SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

27 February 2009

KECOH DI PARLIMEN ISU 'CELAKA'...

Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk utama bangunan Parlimen semalam.

Kerana mulut badan binasa. Gara-gara menuduh Pemuda UMNO celaka, pengerusi DAP Karpal Singh, petang Khamis hampir menerima padah apabila sekumpulan pemimpin UMNO Selangor menghalang beliau masuk ke bangunan Parlimen selagi belum minta maaf.

Insiden kekecohan itu berlaku di pintu masuk lobi menara bangunan Parlimen kira-kira jam 2.30 petang apabila 13 ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri itu sudah bersedia setengah jam sebelum itu menunggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sampai bagi sessi petang sidang Dewan Rakyat.

Walaupun hujan dan sebahagian mereka basah, kumpulan itu terus meluru ke arah Karpal yang baru tiba dan menaiki kerusi roda untuk menuju lif di lobi menara tersebut. Beberapa pemimpin Pemuda terbabit kemudiannya meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda UMNO celaka" di dalam dewan, Rabu dan meminta pemimpin DAP itu mengulanginya. Mereka juga meminta Karpal meminta maaf tetapi Karpal tidak bercakap apa-apa menyebabkan kumpulan itu terus mendesaknya.

Ketika kekecohan itu, beberapa ahli parlimen yang dimaklumkan insiden tersebut, meluru ke arah kumpulan Pemuda UMNO dan hampir mencetuskan ketegangan. Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara tersebut.

Namun, keadaan panas semula apabila anak Karpal, Gobind Singh Deo turun dari Parlimen dan mencabar Pemuda UMNO Selangor berdepan dengannya. Cabar mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa. Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing dan Ketua Pentadbiran Parlimen, Datuk Kamaruddin Baria serta Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Datuk Omardin yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri dari mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda UMNO celaka.

“Pemuda UMNO Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani mengulangi apa dia sebut semalam depan 13 ketua pemuda UMNO bahagian,” tegasnya. Menurut beliau, terlalu banyak kenyataan Karpal yang melukakan hati UMNO dan orang Melayu.

“Adalah tidak wajar perkataan celaka disebut dalam Parlimen, tempat yang darjatnya begitu tinggi bagi mendengar masalah rakyat dan negara. Kalau beliau ada masalah dengan Pemuda UMNO, beliau boleh buat kenyataan di luar bukannya berselindung di Dewan Rakyat,” katanya.

Katanya, Karpal memulakan perkara ini dan beliau perlu menamatkannya. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Md Salleh Engku Jamal berkata, Pemuda UMNO Selangor sanggup mati bagi mempertahankan maruah orang Melayu dan parti UMNO.

P/S : APA KATA MULAI HARI INI KITA PANGGIL SAJA 'KARPAL SINGH CELAKA'!
.

24 February 2009

Kebebasan beragama tidak bermakna boleh keluar Islam sesuka hati - Nazri

Walaupun ada pihak-pihak masih lagi mempertiakikan kebebasan sesorang untuk menganut agama khusunya dalam kes Lina Joy yang hendak keluar Islam, kerajaan hari Isnin memberikan penegasan sekali lagi tidak akan meminda Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan yang dibuat oleh Mahakamah Persekutuan dalam kes Azalina Jailani atau Lina Joy jelas menunjukkan bahawa seseorang Islam tidak boleh keluar dariapda agama Islam sesuka hati.

"Hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidaklah boleh ditafsirkan dengan begitu meluas sehingga meliputi hak kebebasan seseorang Islam untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa sesuka hatinya,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan tidak bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ekoran keputusan kes itu, katanay ketika menjawab soalan Zulkili Nordin (PKR-Kulim Bandar Bharu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari Isnin.

Dalam soalannya, Zulkifli bertanya sama ada kerajaan bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk untuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut agama Islam yang hendak tertakluk kepada undang-undang dan Syariat Islam).

Menurut Nazri, sekiranya kebebasan untuk menukar agama sesuka hati kepada umat Islam diberikan sudah pasti akan huru-hara keadaan umat Islam dan akan menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Menjelas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, Nazri berkata, Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
.

23 February 2009

Akhirnya Nizar pindah juga...


Setelah kira-kira 2 minggu berkeras menegakkan benang basah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya akur dengan hakikat betapa beliau bukan lagi Menteri Besar Perak. Dia juga sudah sedar yang tidak halal baginya untuk terus tinggal di rumah rasmi kerajaan.

Semalam kira-kira jam 11.45 pagi beliau dengan wajah ceria walaupun hatinya gundah gelana, keluar meninggalkan kediaman rasmi menteri besar Perak itu dengan memandu sendiri kereta Nazaria. Tiada lagi Toyota camry, tiada juga pemandu peribadi. Beliau berjanji kepada hadirin akan kembali semula ke rumah itu dengan keputusan mahkamah. Masih ada hati lagi..

Difahamkan kunci bangunan idaman Nizar itu belum diserahkan dan hanya akan dikembalikan kepada kerajaan Perak pada 27 Februari ini. Maknanya beliau telah menduduki bangunan itu secara tidak halal sejak 6 hb hingga 27 hb Februari. Tidak halal maknanya HARAM.

Dari 6 Feb hingga 27 Februari atau sekurang-kurangnya sehingga semalam (21 Februari) HARAM baginya tinggal di kediaman itu.

Jadi siapa yang kena tanggung kosnya? Bil elektrik, air, kos maintanance dan sebagainya siapa nak bayar. Oleh itu sewajarnya elaun wakil rakyat Nizar dipotong untuk menanggung kos-kos berkenaan. Itu pun dah kira baik sebab tidak kena sewa bangunan itu 3 minggu.
.

Zulkefli Lepas Semua Jawatan Kerajaan?

Adun Pulau Chondong, Hj Zulkefli Mamat dikatakan telah melepas semua jawatan yang dipegangnya dalam kerajaan selaku Timbalan Pengerusi Kira-kira Awam (PAC), ahli jawatankuasa Perlancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, ahli jawatankuasa Pertanian dan Indsutri Desa dan beberapa jawatan yang lain kira-kira dua minggu lalu. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Nik Aziz menerima atau menolak perletakan jawatan berkenaan.

Dikatakan punca utama Zulkfeli berbuat demikian adalah disebabkan ura-ura beliau akan digugurkan sebagai Pengerusi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) Sdn. Bhd.

Exco Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Mohd Amar Nik Abdullah disebut-sebut akan diletakkan di tempat Zulkefli itu.

Perkembangan seterusnya akan menyusul.
.

22 February 2009

Saya tidak akan letak jawatan - Ibrahim Ali

Semalam telefon saya menerima mesej dari YB Dato' Hj Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Saya panjangkan mesej beliau untuk dikongsi bersama para pembaca.

" Mengenai PAS! Sebenarnya sama-sama BERBUDI. Salah ke tegur kalau perlu ditegur. Saya tegur semua pihak. PAS makin melampau. yang patut letak jawatan yang tak ada moral dan perasuah. Tak kira parti ".

" DAP dan HINDU yang hentam melayu, Islam dan ada yang cemuh Sultan-Sultan Melayu menjadi kawan dan disokong. Saya TIDAK AKAN UNDUR DAN AKAN TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT. Terima kasih atas sokongan.. "