain, bila bina rumah besar duit mati, wang tidak rolling," katanya.
.

Antara Aparteid, DAP dan Yahudi

Bisik-bisik Awang Selamat

Satu demi satu asakan terhadap kedudukan orang Melayu dan gelombang asakan itu semakin kuat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Dr. Boon Cheng Hau yang juga ketua pembangkang di Johor menyatakan bahawa amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme) menyamai ideologi aparteid sebagaimana yang pernah dialami oleh warga kulit hitam di Afrika Selatan.

Awang tidak berhajat mengulas panjang. Sudah berulang kali hal seperti ini dibangkitkan dan telah banyak kali juga diberi penjelasan.

Yang pasti dakwaan beliau adalah keterlaluan.

Tetapi Awang boleh faham kerana itulah pemikiran DAP yang sememangnya mahu menafikan realiti sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan demi mencapai agenda agung mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah republik.

Golongan tersebut sudah jadi kaduk naik junjung. Mereka sentiasa mahu lebih tetapi tidak mahu bertolak ansur apatah lagi memberi apa yang sepatutnya diberi. Jika benar, Dr. Boo mahu memperjuangkan kesamarataan dan keadilan, beliau sepatutnya menyokong terlebih dahulu sistem sekolah satu aliran dan menggunakan satu bahasa sebagaimana yang diamalkan di seluruh dunia.

Jika tidak, pendekatan politik beliau dan DAP, tidak ubah seperti gerakan Yahudi yang akhirnya mengambil hak golongan majoriti sebagaimana nasib yang menimpa rakyat Palestin. Gerakan itu sudah bermula dan tanda-tandanya semakin jelas. Jika Dr. Boo boleh membuat andaian keterlaluan, Awang juga boleh.
.

'Allah' hanya untuk Islam - KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian. Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Akhbar semalam melaporkan, Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata, Mahkamah Tinggi diberitahu, penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan khusus untuk agama Kristian adalah dilarang kecuali jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan 'Untuk Agama Kristian.'

Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 itu menyebut: 'percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan solat adalah dilarang, kecuali di kulit muka depan penerbitan itu ditulis 'Untuk Agama Kristian.'

Perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkuat kuasa serta-merta itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Pada sidang media di Hotel Sutera Pacific, di sini semalam, Syed Hamid berkata: "Saya mengakui ada kesilapan dalam penggubalannya (perintah berkenaan). Penggubalan itu mengatakan boleh sedangkan ada larangan. "Pewartaan itu memberi gambaran seolah-olah perkataan itu boleh digunakan sedangkan ia belum dirumuskan dan tidak ada perubahan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini. Saya mengambil ketetapan ia perlu diperbetulkan kerana jika tidak, warta itu melahirkan kekeliruan."

Serentak penarikan balik perintah pewartaan itu, KDN juga melarang Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Kaabah, Baitullah dan solat.

"Kita ada perintah awal yang tidak membenarkan penerbitan lain selain agama Islam menggunakan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah dan solat. Ini bukan bertujuan menyekat pengamalan mana-mana agama tetapi untuk mengelakkan kekeliruan," katanya. Sehubungan itu, katanya, pihak terbabit perlu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai semakan kehakiman kes berkenaan yang dikemukakan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur.
.