SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

13 February 2009

Anwar dalang kekecohan - Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, dakwaan bahawa Anwar adalah dalang kekecohan di Perak telah disahkan oleh Karpal baru-baru ini.

Katanya, Karpal juga meminta Anwar supaya bertaubat kerana telah mempromosikan politik lompat parti untuk mencapai cita-cita politik.

“Sebenarnya Anwar mahu ‘cuci tangan’, sebab itu dia elak untuk bersetuju dengan Karpal dalam kes menyaman Sultan Azlan Shah.
.
“Selama ini saya banyak tidak bersetuju dengan Karpal, namun kali ini saya terpaksa bersetuju dengan beliau bahawa Anwar adalah punca segala-galanya,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim menjelaskan pandangan beliau terhadap Anwar bukannya didorong oleh sentimen emosi sebaliknya ia berasaskan penilaian akademik.
.
Katanya, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar tidak boleh lepas tangan dalam isu berkaitan kestabilan negara.

“Itu tanggungjawab dia sebagai ketua pakatan pembangkang, saya harap rakyat juga membuat penilaian yang jujur secara akademik mengenai tindak tanduk Anwar itu,” katanya.

.

Bukit Gantang - Tiada lagi calon luar

Umno Perak tidak akan mengulangi kesilapannya dalam pilihanraya umum tahun lalu apabila meletakkan calon luar untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Kesilapan tersebut telah menyebabkan Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, telah kehilangan kerusi Parlimen tersebut yang merupakan kubu kuatnya selama ini.

Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Sarani Ismail mengakui bahawa faktor calon luar merupakan punca utama kelahanan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Oleh itu, katanya, pihaknya tidak akan berbuat demikian lagi dalam pilihanraya kecil kali ini.
.
"Kita juga mendapat kekuatan baru di bahagian Bukit Gantang kerana Umno diterajui muka baru - bukan sahaja ketua bahagian, tetapi juga Wanita dan Pemuda," katanya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Abdul Azim yang juga bendahari Umno, tewas dengan majoriti 1,566 undi kepada calon PAS, Roslan Shaharum. Beliau mendapat 18,499 undi manakala Roslan mendapat 20,015 undi.

Seorang calon bebas - M Morgan - turut bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya umum yang lalu. Morgan 872 undi.Calon luarPandangan beliau turut dikongsi oleh beberapa ketua Umno cawangan dalam bahagian Bukit Gantang.

Ketua Umno cawangan Matang Road, Yusof Awang berkata, pengundi Bukit Gantang tidak mahu calon luar yang "hanya berada pada hari-hari tertentu sahaja dan bukannya separuh masa" sebagaimana yang dikehendaki penduduk tempatan.

Menurut mereka, jika meletakkan calon sedemiian rupa, Barisan Nasional (BN) akan kalah sekali lagi dalam pilihanraya kecil parlimen tersebut.Menurutnya, BN perlu mengambil kira faktor tersebut yang menjadi salah satu sebab kekalahan calonnya, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi.

"Datuk Azim jarang balik ke kampung (Bukit Gantang)... tetapi orang kampung suka kalau beliau datang sendiri jumpa pengundi."Orang kampung tidak sama dengan orang bandar. Calon kena datang kalau penduduk buat kenduri kendara atau majlis-majlis lain," katanya.

Yusof berkata, beliau tidak tahu bagaimana Roslan boleh menang kerusi Parlimen Bukit Gantang Mac lalu kerana ia merupakan kerusi tradisional BN sejak sekian lama.

65% peluang menang

Bagaimanapun, katanya, ramai pengundi bercakap bahawa faktor Azim yang jarang balik ke Bukit Gantang, menjadi penyebab utama kekalahan tersebut.

Manakala ketua cawangan Umno cawangan Pengkalan Aur, Kamaruddin Ayub pula berkata, pengundi Bukit Gantang mahu calon tempatan kerana mereka lebih tahu masalah mereka.

"Ramai yang tidak mengundi Datuk Azim kerana beliau orang Batu Gajah, kerana mereka tidak mahu orang luar.

"Silap Umno bahagian juga yang mencalonkan beliau bertanding di Parlimen Bukit Gantang, walaupun penduduk menolaknya," katanya.

Kamaruddin berkata, berdasarkan cakap-cakap orang Bukit Gantang, peluang Umno menang ialah dalam lingkungan 65 peratus.

Katanya, pengundi menilai apa yang kerajaan Pakatan Rakyat lakukan sepanjang memerintah Perak selama 10 bulan.
.

11 February 2009

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (duduk, tengah) dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah (duduk tiga, kiri) bergambar bersama Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang baru (berdiri, dari kiri) Dr Mah Hang Soon, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin selepas majlis penyampaian watikah pelantikan di Istana Iskandarian hari ini. Turut sama Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (duduk dua, kiri)
.

10 February 2009

Bukit Selambau 2008

BAHAGIAN PILIHAN RAYA (P.14-MERBOK) - N.25 - BUKIT SELAMBAU

NAMA CALON - KRISHNAN A/L SUBRAMANIAM
PARTI - BN
BILANGAN UNDI - 10,863
STATUS -


NAMA CALON - ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO
PARTI - BEBAS
BILANGAN UNDI - 13,225
STATUS - MENANG

JUMLAH PEMILIH : 34,977
KERTAS UNDI DITOLAK : 1,694
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 25,798
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 16
PERATUSAN PENGUNDIAN : 73.76%
MAJORITI : 2,362
.

09 February 2009

Arumugam letak jawatan Exco, ADUN

Di sebalik desas-desus akan menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pukul 9 malam tadi.

Sidang media itu merupakan yang kedua dalam tempoh 12 jam hari ini.

Tengah hari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Beliau berkata surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada pukul 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

"Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

Azizan berkata sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr. Abd Isa Ismail.

Abd Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kedah Ahmad Kassim turut menghadiri sidang media itu.

Azizan berkata Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sepucuk lagi kepada beliau untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.

"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku (Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan persembahkan surat peletakan jawatan Arumugam itu," katanya.

Beliau berkata Speaker DUN akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan ADUN itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan pilihan raya kecil kawasan berkenaan diadakan.
.