SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 February 2009

MB Perak Tinggalkan Istana Kinta dengan kecewa

Kecewa.. Kecewa yang amat sangat...

Mungkin itulah perasaan Menteri Besar Perak yang bakal pencen petang ini, Datuk Seri Ir Nizar apabila gagal meyakinkan DYMM Tuanku Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda membubarkan DUN petang ini.

Menyedari tidak punyai apa-apa harapan lagi untuk mempertahankan kerajaannya yang sudah runtuh, beliau dengan perasaan yang amat kecewa meninggalkan perkarangan Istana Kinta dengan sejuta kehampaan..

Tempoh 11 bulan menduduki kerusi empuk MB pastinya belum puas lagi. Itulah balasan Allah kepada hamba-hambanya yang bongkak dan kufur dengan nikmat yang dipinjamkan-Nya.

"Camry ADS 10" baru saja beberapa hari dapat rasa.. kononnya Perdana V6 tak selesa, tak sesuai dengan statusnya sebagai seorang ketua kerajaan negeri.. Itu lah contoh manusia yang tak bersyukur dengan nikmat Allah.

"Kediaman Rasmi Menteri Besar" diguna untuk program politik parti dan suku sakatnya, terpaksa dikosongkan.. oh alangkah bestnya tinggal dalam rumah besar itu.. tapi itukan rumah rasmi kerajaan, bukan PAS yang bagi, bukan PKR yang bina, bukan DAP yang kasi dan bukan Amerika (kawan-kawan Anwar) yang sponser..itu rumah milik rakyat.. manakan dibuatnya jadi macam markas parti dia pula..

"Oh kroni-kroni termasuk nun jauh di Kelantan.. yang dapat kontrak balak puluhan juta apa akan jadi.. sempatkah balak-balak yang telah ditebang itu dikeluarkan sebelum rahsia terbongkar.. berapa komisen agaknya?? Balak.. secara logiknya bukan sedikit.

"Oh apa nak jadi dengan tanah yang diberi kepada kampung-kampung baru Cina dipajak selama 999 tahun itu". Baru saja isytihar exco luluskan.. kerajaan baru nanti akan teruskan ker??... no way.. apa Nizar nak jawab kat Lim Kit Siang...

"Oh gaji Menteri Besar yang belas-belas ribu itu".. kena lepaskan.. sayangnya...

"Elaun-elaun yang macam-macam itu bagaimana...tak merasalah gaji besar selepas ini...

"Oh..nak dapat naik kapal terbang free pun tinggal angan-angan aje lah.. nak melancong dan melencong ke luar negara pun tak merasa..

Walau bagaimanapun sedarilah wahai saudara Nizar.. dengan berundurnya saudara dari tahta Menteri Besar, moga-moga akan terlepaslah dosa ke atas dirimu kerana selama ini sanggup merelakan diri diperalat, menjadi boneka kepada mereka yang menentang Allah dan Rasul.. Mudah-mudahan..

Amin
.

Pakatan Rakyat Perak tumbang, BN bentuk kerajaan

Suatu perkembangan yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh rakyat DYMM Sultan perak malah seluruh negara untuk menyaksikan kerapuhan kerajaan 'camry-999' Perak akhirnya tersembam dalam keadaan yang paling hina.
.
Sebentar tadi YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi UMNO Perak membuat sidang akhbar mengumumkan BN mendapat sokongan 4 orang ADUN Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
.
Serentak dengan itu kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang baru berusia 11 bulan tumbang secara rasminya petang.
.
BN kini mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baru di Perak.
.
"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan merekatelah keluar dari parti masing-masing.
.
"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.
.
Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).
.
Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.
.
"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.
.
Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

.

3 Surat keluar Pakatan Rakyat daripada 3 ADUN Perak

Berikut adalah salinan surat ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat.
.
Surat-surat ini diperolehi daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan.
..
Surat YB Hee Yiot Foong
(ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker DUN Perak)
.
Surat YB Jamaluddin Mohd Radzi
(ADUN Behrang)

.
Surat YB Kapten (B) Osman Jailu
(ADUN Changkat Jering)

.

Hampir pasti kerajaan baru di Perak petang ini...

dipetik daripada agendadaily
.
KERAJAAN BARU PERAK HAMPIR PASTI… Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah telah meninggalkan parti masing-masing meletakkan kerajaan campuran negeri Perak kini ibarat telur di hujung tanduk.
.
ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yiot Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti.

Agendadaily yang mendapat salinan surat ketiga-tiga ADUN berkenaan daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan. Dalam surat tersebut ketiga-tiga mereka menjelaskan telah hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan keluar dari parti yang diwakili. Namun surat itu menegaskan, perisytiharan keluar parti itu tidak bermakna mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN.
.
“Sila ambil maklum bahawa perisytiharan saya keluar parti/tidak lagi menjadi ahli DAP tidak bermaksud saya meletakan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa jua notis perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri yang ditandatangani secara “undated” dan tidak cop rasmi saya adalah dengan ini terbatal secara ab initio,” demikian tegas Yit Foong dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.
.
Begitu jugalah kandungan surat Jamaluddin dan Osman yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Difahamkan surat tersebut telah sampai kepada pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Ekoran itu Nizar dijadual membuat sidang media jam 1.00 petang yang dikatakan akan membuat pengumuman pembubuaran DUN Perak tetapi telah ditangguhkan.
.
Difahamkan pihak Istana Perak telah dimaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku dan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah mengutuskan surat kepada pihak Istana menyatakan sokongan kepada Barisan nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru. Perkembangan lanjut mengenai kemelut politik Perak akan dilaporkan dari semasa ke semasa.
..

Sia-Sia Cabar Keputusan SPR - Peguam

Adalah sia-sia untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu, masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang dan Changkat Jering, di mahkamah, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan, berkata ia "akan hanya membazirkan usaha dan masa" untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan hari ini, kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa.

Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.

"Keputusan SPR itu boleh dicabar dan tiada siapa boleh menghalang perkara itu dibawa ke mahkamah, tetapi mereka akan berdepan tugas amat sukar berikutan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 1982.

"Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Pandangan Karpal Singh itu bagaimanapun bercanggah dengan pendirian veteran parti itu Lim Kit Siang, yang dalam satu kenyataan berkata SPR telah bertindak mengenepikan perlembagaan dan di luar bidang kuasanya apabila menolak keputusan speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar berhubung kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang dan diadakan pilihan raya kecil.

Tugas berperlembagaan SPR, katanya ialah mengambil tindakan terhadap notis rasmi Speaker DUN Perak mengenai kekosongan di dua kerusi itu dan menetapkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

"SPR tidak berhak untuk bertindak dan merampas bidang kuasa mahkamah untuk mempertikaikan keputusan speaker, kerana cabaran perundangan seumpama itu sepatutnya diambil oleh Jamaluddin dan Mohd Osman jika mereka mahu mencabar kesahihan peletakan jawatan mereka di kerusi DUN masing-masing," kata Lim.

Hari ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana Jamaluddin dan Mohd Osman telah menulis surat kepada speaker DUN Perak yang menyatakan peletakan jawatan mereka adalah tidak sah.

Kemelut politik di Perak meletus dua hari lepas apabila dua Adun itu dikatakan "hilang", menimbulkan kebimbangan yang mereka telah berpaling tadah dengan menyertai Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua mereka mengadakan sidang akhbar bersaingan, tanpa kehadiran mereka, yang hanya dihadiri wakil masing-masing untuk menyatakan yang mereka tidak berpaling tadah tetapi mahu menjadi wakil rakyat Bebas. Mereka juga menyatakan yang mereka tidak meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Selepas kedua-dua mereka didakwa telah "menghilangkan diri", Sivakumar selaku speaker, menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh daripada dua wakil rakyat itu kepada SPR, meminta SPR mengisytiharkan dua kerusi itu kosong dan diadakan pilihan raya kecil.

Surat itu didakwa ditandatangani oleh kedua-dua Adun itu selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Sementara itu, seorang lagi peguam kanan, Naran Singh, ketika dihubungi berkata speaker sepatutnya mengesahkan kedua-dua surat itu kerana ia ditandatangani oleh wakil rakyat.

"Speaker sepatutnya bertanya kepada dua wakil rakyat itu jika mereka telah keluar daripada parti yang mereka wakili atau mereka telah meletakkan ajwatan sebagai wakil rakyat. Kedua-dua mereka berhak untuk membuat pengesahan," katanya.

Naran Singh berkata pilihan raya kecil tidak boleh diadakan sewenang-wenangnya hanya berdasarkan surat, dihantar oleh pihak ketiga tanpa sebarang pengesahan.Beliau juga sependapat dengan Karpal Singh bahawa SPR mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara itu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982.

Seorang lagi peguam kanan, Akbardin Abdul Kader berkata SPR membuat keputusan betul dan isu bagi diadakan pilihan raya kecil di dua kerusi itu tidak timbul kerana kedua-dua wakil rakyat menafikan yang mereka telah mengosongkan kerusi itu.

"Ketulenan surat itu juga boleh dipersoalkan, kecuali SPR mahu menyiasat lebih lanjut dengan memanggil saksi untuk membuktikan yang surat itu adalah tulen.

"Tetapi ini akan menimbulkan banyak masalah kerana kedua-dua wakil rakyat telah menyatakan yang mereka tidak meletakkan jawatan. Lagipun, bukan bidang kuasa mereka untuk menyiasat perkara itu," katanya.

-BERNAMA
.