SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

03 February 2009

PKR yang 'paksa' saya keluar - Jamaluddin


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas. Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, tiada sebab untuk beliau terus berada dalam parti itu.

Katanya, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

“Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

“Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR yang menyatakan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering pada mesyuarat suruhanjaya itu hari Selasa.

Dengan keputusan Jamaluddin itu, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak kini mempunyai 31 ADUN termasuk ADUN Changkat Jering, Osman Jailu yang sehingga belum membuat sebarang keputusan. Namun Osman dijangka akan mengikut jejak langkah Jamaluddin.

Jika ini berlaku ADUN kerajaan campuran akan tinggal seramai 30 orang BN, 27 orang dan Bebas dua orang. Ini akan menjadikan kerajaan campuran Perak mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja dalam DUN negeri itu. Menjelaskan pendiriannya itu Jamaluddin berkata, untuk apa beliau terus berada dalam PKR sedangkan parti itu tidak mempertahankan beliau dalam kemelut politik yang berlaku di Perak.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPR tersebut dan secara sinis berpesan kepada kalangan pimpinan PKR yang telah memasang angan-angan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di DUN Behrang agar “simpanlah sahaja angan-angan itu”. Beliau juga bertekad untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dan memenuhi harapan para pengundi di kawasan tersebut

Tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) putuskan tiada pilihan raya kecil di DUN Changkat Jering dan Behrang kerana wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan dan juga surat penafian letak jawatan yang diterima dari Speaker DUN Perak pada hari yang sama.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputuan itu dibuat kerana SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) bagi mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan


.

02 February 2009

Isu 2 ADUN PKR: MB mengadap Sultan Perak pagi tadi

TERBARU: Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin pergi ke Istana Kinta di Ipoh jam 10 pagi Isnin.
.
Beliau berada di situ selama 25 minit.
.
Nizar bagaimanapun tidak cakap dengan media dan tak diketahui siapa beliau jumpa Sultan Perak atau Raja Nazrin.
.
Sementara itu Speaker Perak,V Sivakumar jumpa Pengarah SPR Adli Abdullah Perak jam 8 pagi ini untuk surat ' letak jawatan' Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu.
.
Surat itu adalah surat tak bertarikh yang ditandatangi mereka selepas pilihanraya umum Mac lalu.
.
SEMENTARA ITU Jamaluddin dan Osman dijadual akan mengadakan sidang akhbar di dua tempat berasingan di Selangor petang ini.
.

Gelora di Perak semakin menarik


2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang 'hilang' iaitu Jamaluddin Mat Radzi ADUN kawasan Behrang dan Mohd Osman Jailu, ADUN Changkat Jering; malam tadi mengeluarkan kenyataan bersama menafikan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ADUN seperti yang dinyatakan oleh Speaker DUN Perak lewat petang semalam.
.
Kedua-dua mereka yang juga merupakan Exco kerajaan Perak menegaskan tetap akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat kawasan masing-masing seperti biasa.

"Sukacita kami ingin menjelaskan tiada sebab untuk kami meletakkan jawatan dan tiada sebarang surat dihantar kepada Speaker DUN Perak seperti dilaporkan."

Penjelasan lanjut mengenai isu ini akan akan dibuat hari ini setelah mendapatkan nasihat peguam ekoran surat perletakan jawatan palsu seperti yang dinyatakan oleh Speaker.

Lewat petang semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar mengumumkan dua Exco PKR berkenaan telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.

Menurut kenyataan Speaker yang dikeluarkan petang semalam, beliau menerima surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan melalui faks di kediamannya kira-kira jam 5.45 petang. Beliau akan memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi membolehkan pilihan raya kecil bagi kawasan DUN Behrang dan Changkat Jering diadakan dalam tempoh dua bulan.

Kurang tiga jam selepas itu Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya berbuat demikian.

“Ia surat lama, tanpa tarikh yang saya dan enam ADUN PKR yang lain tanda tangan pada Mac tahun lalu (selepas menang dalam pilihan raya umum).

"Saya masih wakil rakyat Behrang.”

Jelas beliau, surat itu mengandungi akujanji kesetiaan yang menyatakan bahawa jika mereka keluar dari PKR, mereka dengan sendirinya meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Mohd. Osman pula menegaskan, surat peletakan jawatan itu tidak sah kerana ditandatangani secara paksa dan dibuat pada Mac tahun lalu.

Kedua-duanya bertegas akan mencabar kesahihan surat peletakan jawatan yang dinyatakan oleh Sivakumar itu.

Persoalannya, apakah surat seumpama itu sah di sisi undang-undang?
..

01 February 2009

Sajak Usman Awang - Melayu

Nukilan Sasterawan Negawa Usman Awang untuk dihayati oleh orang Melayu yang mengaku dirinya Melayu dan mahu terus menjadi Melayu.. Sama-samalah kita memastikan Melayu tidak akan layu
.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.
.
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
.
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
.
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
.
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
.
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
.
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
.
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.
.
(Usman Awang)
.