SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

25 October 2008

Mesyuarat Pemuda Umno Gua Musang Khamis Lepas Dibatalkan Ibu Pejabat Umno - Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, 25 Okt (Bernama) - Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang diadakan pada Khamis lepas dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau tetapi oleh Ibu Pejabat Umno."Mesyuarat itu batal kerana tidak mengikut tarikh mesyuarat yang diputuskan oleh bahagian yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

"Pembatalan mesyuarat itu bukan saya yang putuskan tetapi Ibu Pejabat Umno yang telah membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh berkata dengan pembatalan itu, semua keputusan yang dibuat pada mesyuarat Khamis lepas turut terbatal.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada Umno Bahagian Gua Musang sebelum membuat keputusan berhubung pertindihan mesyuarat pergerakan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada hari ini dan Khamis lepas.

"Kena tunggu laporan bahagian Gua Musang dahulu untuk dinilai dan disiasat. Badan Perhubungan Umno tidak boleh masuk campur urusan mesyuarat bahagian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu.

Mesyuarat Pemuda bahagian itu hari ini yang dihadiri 78 perwakilan dari 78 cawangan sebulat suara mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda dan anggota Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai calon Naib Ketua pergerakan itu.

Mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada Khamis lepas dihadiri 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno Negeri.

- BERNAMA
.

23 cawangan Wanita Umno Pasir Mas bantah mesyuarat

PASIR MAS: Anggota 23 cawangan Wanita Umno Bahagian Pasir Mas hari ini berkumpul secara aman di hadapan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, hari ini bagi membantah persidangan perwakilan Wanita Umno bahagian itu.

Wakil kumpulan itu, Zubaidah Awang Chik, berkata mereka menuntut mesyuarat itu dibatalkan berikutan pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu yang dikatakan tidak sah.

“Kami berasa cukup tidak puas hati kerana mesyuarat 23 cawangan Wanita dari 25 hingga 31 Julai lalu dibatalkan dengan sebab yang tidak kukuh malahan kami juga tidak diberikan penjelasan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zubaidah berkata tidak sewajarnya mesyuarat perwakilan Wanita bahagian itu berlangsung hari ini sedangkan masalah pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu belum diselesai.

“Paling dikesali apabila mesyuarat pemilihan hari ini turut menggunakan khidmat anggota Rela berkawal bukan sahaja di pintu pagar utama malahan di pintu dewan juga seolah-olah kami nak merusuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Abdul Rahim bin Hj Abdul Rahman berkata pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu diputuskan oleh jawatankuasa pergerakan Wanita bahagian itu sendiri.

“Saya dimaklumkan pembatalan itu dibuat kerana berlaku pelanggaran beberapa peraturan mesyuarat seperti mesyuarat dibuat tidak mengikut waktu yang ditetapkan serta kehadiran ahli yang tidak beryuran," katanya.

Abdul Rahim berkata 23 cawangan yang tidak berpuas hati itu boleh mengemukakan bantahan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk diputuskan.

- Bernama




.

24 October 2008

SENARAI TARIKH PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN

CALON-calon pilihan anggota akar umbi Umno untuk jawatan-jawatan utama parti terutamanya calon Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden sudah mula diketahui sejak minggu lalu.

Sehingga semalam 66 bahagian sudah pun mengadakan persidangan perwakilan.

Bahagian-bahagian yang bermesyuarat:


25 OKTOBER:


  1. Tanjung
  2. Setiawangsa
  3. Labis
  4. Simpang Renggam
  5. Tangga Batu
  6. Jasin
  7. Dungun
  8. Marang
  9. Hulu Terengganu
  10. Setiu
  11. Ranau
  12. Keningau
  13. Beluran
  14. Kuala Kedah
  15. Beaufort
  16. Bera

26 OKTOBER:

  1. Permatang Pauh
  2. Bukit Mertajam
  3. Jelutong
  4. Kluang
  5. Johor Baharu
  6. Pulai
  7. Sri Gading
  8. Parit Sulong
  9. Sembrong
  10. Indera Mahkota
  11. Seputeh
  12. Sipitang
  13. Tenom
  14. Parit
  15. Gopeng
  16. Petaling Jaya Utara
  17. Serdang
  18. Hulu Langat
  19. Sabak Bernam
  20. Rembau
  21. Lumut

27 OKTOBER :

  1. Jeli
  2. Putatan
  3. Penampang
  4. Sandakan
  5. Maran

1 NOVEMBER :

  1. Kuala Krau
  2. Jerantut
  3. Gua Musang
  4. Bagan
  5. Papar
  6. Pasir Mas
  7. Pengkalan Chepa
  8. Rantau Panjang
  9. Kota Bharu
  10. Kubang Kerian
  11. Tambun
  12. Kubang Pasu

2 NOVEMBER :

  1. Pekan
  2. Bayan Baru
  3. Balik Pulau
  4. Sekijang
  5. Segamat
  6. Ayer Hitam
  7. Muar
  8. Cameron Highlands
  9. Teluk Intan
  10. Libaran
  11. Tawau
  12. Kota Marudu
  13. Kuala Kangsar
  14. Bentong
  15. Hulu Selangor
  16. Kota Raja
  17. Puchong
  18. Klang
  19. Pandan
  20. Kapar
  21. Kuala Pilah
  22. Tampin
  23. Kulim Bandar Bharu

8 NOVEMBER :

  1. Wangsa Maju
  2. Pensiangan
  3. Sik
  4. Kinabatangan
  5. Ketereh
  6. Kuala Krai
  7. Tumpat
  8. Tanah Merah
  9. Sungai Besar
  10. Pendang
  11. Jerai
  12. Sungai Petani
  13. Padang Serai
  14. Baling
  15. Pasir Salak
9 NOVEMBER :

  1. Bukit Bendera
  2. Pengerang
  3. Tenggara
  4. Kota Tinggi
  5. Temerloh
  6. Kepala Batas
  7. Lembah Pantai
  8. Batu Kawan
  9. Ipoh Timur
  10. Sungai Siput
  11. Lipis
  12. Kelana Jaya
    .

Perlantikan Hakim Bidang Kuasa Agong

dipetik daripada mykmu.net


Perlantikan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah bidang kuasa dan hak mutlak Yang diPertuan Agong dan tidak seharusnya dipertikai oleh mana-mana pihak.


Perkara ini disebut dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah difahami dalam Perlembagaan Perskutuan Malaysia di bawah Perkara 122B.


Oleh itu, agak kurang bijak bagi sesiapa termasuk orang politik terutama wakil rakyat DAP ataupun Majlis Peguam untuk mempersoalkan perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi.
.
Sama ada kita suka, setuju atau tidak dengan perlantikan itu, kita kena menerima dan menghormati kebijaksanaan Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
.
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang diPertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.


Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) dalam Perkara 122B tentang perlantikan seseorang hakim, lain daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Ketua Hakim Negara. Oleh itu, perlantikan Tan Sri Zaki dibuat setelah Perdana Menteri berunding dengan Ketua Hakim Negara yang akan bersara Tun Abdul Hamid.


Dalam erti kata lain, perlantikan Tan Sri Zaki dibuat mengikut semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Ahli Dewan Rakyat (DAP) YB Lim Kit Siang nampaknya sedang mempertikai perlantikan Tan Sri Zaki dengan cuba menggunakan Perkara 127 dalam Perlembagaan Persekutuan dan meminta semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menyokongnya.


Perkara 127 memperinci persoalan berkaitan sekatan mengenai perbincangan Parlimen tentang kelakuan hakim., iaitu:- "Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan suatu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Dewan Negeri."


Kita tidak mempersoalkan hak YB Kit Siang untuk mengemukakan usul berkenaan tetapi adakah ianya perlu dan tidakkah ia, secara langsung, mempertikai kebijaksanaan dan bidang kuasa Yang diPertuan Agong? Yang diPertuan Agong membuat perlantikan itu mengikut apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan ianya mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.


Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja tidak seharusnya dipertikai kerana pada masa lepas, Majlis Raja-Raja pernah tidak bersetuju dan menolak calon yang dikemukakan oleh Perdana Menteri. Majlis Raja-Raja menggunakan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan tidak hanya meluluskan sesuatu cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.


Kita akui bahawa perlantikan hakim mungkin mempunyai kepentingan politik tetapi itu adalah hak Perdana Menteri dan terpulanglah kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan muktamad dan ianya mesti dihormati dan diterima oleh rakyat.
.

21 October 2008

Zaki rasmi ketua hakim negara

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, berkuatkuasa 18 Oktober lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, baginda berkenan dengan pelantikan tersebut atas nasihat beliau dan selepas mengadakan rundingan dengan Majlis Raja-Raja.

"Baginda turut berkenan dengan pelantikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria sebagai Hakim Besar Malaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdullah berkata, kesemua pelantikan itu turut berkuatkuasa pada 18 Oktober lalu, demikian menurut Bernama.

Katanya, pihak Mahkamah Persekutuan kini sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia para hakim berkenaan.

Hirarki badan kehakiman

Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bersara wajib pada minggu lepas.

Sementara itu, pelantikan Zaki menepati ramalan dan jika diukur daripada hirarki badan kehakiman, selepas Abdul Hamid, dengan kedudukannya sekarang, beliau memang paling layak dilantik.

Zaki, 63 tahun, anak bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Azmi Mohamed, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada September tahun lalu dan dua bulan kemudian dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Dilahirkan pada 12 Sept 1945 di Alor Setar, Kedah, beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Anderson School, Ipoh dan English College (kini) Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Beliau mendapat pendidikan undang-undang di Linconln's Inn, London dan Barrister-at-Law pada 1969.

Selepas tamat pengajian itu, beliau memulakan karier di Jabatan Peguam Negara dari Disember 1969 hingga 1970 sebelum dilantik sebagai majistret di Kuala Lumpur pada 1970 dan setahun kemudian dinaikkan pangkat sebagai Presiden Mahkamah Sesyen di Ipoh.

Pada 1973, beliau dilantik sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Penggubalan dan pada 1976, dilantik Peguam Kanan Persekutuan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Enggan ulas

Sembilan tahun kemudian, Zaki meninggalkan perkhidmatan kerajaan dan memasuki sektor swasta sebagai peguambela dan peguamcara di Tetuan Shahrizat, Rashid & Lee dari 2006 hingga 2007.

Beliau memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai anggota Panel Skim Projek Rumah Terbengkalai dan Panel Sukan Negara, Panel Penasihat Majlis Sukan Negara dan Pemegang Amanah Yayasan SP Setia. Zaki juga Penimbangtara di Kuala Lumpur dan Selangor pada 2004, dan dilantik pada Suruhanjaya Diraja Inkuiri Pasukan Polis, anggota lembaga pengarah beberapa syarikat senaraian awam seperti Petronas, di mana beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi tempoh lebih 18 tahun.

Pada 5 September tahun lepas, Zaki dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan pada 11 Disember tahun itu juga dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Nik Sazlina Mohd Zain dan mempunyai empat anak, Dzofrain Azmi, Razif Azmi, Azri Azmi dan Azfar Azmi.

Bercakap kepada Bernama ketika diminta mengulas pelantikan itu, Zaki berkata beliau enggan mengulas sehingga selepas angkat sumpah jawatan dan sumpah setia hakim.

.