SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 October 2008

Hindraf diisytihar pertubuhan haram


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam laporan Bernama.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia. Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.

Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

"Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara," katanya.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

14 October 2008

Pencalonan Terkini UMNO

* setakat 11.00pm 13 Oktober 2008

Presiden (58 pencalonan layak bertanding)

  • Datuk Seri Najib Tun Razak (28)

Timbalan Presiden (39 pencalonan layak bertanding)

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin (23)
  • Tan Sri Mohammad Mohd. Taib (3)
  • Datuk Seri Mohd Ali Rustam (2)
Naib Presiden (20 pencalonan layak bertanding)

  • Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (26)
  • Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (14)
  • Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (13)
  • Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (9)
  • Datuk Seri Syed Hamid Albar (6)
  • Datuk Seri Dr. Rais Yatim (5)
  • Tan Sri Mohd Isa Samad (4)
  • Datuk Seri Shahidan Kassim (3)
  • Datuk Seri Mohamad Hassan (2)
  • Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (2)
  • Tan Sri Annuar Musa (1)

Ketua Wanita (39 pencalonan layak bertanding)

  • Tan Sri Rafidah Aziz (52)
  • Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (12)

Naib Ketua Wanita (29 pencalonan layak bertanding)

  • Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (57)
  • Datuk Kamalia Ibrahim (8)
  • Datuk Seri Azalina Othman Said (4)
  • Datuk Halimah Mohamed Sadique (2)

Ketua Pemuda (39 pencalonan layak bertanding)

  • Datuk Mukhriz Mahathir (40)
  • Khairy Jamaluddin (20)
  • Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (12)
  • Datuk Zahidi Zainul Abidin (1)

Naib Ketua Pemuda (20 pencalonan layak bertanding)

  • Razali Ibrahim (35)
  • Datuk Rizal Merican Naina Merican (30)
  • Bahrul Razha Chuprat (2)
  • Faizal Abdullah (1)
  • Marzuki Yahya (1)

Ketua Puteri (2 pencalonan layak bertanding)

  • Datuk Shahaniza Shamsuddin (33)
  • Rosnah Abdul Rashid Shirlin (29)
  • Datin Ismalina Ismail (18)
  • Bibi Sharlizah Mohd. Khalid (12)
  • Azlina Mehtab Mohd Ishaq (5)

Naib Ketua Puteri (2 pencalonan layak bertanding)


  • Nolee Ashilin Radzi (31)
  • Shahanim Mohd Yusof (21)
  • Senator Datuk Nordiana Shafie (15)
  • Haslinda Zerain (14)
  • Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (14)
.

Harga minyak turun lagi antara 10 hingga 20 sen

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhirakhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.

Sebelum ini, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini.

-BERNAMA
.

12 October 2008

Terkini ; Najib 24, Muhyiddin 21, Mohd Ali 3, Muhd Taib 2

dipetik daripada malaysiakini.com

7.25 malam Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-24 dari bahagian Shah Alam manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan pencalonan ke-21 untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian itu mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

7.10 malam Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-23 dari bahagian Kota Melaka, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapatkan pencalonan ketiga untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi naib presiden, Kota Melaka mencalonkan Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Syed Hamid.

6.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-22 dari bahagian Pontian, Johor, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 20 pencalonan.

Bagi calon naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal an Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

6.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-21 dari bahagian Semporna, Sabah, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 19 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Semporna mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Rais Yatim.

6.26 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-20 dari bahagian Tasek Gelugor, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 18 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Hishammuddin telah memperolehi 19 pencalonan dan layak bertanding jawatan tersebut. Calon bagi jawatan naib presiden diwajibkan memperolehi 10 peratus atau 19 pencalonan dari 191 bahagian Umno.

6.26 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Batu Pahat, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 17 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, Batu Pahat mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

6.00 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-18 dari bahagian Mersing, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 16 pencalonan.

Bagi naib presiden, Mersing mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

5.55 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-17 dari bahagian Taiping, Perak, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 15 pencalonan.

Bagi naib presiden, Taiping mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Syed Hamid Albar.

5.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-16 dari bahagian Bagan Serai, Perak, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 14 pencalonan.

Bagi naib presiden, Bagan Serai mencalonkan Ahmad Zahid, Khalid dan Syed Hamid.

5.25 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-15 dari bahagian Kota Kinabalu, yang juga mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan timbalan presiden. Mohd Ali kini mendapat dua pencalonan.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Shafie, Hishammuddin dan Ahmad Zahid.

5.20 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-14 dari bahagian Rompin, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 13 pencalonan.

Bahagian turut mencalonkan Jamaluddin, Hishammuddin dan Shafie untuk jawatan naib presiden.

4.45 petang Bahagian Subang mencalonkan gandingan Najib dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Manakala calon naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammudin dan Shafie.

Bahagian Jelebu pula mencalonkan gandingan Najib dan Muhyiddin.

4.00 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-13 dari bahagian Rasah yang juga mencalon Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 11 pencalonan.

Bagi naib presiden, Rasah mencalonkan Mohammad Hassan, Hishammuddin dan Isa Samad.

3.45 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Beruas yang juga mencalon Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden.

Beruas turut mencalonkan Zahid, Hishammuddin dan Khalid Nordin untuk jawatan naib presiden.

3.40petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesebelas dari bahagian Cheras yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 10 pencalonan.

Bagi naib presiden, Cheras mencalonkan Hishammuddin, Rais dan Khalid Nordin.3.30 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesepuluh dari bahagian Kuantan yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 9 pencalonan.

Bagi naib presiden, Kuantan mencalonkan Hishammuddin, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Shahidan.

3.00 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesembilan dari bahagian Pasir Gudang yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat lapan pencalonan.

Bagi naib presiden, Pasir Gudang mencalonkan Khalid Nordin, Hishammuddin dan Zahid.

2.30 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kelapan pencalonan bagi jawatan presiden dari bahagian Pagoh, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat tujuh pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden, bahagian Pagoh mencalonkan, Hishammudin, Rais dan Shafie.

2.20 petang Sehingga ini Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tujuh pencalonan bagi jawatan presiden. Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat enam pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat satu pencalonan.

Najib mendapat pencalonan dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan , Parit Buntar dan Jempol.
Manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat lima pencalonan sehingga ini, termasuk dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan dan Jempol.

Manakala Parit Buntar pula mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Manakala Kalabakan pula mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Hishammudin.

Bahagian Parit Buntar pula mencalon Zahid, Syed Hamid dan Tan Sri Isa Samad.

Jempol pula mencalonkan Hishammuddin, Isa dan menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan. Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri bertanding jawatan presiden, belum mendapat pencalonan.

Mukhriz sudah layak bertanding ketua Pemuda

7.00 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir telah melepasi jumlah minimum kelayakan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno selepas memperolehi 38 pencalonan setakat ini.

Calon bagi jawatan ketua Pemuda diwajibkan mendapat 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Umno bahagian.

6.55 petang Bahagian Nibong Tebal mencalonkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda dan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk naib ketua.

Dengan ini, Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan 11 pencalonan sehingga ini manakala Reezal mendapat 29 pencalonan dan layak bertanding naib ketua.

Seorang lagi calon yang turut layak ialah ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang telah mendapat lebih 29 undi atau 15 peratus pencalonan minimum dari 191 bahagian Umno.

6.40 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Keningau, Sabah, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua. Reezal kini memperolehi 27 pencalonan dan memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

6.30 petang Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-33 dari bahagian Batu Pahat yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua. Razali kini memperolehi 30 pencalonan dan telah melepasi tahap kelayakan bertanding (29 pencalonan).

6.20 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-18 dari bahagian Sepang yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

5.30 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-10 dari bahagian Sungai Siput, Perak, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.

5.10 petang Datuk Mukhriz mendapat pencalonan ke-32 dari bahagian Beaufort, di Sabah untuk bertanding jawatan ketua Pemuda. Bahagian itu juga mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.

Mukhriz mendapat 72 undi dan Khairy Jamaluddin (6 undi) manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (10). Reezal dipilih sebulat suara.

4.05 petang Datuk Mukhriz mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Gombak untuk bertanding jawatan ketua Pemuda. Kini beliau mendapat 31 pencalonan.

3.50 petang Datuk Zahidi Zainul Abidin mendapat pencalonan pertama bagi jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Padang Besar, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Zahidi adalah ketua Umno Padang Besar dan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis.

3.45 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-17 untuk jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Johor Bahru, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

3.30 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-16 untuk jawatan ketua Pemuda Umno dari bahagian Bayan Baru, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

3.00 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan satu lagi pencalonan dari bahagian Padang Serai untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Dengan itu, sehingga hari ini, Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno, mendapatkan 30 pencalonan. Manakala ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sehingga ini mendapatkan 15 pencalonan, termasuk pencalonan terbaru di bahagian Parit Buntar.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula mendapat sembilan pencalonan. Hari ini beliau mendapat dua lagi pencalonan dari bahagian Kuala Langat dan Hulu Langat - kedua-duanya di Selangor.

Bagi jawatan naib ketua pula, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim masih kekal dengan 27 pencalonan.

Bagaimanapun, seorang lagi calon, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapatkan empat pencalonan hari ini.

Dengan itu, beliau sehingga ini, mendapat 22 pencalonan untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda.

.